Lebih 3 tahun saya tidak menulis sebarang post di blog ini kerana kesibukan dengan projek-projek lain. Dalam tempoh tersebut, slumbeRAJA masih lagi menjana trafik tanpa henti.
Sebenarnya blog ini dibina atas tujuan ujian tetapi tidak disangka-sangka ianya menarik ramai pengunjung!
Saya akan mula bergerak aktif semula di blog ini, jadi post ini sebagai tanda kepulangan :)
Sekiranya anda masih lagi mengikuti blog ini, terima kasih dan selamat kembali!!!
Ya, saya masih hidup!!!
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Dec 30, 2012
Jun 3, 2009
I'm Not Dead Yet!

Ya, saya masih hidup dan sihat. Sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini kerana banyak sebab-sebab yang tidak dapat saya nyatakan di sini.
Sebenarnya saya sedang melakukan perubahan yang agak drastik kepada blog ini. Sudah agak bosan melihat template blog ini yang kurang menarik.
Bila anda berkata seperti berikut: -
"Malasnya nak update blog. Lecehnya!"
"Alah, nanti-nantilah. Bukannya lari ke mana pun blog tu"
Bermakna anda sudah hilang passion terhadap perkara yang anda minati sebelum ini. Saya rasa orang yang berkata seperti: -
"Alah, malasnya nak bangun pergi kerja hari ni. Rasa nak ponteng je!"
Tentu faham maksud saya.
Sebenarnya saya agak terkejut kerana walaupun saya tidak mengupdate blog ini, masih ramai yang terus berkunjung di sini. Mungkin hasil kerja keras saya terhadap blog ini kini telah beroleh ganjaran?
Berbalik kepada perubahan baru, proses ini mungkin akan mengambil masa dalam 2 - 3 hari. Jadi, diharapkan anda semua bersabar dan teruskan bersama blog ini ^_^.
Dec 14, 2008
Seks Dalam Kenderaan (18sx)

Macam-macam ragam manusia zaman sekarang. Sebenarnya perkara ini bukan sesuatu yang baru buat saya kerana sudah beberapa kali terserempak dengan perkara sebegini. Maksud saya bukan pasangan yang mati di dalam kereta tetapi pasangan yang melakukan maksiat di dalam kenderaan mereka.
Tahun lepas, saya terserempak dengan pasangan Melayu, masih lagi pelajar jika tidak silap saya yang turut melakukan perkara yang sama. Pada malam tersebut saya lihat gadis Melayu tersebut masih lagi bertudung tetapi keesokkan harinya, tudung sudah dicampakkan entah di mana. Samada mereka masih hidup ataupun tidak saya tidak pasti kerana enjin kereta dan air-conditioning masih dipasang.
(sumber: http://www.jimbarker.net)
Saya rasa ramai yang pernah melihat adegan-adegan sebegini. Jika anda belum pernah, ringankan kaki anda ke taman-taman permainan atau kawasan tempat meletak kenderaan di sekitar kawasan flat/apartment/condominium di sekitar Lembah Klang ini. Saya percaya anda akan dapat melihat remaja melakukan perkara tidak senonoh sebegini.
Kepada yang bukan beragama Islam, jika anda ingin melakukan perkara sebegini, fikir dua kali sebelum buat.
Nov 13, 2008
Kalau Dah Ajal: Mangsa Harimau Putih


Cukup ngeri. Bayangkan jika anda berada di tempat kejadian dan menyaksikan peristiwa malang tersebut. Saya cuba mencari jika ada sesiapa yang merakamkan peristiwa ngeri ini tetapi sehingga ini masih belum ada. Adakah ini dalangnya?
Nov 12, 2008
Bunuh, Bunuh & Bunuh


Kes jenayah nampaknya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dengan hampir setiap hari kita mendengar kes rompakan, samun dan bunuh.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, kes bunuh yang dilaporkan pada tahun 2007 sahaja mencecah 588 kes manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Jun sahaja sudah mencecah 319 kes. Ini bermakna setiap hari hampir 2 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pembunuhan dan ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan (mungkin termasuk dalam kes Orang Hilang).
Penjenayah nampaknya semakin berani melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Tidak lama dahulu, saya ada mendengar ura-ura bahawa kerajaan ingin mengkaji langkah bagi mengimplementasikan sistem CCTV di kawasan terbuka. Walaupun saya tidak pasti apakah implikasinya dalam masyarakat dari segi privacy, tetapi mungkin ianya langkah yang baik bagi mengekang kes-kes jenayah sebegini.
Selain kes bunuh, kes samun berkawan dengan senjata api dan tanpa senjata api juga turut meningkat. Pada 2007, kes samun berkawan dengan senjata api mencatatkan sebanyak 77 kes di mana ianya meningkat secara mendadak pada tahun ini sebanyak 102 dalam tempoh 6 bulan pertama. Kes samun berkawan tanpa senjata api juga turut menunjukkan trend yang hampir sama dengan 7067 kes dilaporkan sepanjang pada 2007 di mana pada 2008, setakat bulan Jun sahaja sudah mencatatkan 10,707 kes.
Kes samun melibatkan individu pula mengalami penurunan. Ini bermakna penjenayah lebih gemar melakukan kerja kotor ini dalam kumpulan dan kebanyakkannya berlaku pada waktu malam ataupun awal pagi. Jadi, nasihat saya adalah kurangkan melakukan aktiviti pada sebelah malam jika anda bimbangkan keselamatan anda.
Nov 9, 2008
Inspirasi Remaja Malaysia
Bagaimana rasanya berada di puncak dunia pada usia muda?
Jika dilihat 10 tahun yang lalu, tidak banyak anak muda tempatan dalam linkungan 20-an yang begitu menonjol dengan kebolehan mereka selain dalam bidang hiburan seperti Siti Nurhaliza, kini mereka muncul "umpama cendawan selepas hujan" dan menjadi pelopor dalam bidang masing-masing.
Jika dilihat 10 tahun yang lalu, tidak banyak anak muda tempatan dalam linkungan 20-an yang begitu menonjol dengan kebolehan mereka selain dalam bidang hiburan seperti Siti Nurhaliza, kini mereka muncul "umpama cendawan selepas hujan" dan menjadi pelopor dalam bidang masing-masing.
Jika anda masih ingat artikel saya yang lepas, golongan ini telah merealisasikan impian tersebut dengan berkat usaha gigih dan keberanian mencuba sesuatu yang lain dari biasa. Kebanyakkan ikon ini keluar dari kepompong (comfort zone) masing-masing seperti mana yang dilakukan oleh Bill Gates semasa mula-mula mengasaskan Microsoft.

Joel Neoh - Founder of YouthMalaysia


Millionaire Sisters - Pengasas Agency Platinum Wealth Advisors

Gobala Krishnan - Home-Based Entrepreneur

Kenny Sia - Top Malaysian Blogger
Terbaru, pengarah muda berusia 24 tahun, Norliana Samsudin berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Selamat Pagi Cinta yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 20 November ini.

Saya tidak pasti samada beliau mempunyai "connection" dengan sesiapa dalam industri perfileman negara tetapi ini merupakan suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Dengan adanya bakat muda dalam industri ini, saya berharap ia dapat membawa revolusi kepada produksi tempatan.
Berikut adalah trailer bagi filem Selamat Pagi Cinta: -
Oct 18, 2008
Rahsia Ayah Pin Menarik Keahlian "Mat Salleh"
(sumber: http://img228.imageshack.us)
Yang hebatnya adalah beliau berjaya menarik orang dari luar negara bagi mengikuti ajarannya. Samada pengikutnya sedar atau tidak yang mereka telah disesatkan, wallahualam. Saya cuba menjejaki bagaimanakah beliau mendapat "mat salleh" menjadi pengikut beliau...
JENG JENG JENG...

Oct 13, 2008
Datuk oh Datuk!

Saya juga berpendapat sedemikian kerana pada waktu itu gelaran "Datuk" tidak diberikan sesuka hati seperti kini. Pada pendapat saya, "Datuk" adalah umpama gelaran "Sir" di England di mana bukan semua orang layak menerimanya tetapi kepada mereka yang memberikan sumbangan yang sangat besar di negara tersebut.
Malangnya di Malaysia, gelaran tersebut umpama sudah "turun pangkat" dan mungkin tidak diiktiraf oleh kebanyakkan negara kerana cara pemberiannya yang terlalu "mudah" kepada sesiapa sahaja walaupun sumbangan yang diberikan oleh individual tersebut terlalu sedikit.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengkritik sesiapa tetapi terdapat beberapa contoh yang saya rasa tidak wajar menerima anugerah ini seperti penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Memang benar Siti menerima banyak pengiktirafan atas kejayaan beliau dalam dunia hiburan tetapi saya merasakan beliau terlalu "muda" untuk menerima gelaran ini dan sumbangan beliau kepada masyarakat adalah tidak seberapa sedangkan P. Ramlee mendapat gelaran Tan Sri selepas meninggal dunia.
Begitu juga dengan Nicole David dan Lee Chong Wei yang pada saya masih "muda" walaupun memegang gelaran pemain nombor 1 dunia. Saya merasakan gelaran tersebut hanya wajar diberikan selepas mereka bersara nanti. Ini kerana kita tidak mahu pemain negara menjadi leka dengan kejayaan mereka yang akhirnya merugikan pemain tersebut dan juga Malaysia. Buktinya apa yang berlaku kepada Lee Chong Wei yang gagal merangkul sebarang kejuaraan sejak bergelar Datuk selepas sukan Olympic Beijing yang lalu.
(sumber: http://photobucket.com)
Terbaru, gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Jangan salah faham kerana saya sukakan lakonan beliau dan mengakui bakat beliau tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya merasakan ianya suatu penghinaan kepada gelaran tersebut kerana: -
- Shah Rukh Khan bukan rakyat Malaysia dan beliau juga tidak tinggal di Malaysia.
- Beliau juga tidak dapat hadir ke majlis penganugerahan yang menggambarkan bahawa beliau sendiri tidak menghargai gelaran tersebut sedangkan jika diberikan anugerah Grammy atau gelaran "Sir" oleh Queen Elizabeth, beliau pastinya hadir.
- Beliau sememangnya tidak akan menggunakan gelaran tersebut pada nama beliau seperti ahli-ahli politik di Malaysia. Jadi, tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia tidak mampu untuk mempromosikan Malaysia seperti yang cuba dilakukan oleh kerajaan Melaka.
(sumber: http://myfilmblogs.com)
Isu "Datuk" ini bukan baru-baru ini sahaja hangat dibincangkan. Sebelum ini, pemberian Datuk kepada Michelle Yeoh turut dipertikaikan oleh orang ramai. Tiada sebab yang kukuh mengapa beliau layak mendapat anugerah tersebut.
Jika suatu ketika dahulu, timbul isu di mana sesiapa yang ingin mendapatkan gelaran Datuk perlu fasih berbahasa Malaysia, kini sesiapa sahaja boleh memilikinya tanpa sebarang "requirement". Saya tidak pasti samada ura-ura ini benar ataupun tidak tetapi saya ada mendengar bahawa sesiapa sahaja boleh mendapatkan gelaran ini dengan syarat membayar sejumlah wang dengan nilai tertentu.
Samada benar ataupun tidak, gelaran Datuk tidak mempunyai nilai yang setara seperti suatu ketika dahulu. Jika trend sebegini berterusan, "Datuk" tidak lagi akan dihormati oleh masyarakat dunia dan tempatan.
Kepulangan
Salam wahai pengunjung-pengunjung slumbeRAJA,
Agak menduka citakan kerana hampir dua hari blog ini tanpa sebarang post terbaru. Saya berasa kurang sihat sehinggakan hilang mood untuk menaip sebarang artikel. Terima kasih kepada anda semua yang terus berkunjung dan menulis komen-komen bernas di blog ini.
slumbeRAJA disambung semula seperti biasa.
^^
Oct 6, 2008
Bill Gates Beri Wang Percuma!!
Saban hari makin banyak penipuan yang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, gores dan menang, dan yang terkini, penjenayah semakin bijak dengan menggunakan Internet sebagai lubuk emas mereka untuk menipu orang ramai.


Berita di halaman utama Harian Metro hari ini menarik perhatian saya di mana penjenayah menggunakan nama Bill Gates bagi mengaburi mata orang ramai. E-mail berantai yang dikenali sebagai Spam memang menjadi kegemaran penjenayah bagi mencari mangsa mereka. Saya percaya anda semua pernah menerima e-mail sebegini. Nasihat saya, jangan buka sama sekali. Delete ataupun letakkan dalam spam box anda bagi mengelakkan mereka menghantar lagi e-mail sebegini. Sebab utama saya tidak menggalakkan anda membukanya kerana: -
- anda mungkin akan terpengaruh untuk membuat perkara yang disuruh oleh penjenayah tersebut kerana ganjaran yang dijanjikan sememangnya menggiurkan.
- e-mail tersebut mungkin mengandungi virus yang mampu 'mencuri' identiti anda atau merosakkan komputer anda.
Bagi anda yang masih belum mengetahui, Bill Gates bukan lagi manusia terkaya di dunia. Ranking terbaru dari Forbes, beliau hanya berada pada kedudukan ketiga di bawah Warran Buffett dan Carlos Slim Helu. Maka dengan itu, beliau tidak akan memberikan wang percuma kepada anda dengan sesuka hati kerana beliau pastinya mahukan title beliau sebagai manusia terkaya di dunia kembali.

Jadi, lupakan sahaja jika ada sesiapa yang mengajak anda menyertai skim cepat kaya. Duit tidak akan jatuh dari langit tanpa anda perlu berusaha kecuali jika anda berjudi. Itupun belum tentu anda akan berjaya. Fikir dahulu sebelum bertindak!
Sep 28, 2008
Kes Bunuh Lagi: Adakah Hudud Penyelesaiannnya?
Nampaknya semakin menjadi-jadi kes pembunuhan di Malaysia dan lebih menakutkan penjenayah sudah makin berani melakukannya di tempat awam. Saya tidak boleh menyalahkan pihak polis dalam hal ini kerana mereka hanya mampu melakukan melakukan yang terbaik dan dengan populasi 27,730,000 juta penduduk (tidak termasuk pendatang asing), tidak mungkin mereka mampu untuk mengawal setiap manusia yang ada di muka bumi Malaysia ini.Suka atau tidak, saya merasakan penyelesaian bagi kes jenayah sebegini adalah dengan menjadikan hukum hudud sebagai hukuman rasmi negara Malaysia. Apalah gunanya jika agama rasmi kita adalah Islam tetapi dari segi undang-undangnya tidak diamalkan segala menyeluruh. Saya tahu topik ini sangat sensitif bagi sesetengah pihak tetapi dengan hukuman yang sedia ada tidak mampu menangani kes jenayah yang berleluasa.
Saya percaya hampir setiap hari kita mendengar kes bunuh, rompak, mencuri dan sebagainya di media massa. Bagi ibu bapa yang peka, mereka akan sentiasa menasihati anak-anak supaya berhati-hati setiap kali menjejakkan kaki keluar dari rumah. Ini bukan untuk menakut-nakutkan pembaca tetapi kejadian bunuh ini telah berlaku berhampiran rumah saya beberapa minggu lalu.
Saya ada mendengar sindiran sinis rakan-rakan bukan beragama Islam yang berjenaka dengan perkataan "potong tangan" / "sup tangan" dan sebagainya dan di sini saya ingin menerangkan kepada mereka bahawa seperti juga hukuman sedia ada, hanya pesalah sahaja yang akan dihukum. Jadi, tidak perlulah anda berasa takut dengan hukum hudud jika anda tidak bersalah. Islam tidak menggalakkan keganasan tetapi hukuman tersebut bagi memberi pengajaran supaya orang lain tidak mengulangi jenayah yang sama.
Dengan hukuman yang berasal dari zaman penjajah British, penjara-penjara sudah penuh dengan banduan-banduan tetapi jenayah tetap berlaku. Ini bermakna ianya tidak berkesan malah ada antara bekas banduan yang masih mengulangi jenayah yang mereka lakukan tanpa rasa insaf.
Selain itu kita mungkin boleh membahagikan hukuman kepada dua jenis, iaitu hanya umat Islam yang dikenakan hukuman hudud manakala yang bukan Islam dikekalkan hukuman konvensional walaupun cara ini menumbulkan double standard di kalangan rakyat Malaysia.
Jika anda tidak bersetuju dengan pendapat saya, cuba tanya keluarga mangsa bunuh tentang hukuman yang diterima oleh pesalah. Mereka sudah tentu mahukan keadilan. Mungkin anda tidak merasakan kesedihan dan keperitan mereka kerana ia tidak pernah berlaku kepada keluarga anda tetapi jika ianya berlaku (simpang malaikat), anda akan sedar mengapa Islam mewajibkan hukuman hudud kepada penganutnya.
Saya tidak pasti kebenarannya tetapi jika tidak silap, Arab Saudi mengamalkan hukum hudud dan jenayah berlaku di sana agak rendah. Jika anda memiliki statistiknya, sila kongsi bersama. Saya bimbang jika trend ini berlanjutan, kes jenayah tidak akan dapat dibendung lagi pada masa akan datang.
Sep 25, 2008
LRT Berlanggar: Di Manakah Silapnya?
Bagi anda yang masih belum membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, anda mungkin tidak mengetahui mengenai kemalangan yang melibatkan 2 tren LRT semalam. Baca di sini.
Tidak dinafikan antara sebab mengapa saya kurang menggemari LRT adalah kelembapan trennya bergerak dari satu stesyen ke satu stesyen yang lain. Mungkin ini adalah hikmah di sebalik pengangkutan ini bergerak pada kelajuan yang perlahan. Cuba bayangkan jika ianya laju seperti bullet train, kemungkinan besar berlaku kemalangan maut.
Saya yang baru-baru ini kembali menggunakan LRT berasa kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan pada waktu operasi di sebelah malam. Bagi setiap tren yang tiba di stesen Ampang, penumpang perlu menunggu lebih dari 15 minit sebelum ianya bertolak kerana perlu menantikan tren lain untuk sampai ke stesen. Walaupun pada waktu malam tidak ramai orang yang menggunakannya, saya berasakan adalah tidak wajar mereka mengambil sikap sambil lewa seperti ini sedangkan ada antara penumpang yang mungkin tergesa-gesa untuk ke tempat kerja (shift malam).
Cara ini mungkin menjimatkan pihak LRT kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja lebih untuk lebihan operasi LRT pada waktu malam tetapi tidak adil kepada penumpang yang membayar tiket.
Sep 20, 2008
Lagi Berita Aneh Utusan Malaysia

Mengapakah Anwar pula dipersalahkan jika kerajaan tidak mampu menarik pelabur luar datang ke Malaysia untuk melabur?
Pada pendapat saya, pengurusan negara adalah umpama pengurusan perniagaan. Ada untung, ada rugi. Sekiranya pengurusan yang diamalkan adalah betul dan baik, negara sekecil Singapura pun boleh berjaya. Yang menariknya, Singapura tidak bernasib baik seperti Malaysia di mana mereka tidak mempunyai sumber asli seperti petroleum, gas asli, balak dan sebagainya.
Contohnya: -
Jika anda menyewa lot kedai yang terletak di Bukit Bintang di mana terdapat hampir 10,000 pejalan kaki yang melintasi kedai anda setiap hari tetapi tiada siapa yang ingin memasuki kedai anda. Adakah anda akan menyalahkan pejalan kaki tersebut ataupun pemilik lot tersebut atau diri anda sendiri?
Jika ingin melibatkan isu keadilan, saya ingin memberi contoh bagaimana kerajaan Malaysia sendiri menggunakan taktik "kotor" terhadap AirAsia tidak lama dahulu. Isu di mana kerajaan Malaysia tidak membenarkan AirAsia menggunakan Lapangan Terbang Subang sebagai terminal tambang murah. Kemudiannya, Malaysia menubuhkan Firefly bagi tujuan untuk menggugat reputasi AirAsia. AirAsia kini mempunyai reputasi yang baik di Asia, cuba bayangkan jika mereka suatu hari nanti mengambil keputusan tidak lagi mahu berpusat di Malaysia kerana dasar kerajaan yang terlalu berat sebelah. Berapa banyakkah kerugian yang ditanggung oleh Malaysia?
Sekiranya tiada pelabur asing mahu ke Malaysia, maksudnya mereka tidak lagi percaya terhadap dasar kerajaan kini. Tindakan drastik perlu diambil dan bukannya menyalahkan orang lain.
Rakyat tanggung beban perbuatan Anwar?
Adakah Anwar yang menaikkan harga petrol dan diesel semasa?
Adakah Anwar yang menetapkan harga tol-tol di Malaysia?
Adakah Anwar yang membina mahligai di Putrajaya?
Adakah Anwar yang menentukan gaji bulanan anda?
Adakah Anwar perdana menteri Malaysia?
Aneh!
Aug 28, 2008
slumbeR@J@ Berehat Sebentar!
Semalam adalah kali pertama saya tidak menulis sebarang post kerana sangat sibuk dengan projek terbaru melibatkan laman web dan forum. Seperti yang saya katakan dalam post yang lepas, saya memiliki pengalaman hampir setahun bersama Joomla dan projek terbaru ini dibangunkan menggunakan Joomla.
Penggunaan Joomla sudah semakin meluas dengan semakin ramai rakyat Malaysia yang mempelajari bagaimana untuk menghasilkan laman web mereka menggunakan CMS. Mengikut pengalaman saya, sesiapa sahaja boleh mempelajari Joomla tetapi mereka perlulah rajin mencuba dan mengeksperimen laman web anda kerana Joomla bukanlah sebuah sistem yang lengkap di mana ia masih lagi dibangunkan.
Anda perlu mencari module, component, atau mambot yang bersesuaian dengan kegunaan laman web anda supaya ianya menjadi lengkap. Kebanyakkan module, component, atau mambot dibangunkan oleh developer yang lain di mana kebanyakkan daripadanya adalah percuma.
Sekiranya anda seorang yang suka mengeksperimen, mengenali Joomla adalah sesuatu yang menyeronokkan di mana anda berkemungkinan akan berpuas hati dengan hasilnya berbanding menggunakan Blogspot ataupun Wordpress. Terdapat banyak template percuma untuk Joomla yang memiliki fungsi yang berbeza setiap satunya di mana kedudukan module tidak sama. Ini menjadikan laman web anda lebih unik berbanding laman web yang lain.
Saya mungkin akan sibuk dalam beberapa hari ini tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk terus mengemaskini blog ini dengan pelbagai tips dan berita sensasi. Diharapkan anda semua terus melawat laman web ini dan memberikan komen-komen bernas anda di sini.
Penggunaan Joomla sudah semakin meluas dengan semakin ramai rakyat Malaysia yang mempelajari bagaimana untuk menghasilkan laman web mereka menggunakan CMS. Mengikut pengalaman saya, sesiapa sahaja boleh mempelajari Joomla tetapi mereka perlulah rajin mencuba dan mengeksperimen laman web anda kerana Joomla bukanlah sebuah sistem yang lengkap di mana ia masih lagi dibangunkan.
Anda perlu mencari module, component, atau mambot yang bersesuaian dengan kegunaan laman web anda supaya ianya menjadi lengkap. Kebanyakkan module, component, atau mambot dibangunkan oleh developer yang lain di mana kebanyakkan daripadanya adalah percuma.
Sekiranya anda seorang yang suka mengeksperimen, mengenali Joomla adalah sesuatu yang menyeronokkan di mana anda berkemungkinan akan berpuas hati dengan hasilnya berbanding menggunakan Blogspot ataupun Wordpress. Terdapat banyak template percuma untuk Joomla yang memiliki fungsi yang berbeza setiap satunya di mana kedudukan module tidak sama. Ini menjadikan laman web anda lebih unik berbanding laman web yang lain.
Saya mungkin akan sibuk dalam beberapa hari ini tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk terus mengemaskini blog ini dengan pelbagai tips dan berita sensasi. Diharapkan anda semua terus melawat laman web ini dan memberikan komen-komen bernas anda di sini.
Aug 25, 2008
Hutang RM300,000.00 Kerana Ketagih Berjudi
Pada awalnya beliau hanya memiliki hutang sebanya RM50,000.00 sahaja akibat kerugian dalam perniagaan peruncitan namun disebabkan tidak sabar dan ingin mencari jalan mudah, beliau dihimpit dengan masalah yang lebih besar.
Bukan itu sahaja, beliau turut meminjam wang sebanyak RM50,000.00 melalui along akibat ketagihan berjudi. Hutang satu hal, along satu hal lagi.
Cuba anda teka berapa lama yang diperlukan oleh "usahawan muda" kita ini untuk menghabiskan RM300,000.00 di meja judi?
2 Bulan! Maksudnya, purata harian beliau rugi setiap hari adalah RM5000.
Kalau macam ni, tokeh balak pun sure bankrupt.
Jadi, adik-adik, walau apapun yang anda lakukan, kalau ada member-member yang ajak main mesin slot atau daun terup, katakan TAKNAK!
Aug 23, 2008
Gadis Dibunuh Kerana Masih Dara
Setakat ini 3 orang gadis berusia 17 tahun dan seorang berusia 24 tahun dari Wasbank telah ditahan bagi siasatan lanjut kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nobuhle Khumalo, 17
Salah seorang guru Nobuhle, Samkeliso Chiliza berkata, geng tersebut menyerang Nobuhle kerana dikatakan cemburu terhadap beliau kerana rata-rata ibu bapa pelajar menjadikan Nobuhle sebagai contoh yang baik.
Rata-rata pelajar di sekolah terbabit telahpun mempunyai anak walaupun baru berusia 17 tahun dan mereka berang kerana sering dibandingkan dengan Nobuhle.
Nobuhle ditemui mati bersama sebotol pil yang diletakkan bagi tujuan memalsukan kematiannya. Namun begitu, setelah bedah siasat mendapati Nobuhle mengalami kecederaan teruk di bahagian kepada akibat dipukul.
Nampaknya dunia ini semakin dahsyat dengan bermacam-macam berita menggemparkan hampir setiap hari.
Aug 22, 2008
Selamat Datang ke SlumbeRaja!
Selamat Datang ke SlumbeRaja!
Disclaimer:-
Segala pendapat atau idea di dalam laman web ini adalah semata-mata dari luahan hati penulis. Ia tidak memihak kepada mana-mana individu, kumpulan atau pihak tertentu kecuali jika disebut sendiri oleh penulis. Penulis tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.
Harap maklum!
Disclaimer:-Segala pendapat atau idea di dalam laman web ini adalah semata-mata dari luahan hati penulis. Ia tidak memihak kepada mana-mana individu, kumpulan atau pihak tertentu kecuali jika disebut sendiri oleh penulis. Penulis tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.
Harap maklum!
Subscribe to:
Posts (Atom)


