Dec 6, 2008

Pertandingan Debat Diraja - UIA



Hujung minggu yang lalu, saya ke UIA menemani seorang rakan menonton pertandingan debat antara institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA). Rakan tersebut merupakan bekas pendebat dari sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Saya tidak kisah menghadiri pertandingan sebegini kerana ianya agak menyeronokkan di mana peserta bersaing dengan sihat tidak seperti di dalam Parlimen Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa UIA merupakan antara universiti tempatan yang tidak jemu memberi kejutan dari segi senibinanya. Setiap kali ke sana saya pastinya berasa kagum melihat keindahan senibinanya yang menerapkan unsur-unsur Islamic. Saya dapat merasakan bahawa kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan pembinaan dan pemuliharaan setiap tahun bagi memastikan keindahan universiti ini terpelihara.









Berbalik kepada motif asal saya ke UIA, setibanya di sana pertandingan sudahpun bermula. Bukan kami terlewat tetapi "sengaja" lewat kerana mengikut pengalaman kami kebiasaannya akan berlaku kelewatan. Ternyata tekaan kami benar kerana mengikut jadual pusingan pertama debat tersebut sepatutnya sudah berakhir tetapi ketika sampai, ia baru sahaja berlangsung.



Pertandingan Debat Diraja ini terbahagi kepada 3 kategori mengikut bahasa iaitu English, Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Arab. Untuk pengetahuan semua, kami menghadiri pertandingan debat English yang diadakan di fakulti kejuruteraan. Topik yang dibentangkan juga agak menarik dan "panas" kerana terdapat beberapa topik yang melibatkan isu semasa antara kaum di negara ini.



Yang menariknya mereka berdebat secara sihat dan tidak melenting seperti pemimpin-pemimpin kita di dalam parlimen. Malah, kebanyakkan intipati debat mereka adalah berdasarkan kepada pemahaman peserta kerana tajuk diberikan "on the spot" dan bukannya membaca teks seperti yang kita lihat dalam siaran langsung di TV.

Saya rasa pemimpin politik kita tidak kira dari parti pembangkang mahupun kerajaan perlu belajar cara debat yang betul dari anak-anak muda dan bukannya menggunakan sindiran bagi mengelakkan mereka menjawab soalan yang diberikan oleh parti lawan.

Sebelum pulang, saya sempat mengambil gambar petugas yang begitu cool membenarkan saya mengambil gambar mereka ^^.


Dec 5, 2008

Last Minutes Lagi!


(sumber: http://writing.umn.edu)

Jam sudah menunjukkan 1:10 pagi tetapi assignment masih belum siap lagi. Orang putih kata, "far from over". Walaupun tidur agak lama siang tadi tetapi mata agak mengantuk ditambah dengan perut yang ¾ kenyang. Masalah utama ialah, deadline adalah selepas solat Jumaat nanti dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan. 

Sebenarnya tajuk assignment ini sangat menarik tetapi 2-3 minggu kebelakangan ini, fokus agak lari dan masa banyak diluangkan dengan kerja-kerja yang kurang penting, contohnya blogging. Bila sudah last minutes, mulalah kelam-kabut. Nasib baiklah saya bukan jenis yang tidur ikut jadual. 


(sumber:http://easports.com)

Dari dulu lagi saya sudah terbiasa tidur lewat dan adakalanya tidak tidur 1 - 2 hari tetapi kebanyakkan masa dibazirkan bermain computer games. Saya masih ingat lagi ketika mula-mula mendapat komputer, waktu itu tahun 1998 dan game pertama saya adalah FIFA 98. Berjam-jam lamanya duduk di depan PC sehinggakan sampai tahap di mana lupa makan dan tidur. Mungkin sebab itulah saya agak kurus. Gunakan tips ini jika anda ingin kurus ^^. 


(sumber:http://blizzard.com)

Kemudian, tidak lama selepas itu muncul pula Diablo. Bagi penggemar permainan video, anda pastinya mengenali game ini dan pastinya tidak sabar menunggu Diablo III yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Nampaknya ramailah yang tidak tidur nanti semata-mata ingin menghabiskan game tersebut. Saya masih ingat lagi, habis rosak beberapa mouse yang saya kerjakan semata-mata kerana bermain Diablo. Pada masa itu, teknologi mouse tidaklah sehebat sekarang ini dan kurang tahan lasak.

Berbalik kepada cerita assignment tadi, masalah yang paling besar saya hadapi adalah apabila menulis documentation. Saya mengakui bahawa saya tidak berkebolehan menyusun ayat dengan baik berbanding kebanyakkan orang lain. Agak sukar bagi saya menulis tesis berpanjang-panjang ela. Jika anda melihat blog ini juga, saya jarang menulis post yang begitu panjang. 

Sebenarnya saya agak kagum melihat mereka yang memiliki kebolehan mengarang atau mampu meluahkan sesuatu dalam penulisan yang terperinci. Pada saya ianya suatu bakat yang dikurniakan kepada mereka. 

Nampaknya sampai di sini sahaja post saya kali ini (sambung kembali assignment).

Dec 4, 2008

Dec 3, 2008

uMobile: Call The Shots



Jika anda perasan, kebelakangan ini terdapat banyak iklan mengenai uMobile. Boleh dikatakan hampir setiap kali saya menjejakkan kaki keluar dari rumah, pasti ada sahaja poster/promosi mengenai uMobile. Malah sudah beberapa kali saya didekati oleh salesperson mereka yang cuba menjual pakej perkhidmatan telekomunikasi mereka termasuklah semasa di GoMobile baru-baru ini.

Biasanya saya akan sedaya-upaya menolak pelawaan mereka dengan sebaik mungkin dengan memberikan mereka peluang menerangkan serba-sedikit mengenai tawaran mereka. Bukan kerana tidak berminat dengan perkhidamatan yang ditawarkan tetapi saya sebenarnya jarang menggunakan handphone untuk berhubung dengan rakan-rakan. Sejak dari zaman universiti, boleh dikatakan saya berjaya menjimatkan ratusan ringgit kerana menggunakan Yahoo Messengger dan pelbagai lagi internet-based communication services.



Saya menggunakan perkhidmatan prepaid dan hanya mentopup apabila mencecah tarikh luput topup tersebut dan biasanya terdapat banyak lebihan baki yang masih belum digunakan. Malah saya mengakui bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tawaran terkini oleh syarikat gergasi telekomunikasi tempatan kerana rates yang sering berubah-ubah dengan pantas.

Sudahkah anda bertukar ke uMobile? Sila kongsi pengalaman anda.

Cristiano Ronaldo: Pemain Terbaik Eropah (Ballon d'Or)


(sumber: http://soccernet.com)

Seperti yang dijangka oleh kebanyakkan pengkritik bola sepak, Cristiano Ronaldo telah memenangi anugerah berprestij tersebut yang juga dikenali sebagai "Ballon d'Or". Tahun ini, terdapat banyak spekulasi tentang siapakah yang benar-benar layak memenangi anugerah tersebut. Calon yang disebut-sebut menjadi pesaing utama adalah Leonel Messi dan juga Fernando Torres.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan: -



Ada antara peminat bola sepak yang mempertikai cara pemilihan pemenang dan merasakan bahawa Messi merupakan calon yang lebih layak berdasarkan individual skills yang dimiliki olehnya. Saya sendiri bersetuju bahawa Messi lebih hebat berbanding Cristiano Ronaldo dari segi dribbling skill tetapi pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan pencapaian pemain bersama pasukannya.

Ronaldo menjaringkan 42 gol musim lalu yang membawa Manchester United kepada kejuaraan Liga England (EPL) dan juga Champion League. Sepatutnya tidak timbul persoalan siapakah yang layak memenangi anugerah ini kerana jika anda masih ingat pada 2006, Fabio Cannavaro juga telah memenangi anugerah ini kerana beliau berjaya membawa Italy menjuarai Piala Dunia sedangkan dengan jelas sekali, Zinedine Zidane atau Thierry Henry memiliki individual skills yang jauh lebih baik.



Hakim adalah terdiri daripada 96 journalist terkemuka dari seluruh dunia. Ronaldo yang menebus kehampaan tahun lepas di mana beliau terpaksa berpuas hati di tangga kedua di belakang Kaka yang memenangi tersebut. Beliau menjadi pemain ke-4 yang menyarung jersi United menerima Ballon d'Or - Denis Law (1964), Sir Bobby Charlton (1966) dan George Best (1968).

Dec 2, 2008

Akhirnya Petrol Kembali Ke Harga Asal!












Akhirnya selepas beberapa bulan kita merana akibat kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia dan polisi kerajaan menaikkan harga petrol tanpa kajian menyeluruh tentang kesannya terhadap kehidupan rakyat, harga petrol kini kembali kepada nilai asalnya iaitu RM1.92 (harga terbaru petrol adalah RM1.90 - murah 2 sen).

Walaupun ada yang bersorak gembira dengan penurunan ini, saya berpendapat bahawa ianya sepatutnya telah berlaku beberapa minggu yang lalu berdasarkan janji yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Penurunan ini sememangnya telah dijangka kerana harga minyak mentah yang sudah menjunam ke paras lebih rendah dari US$50 per barrel.



Mengikut harga minyak mentah yang terkini, kita sepatutnya menikmati harga petrol di sekitar RM1.50 - RM1.80. Namun begitu, menurut kerajaan berbanding memberikan subsidi kepada rakyat, wang itu perlu digunakan untuk tujuan pembangunan. Jadi, kita cuma boleh tunggu dan lihat apakah pembangunan yang dimaksudkan oleh kerajaan dan adakah harga petrol akan diturunkan lagi atau kerajaan akan menguatkuasakan paras minimum minyak sebelum hujung tahun ini?


(sumber: http://www.malaysiakini.com)

Jalan-Jalan Di Cyberjaya: Awan Mendung Berarak

Jumaat lepas saya ke Cyberjaya kerana ada urusan penting. Saya sempat mengambil gambar ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Nampaknya Cyberjaya juga mengalami kesan perubahan cuaca kerana biasanya kawasan ini sentiasa cerah dengan panas terik hampir setiap masa.









Biasanya apabila Cyberjaya ditimpa hujan, ia akan berlarutan lebih dari 2 jam sehinggakan ada kawasan yang ditenggelami air setinggi sebuah kereta Kancil. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, langkah yang terbaik adalah merancang perjalanan anda sebelum keluar dari rumah dan segera ke destinasi anda sebelum cuaca menjadi buruk serta lalu-lintas menjadi sesak.

KLPAC: Gemuk Girls



Presenter : The Necessary Stage (TNS) & KLPac
Director : Alvin Tan
Writer : Haresh Sharma
Featuring : Aidi 'Alin' Mosbit, Najib Soiman and Siti Khalijah

Venue : Pentas 2
Duration : 4 - 7 December 2008
Category : Drama
Price : RM35 or RM20 (students, sr. citizens & the disabled)

SYNOPSIS:

The Necessary Stage (TNS) celebrates the award-winning collaboration between director Alvin Tan and playwright Haresh Sharma with a provocative new work which premiered to FULL HOUSES in Singapore.

TNS & KLPac will be bringing Gemuk Girls to KL and will be staged at KLPac from 4 to 7 December.

Kartini and Juliana are not your typical mother-daughter pair - one loud and overbearing, the other straitlaced and on the threshold of entering politics. Together, they are Gemuk Girls and proud of it.

One day, they receive shocking news about Kartini's father who had been arrested and detained in the 1960s. Suddenly, the floodgates of the family's emotional past are thrown open. Can a family survive as they struggle to reconcile the past with the present? Will Kartini and Juliana continue to be Gemuk Girls?

Gemuk Girls is a bold and often darkly humorous look at family politics and the politics of the day.

More info please visit: -
KLPAC

Rock the World 8: Support The Local Music Scene



Masih ingat lagi post saya yang lepas? Saya menjangkakan akan ada lebih banyak aksi menarik daripada anak-anak muda perintis Wawasan 2020 ini. Saya sendiri pernah menghadiri konsert ini beberapa tahun yang lalu, bukan kerana berminat dengan konsert tersebut tetapi ingin melihat sendiri gelagat dan budaya rock yang semakin menular dalam jiwa remaja kita.

Sebenarnya pada saya, tiada salahnya meminati music tetapi yang menjadi masalah utama adalah sikap muda-mudi kini yang gemar "terkinja-kinja seperti beruk mendapat bunga". Mengikut pengalaman saya, biasanya apabila ada event seperti ini, anak Melayu gemar mencetuskan masalah seperti pergaduhan, memaki-hamun antara satu sama lain, membuat perangai tidak senonoh dan sebagainya.

Yang malu adalah bangsa Melayu sendiri. Bak kata pepatah, "kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga". Tidak cukupkah kita dilabelkan sebagai "bangsa yang malas".

Saya sendiri tidak pasti samada akan ke konsert ini ataupun tidak. Ada sesiapa yang sudah membeli tiket?

Dec 1, 2008

Wendy's: Selamat Tinggal Big Mac!



Berita baik bagi penggemar burger @ fast food. Wendy's telah membuka satu lagi cawangan mereka yang terletak berhampiran dengan Bukit Bintang. Lebih tepat lagi, ia bertentangan dengan Hotel Istana dan bersebelahan dengan 7Eleven. Cawangan pertama mereka adalah di Sunway Piramid di mana perasmiannya berlangsung pada 5 April 2008 yang lalu.

Saya berkesempatan singgah dan merasa sendiri keenakan burger Wendy's beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya kunjungan saya tidak dirancang. Kebetulan saya singgah sebentar di 7Eleven tetapi tiba-tiba sahaja hujan lebat turun menyebabkan saya terpaksa "berteduh" di Wendy's.



Berbeza dengan restauran fast food yang lain, Wendy's lebih mengutamakan keselesaan pengunjung. Lihat sahaja interior design mereka serta penggunaan lampu yang seolah-olah mengalu-alukan kedatangan para tetamu.







Disebabkan kali pertama menjejakkan kaki ke Wendy's, saya agak rambang mata melihat menu yang terpampang di kaunter tersebut. Semuanya nampak enak belaka. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih Combos - 1/2 Pound Double with Cheese.



Sama seperti di McDonalds, set combo Wendy's juga mempunyai fries dan juga soft drink. Tetapi harganya mungkin sedikit lebih tinggi berbanding dengan McDonalds.



Walaupun sudah mencuba pelbagai jenis burger sebelum ini, kali pertama saya mengunyah burger Wendy's, saya dapat merasai kelainan burger yang ada di sini. Rasanya cukup enak dan agak istimewa. Perbezaan yang paling ketara adalah rasa daging burger yang digunakan.



Keluar sahaja dari Wendy's, satu sahaja perkara yang dapat saya fikirkan iaitu: -