Feb 18, 2009

Hey Mamak, Tak Tau Ambil Order Ke?

Seperti biasa, pagi ini saya ke restaurant mamak bagi membeli breakfast. Hari ini menu pagi saya adalah roti canai biasa dan roti canai telur. Sambil menantikan makanan tiba, saya sempat melihat fenomena yang sentiasa berlaku di restaurant mamak.

ORDER LAIN, YANG SAMPAI LAIN!

Saya rasa anda mungkin sudah biasa dengan situasi ini jika selalu lepak di restaurant mamak. Setiap orang mempunyai tindakbalas yang berbeza, ada yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati, dan ada yang buat tidak kisah.

Saya termasuk dalam kategori yang kedua. Bukan kerana takut untuk menyuarakan protes sebagai pelanggan tetapi saya teringat filem "Road Trip" tahun 2000 lakonan Kyle Edwards. Dalam salah satu scene, beliau memesan makanan tetapi ianya tidak seperti yang beliau inginkan (terlalu manis), lalu meminta agar makanannya dimasak semula. Tukang masak kemudiannya membawa semula makanan tersebut ke dapur dan kemudiannya menjilatnya sehingga hilang rasa manis, dan memasukkannya ke dalam seluarnya sebelum menghidangkannya kepada Edwards.



Jika dalam filem, ianya memang kelakar tetapi realitinya perkara yang sama mungkin boleh berlaku. Sungguh menjijikkan.

Saya selalu mengingatkan rakan-rakan supaya berfikir dua kali sebelum 'naik angin'. Masalahnya bukan apa, kita tidak tahu apa yang berlaku di dapur tempat mereka menyediakan makanan. Walaupun bunyi agak skeptical tetapi saya lebih gemar mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya apabila melibatkan makanan. Jika benda lain mungkin saya tidak teragak-agak untuk complain!

Namun begitu, jika anda berada di restaurant di mana anda boleh melihat tukang masaknya menyediakan makanan anda, maka ianya tidak menjadi masalah tetapi diingatkan supaya lain kali jika anda ke restaurant yang sama, berhati-hatilah!

13 comments:

sharamli said...

tp kal0 lapar sgt2...msti naik angin jgk kn....

Legal Cat said...

Itu sebabnya aku order makan kedai mamak tengok dia masak di mana. Kalau di depan, ok, pass...

jajazuzu said...

blog hopping. salam....

jgn kata kdai mamak, kat mana² pun kalo boleh jgn la byk songeh sgt. sblum smbng stadi dulu sy penah patime kat hotel. yg sy penah tgk sndri, kwn sy bancuh satu tong air sirap utk function apa ntah guna tangan jer utk kacau air tu...

ONE ZABA said...

itu belum tengok lagi dapur tempat jual sate. kuah sisa orang campur balik dengan yang dalam periuk.

nasazfrog... said...

sebenarnye mmg banyak risiko klu mkn kt luar neh.... nk pun kena tgk kebersihan kedai tuh... ahhh leceh ahhh...mkn kt umah lg bagus.. :)

Anonymous said...

kalau aku tak kisah. telan aje.

KAMATO said...

pekerja mamak tu baru datang dari india, tak paham cakap melayu

Rashid said...

salam..
yup! saya sangat setuju ngan ini. Bukan apa.. tak boleh nak percaya sangat diorang ni.

eee tak dpt nak gambarkan jika 'kisah' itu berlaku pada kita.. uwekkk!!!!

Ida Naziri said...

aku setuju dgn ko
x tau apa akan jadi
klu aku tak suka tmpt tu aku tak akan pegi dah.kira boikot lah terus

Anonymous said...

adusss teringat cerita senario apek buat something ngan roti chanai. haha

Anonymous said...

Saya pernah nampak kawan saya meludah ke dalam cawan pelanggan dia masa kita kerja kat coffee bean dulu. Tapi perangai pelanggan tu memang macam sial lah jadi saya tak heran kalau kawan saya tu berbuat demikian. Siap boleh kawan saya kata "minum air ludah aku lah, kepala butoh". Kisah Benar. Better believe it.

NasWan said...

macam-macam perangai manusia ni yer...suka kedai mamak ke???('',)

sapiah hussien said...

Bagi saya, kalau ada yg tak kena/bengang, baik "blah" je.