Nov 4, 2008

Di Mana Anda Melihat Diri Anda 10 Tahun Lagi?

Kalau dahulu semasa kecil, nasihat yang selalu kita dengar daripada kedua ibu bapa kita adalah, 

"belajar rajin-rajin, dapatkan keputusan yang baik, nanti senang dapat kerja yang elok" 


(sumber: http://charmecc.com)

Saya percaya jika anda adalah dari keluarga yang konservatif, nasihat ini pastinya teriang-iang di telinga anda. Benarlah kata orang, ibu bapa mencorak kehidupan anak-anak kerana kebanyakkan kita menjadikan ibu bapa sebagai contoh atau role model.

Kemudian, apabila menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi, ayat yang seringkali saya dengar pula adalah, 

"nanti bila aku dah kerja, lepas 2-3 tahun aku nak berhenti dan buka bisnes sendiri" 


(sumber: http://www.ustaxinternational.com)

Tiada salahnya meletakkan target/gol sebegini cuma masalahnya, berapa ramaikah yang benar-benar merealisasikan impian tersebut?

Dari apa yang saya teliti, antara sebab-sebab mengapa perkara tersebut berlaku adalah: -
  • Apabila sudah memiliki pekerjaan tetap, sukar untuk berhenti dari pekerjaan tersebut kerana bimbang dengan risiko kerana dikelilingi hutang samada membayar pinjaman perumahan, kenderaan, pinjaman pelajaran, bil-bil bulanan, credit card dan sebagainya. Alasan: "Yalah, kalau mak bapak "tokeh balak" senanglah cerita."
  • Tiada masa untuk mencari peluang perniagaan kerana sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Selain itu, masa yang terluang juga dihabiskan bersama keluarga ataupun teman lelaki/wanita. Alasan: "Kalau kerja je 24 jam, bila nak ada life?"
  • Tidak memiliki modal yang cukup bagi memulakan perniagaan serta tiada jaringan network dengan golongan "elite". Alasan: "Walaupun sudah beberapa tahun bekerja, bos besar pun tak pernah nampak, macam manalah nak dapat contact."
Sudahnya, plan "2-3 tahun" itu dianjakkan kepada "5 tahun", "10 tahun" dan yang akhir sekali menunggu sehingga selepas bersara. Bagi yang kurang bernasib baik, lepas bersara pun masih lagi belum dapat mencapai impian tersebut. 

Psychology manusia sebenarnya sangat mudah, kita gemar mengikut majoriti kerana merasakan ianya lebih "selamat". Disebabkan oleh mentaliti yang sedemikian, hanya 5% dari populasi dunia yang benar-benar berani menempuhi cabaran getir di mana mereka inilah yang sebenarnya menguasai ekonomi dunia.

Pernah sekali ada seorang rakan mengatakan kepada saya,

"money is the root of all evil"

Yang lawaknya adalah, apabila tidak cukup wang, rakan tersebut seringkali merungut. Pada pendapat saya, wang tidak bersalah. Wang mempamerkan wajah sebenar seseorang. Jika dahulunya mungkin seorang yang merendah diri, kita akan dapat melihat watak mereka yang sebenar selepas menjadi kaya. Jika kekal Alhamdulillah, jika tidak Wallahualam.


(sumber: http://kissfeez-foryou.blogspot.com)

Secara peribadi, cita-cita saya adalah untuk bersara sebelum umur 40 tahun. Melihatkan trend terkini, saya merasakan jika saya bekerja makan gaji dari 9 pagi hingga 5 petang, adalah agak sukar bagi mencapai matlamat tersebut walaupun ianya tidak mustahil. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang dianggap konservatif, saya tidak menjadikannya alasan untuk tidak mencuba sesuatu yang berbeza.

Persoalan utamanya, di manakah anda melihat diri anda dalam tempoh 10 tahun akan datang?

11 comments:

Anonymous said...

Betul lah fren...aku punya impian nak berenti kerja lom tercapai2 lagi nih...10 tahun lagi (2018)???harap2 dah boleh jadi tokey utk diri sendiri...

julietchun said...

aku wat 2 keje skang ni.

Unknown said...

aku start abis blajar dah kerje sendiri sampai skarang dan memang best sesangat

Fazrulls said...

Salam bro...

Betul tu.. aku pun dulu target cam tu..tapi belajar tak tinggi.. so kena lah kerja dulu.. orait.. hee..
Business?? hmm tengah2 dok pikir nak buat apa ni? heee...

cik manis said...

sy blom start keje lg..
tp lau 10thun akn dtg..
sy bru je disahkan jwtan sbagai guru..
=D

Tie said...

Tie dah lama berhenti kerja. Sekarang jadi house manager!

iDa~ said...

mase tuh ade bisnes sindri gak kot inshaAllah...{n ade suami gak hehe}

love is forever said...

give money to get more money...agree tak?..10 tahun lagi tak pencen lagi bro.

YilingL said...

I hate MAWI!!!!
hehehe :D

IamYonna said...

sangat suka entry ni

Anonymous said...

10 tahun lagi....? Bagus wawasan sebegini, tak terlalu singkat & tak terlalu panjang.....
Idea menjadi usahawan memang digalakkan, tetapi beberapa perkara perlu dipertimbangkan:

1. Invest in yourself -knowledge memalui bacaan, training, workshop, seminar.

2. Try slow-slow through online business - at least you got the taste of reality in dealing with business people. Got confidence, kembangkan melaui physical activity. i.e tapak perniagaan, etc.

3. Amalkan attitude yg. dilakukan oleh usahawan2 yg berjaya. SOme of it requires heavy sacrifice...but you got to pay the price to earn the rewards.........

Just my ill-informed opinion, keep on with your vision, refuel your motivation.

My grandplan 15 tahun lagi, reaching top 40 of Malaysia's richest people.....(hiuhggghhh, besau matlamat tu...nie kira pengganti TanSri Syed Mokhtar agaknyer).....

Selamat berjaya kepada semua........

Regards,
JutawanSavvy
www.jutawansavvy.blogspot.com