Pada mulanya, saya hanya bercadang membeli burger tetapi selepas membayar set medium Double Cheese burger (DriveThru) , tiba-tiba sahaja "mengidam" pula makan ayam KFC, jadi saya mengambil keputusan untuk singgah membeli set 5 ketul ayam Hot & Spicy dan Whipped Potato large (hey, bukan saya seorang makan, untuk family sekali!).
Persoalannya, dari segi ekonomi, yang manakah lebih menjimatkan dan berbaloi jika anda makan di rumah?
Double Cheese (burger + fries + diet coke) = RM9.10 + 5% tax = RM9.55
5-Piece of Chicken + Whipped Potato (L) = RM17.80 + 5% tax = RM18.70
Frankly speaking, walaupun berat saya tidak sampai 60kg tetapi set Double Cheese burger tersebut masih belum cukup untuk membuatkan saya kenyang di mana pada masa yang sama jika saya makan ayam KFC, 2 ketul ayam (bahagian dada) sahaja sudah lebih dari cukup.
Tidak hairanlah mengapa, KFC masih pilihan no 1 di Malaysia walaupun faktor harga bukanlah penentu utama. Rakyat Malaysia di luar bandar lebih gemarkan KFC kerana ia lebih "kena" dengan citarasa tempatan berbanding McDonalds yang hanya tertumpu kepada penduduk di bandar dan golongan muda.
(sumber: http://www.giapet.net)
Namun begitu, secara peribadi, McDonalds masih lagi pilihan utama saya berbanding KFC kerana saya cepat berasa jemu jika makan terlalu banyak ayam KFC (mungkin kerana ayam tersebut disuntik). Mungkin 2-3 minggu sekali masih lagi boleh diterima berbanding dengan McDonalds (2-3 kali seminggu).
Sebenarnya McDonalds sudah umpama "makanan ruji" kepada saya dan rakan-rakan apabila keluar ke mana-mana. Saya pun tidak pasti sejak bila kami semua mengamalkan diet yang kurang sihat ini tetapi secara cost effectiveness, McDonalds boleh dikatakan dalam antara makanan paling murah jika dibandingkan dengan makanan yang lain di shopping mall.
(sumber: http://www.wikimedia.org)
Saya tahu ada antara anda mungkin menjawab, "hey, food court kan ada!". Memang benar tetapi masalahnya, peningkatan harga barangan mentah sejak mendadak sejak kebelakangan ini turut mempengaruhi harga makanan di mana-mana termasuk di food court. Saya pernah membicarakan hal ini bersama Ken, dan beliau sendiri memilih McDonalds berbanding makanan di food court.
Sebabnya sungguh mudah:-
- Bukan semua makanan di food court sedap rasanya di mana anda perlu mengambil "risiko" mengeksperimen terlebih dahulu gerai mana yang sedap ataupun tidak di mana makanan di McDonalds hampir serupa walau di mana sekalipun cawangannya.
- Harga makanan di food court yang kini mencecah antara RM4.00 - RM8.00 (tidak termasuk air) untuk setiap jenis juadah dan masalah terbesar adalah ia tidak seperti di dalam gambar yang ditunjukkan dalam menu yang disediakan (makanan terlalu sedikit) manakala saiz burger di McDonalds tidak mungkin berubah-ubah.
- Air tidak boleh direfill dan cawan yang digunakan terlalu kecil serta harga minuman yang agak tinggi iaitu RM1.50 ke atas sedangkan di McDonalds anda boleh meminta sebanyak manapun minuman yang anda inginkan.
Saya akan menyentuh lebih lanjut mengenai makanan di food court dalam isu yang akan datang. Tunggu!
18 comments:
KFc ni ayamnyer sedap..kalau mcd ni burger die sedap..itulah pilihan ku...kalau boring2 makan kat umah..
hurmmm..skng xsuke la ayam kfc rasa yg baru tue..cm muak klu makan..ayam mcd skng da sedap bagi zuelah...
:)
Ish!! janganlah selalu sangat makan kat McD atau KFC tu atau lain2 tempat yang seperti tu...Bahaya utk kesihatan. Adik tie memang dah bertahun gitu, hasilnya, dpt penyakit 3 in 1....... Susah kan...
eemmmm... klu nak makan ayam yg sedap.. memang ler kfc pilihan hati...tak de tandingan kfc ni.. tapi klu nak makan burger yg best.. sudah semestinya mcd.. tak kisah ler berapa harganya..
actually, burger mcd tu teramatlah mahalnyer.. cuba pk yer... satu set secara purata = RM10 (purata utk all 3 sizes)
sedangkan kat luar leh dapat satu tin coke + burger gerai + fries = RM1.80 + RM2.50 + RM1.00 = RM5.30..
lagi jimat.. hehehe...
tapi kalo rasa tu takde tandinganlah... mcd mmglah sedap.. slurrppp!!!
hadoi..slumberaja bikin watashi sgt laparrrrrr
i love KFC!
McD memang best...
memang betoi pon murah...
My favorite....
Doublecheesee~
salam..sedappp nya..kekadang merindui fast food ahahaha
Kalau Fries = McD lebih sedap sebab banyak garam
Kalau Ayam Spicy = McD lebih sedap sebab lebih pedas
Kalau Jaga Kaunter = KFC lagi cun...hehehehe...kalau kat tempat aku lerr...tempat korang tak tau lerr....
adoii
tba2 mengidam lak nak mkn kfc or mcD..
nyum2!!!
alamak..tibe2 tingin mkn McD lak. ayam kep c da mkn da aritu. huhuk
cayalah. aku suke post kali nieh. brilliant
hmmm..due2 sedap...kfc de nasi.. tp klo nk simple2..mcd lg ok.. kesimpulan..kfc utk family selebrate....n tok org mude.. dating ke..mcd g bek rsenyer..its simple..
hee laa. aku baru ja makan Big Mac.. heee. apa pun bagi aku KFC ka Mac D ka.. kalau tu ja pilihan yang ada bedal ja.. cam kat penang ni.. Burger King tak da.. A&W pun dah tutup.. dulu ada lah White castle.. dan Marry brown.. tapi dah bungkus gak.. heee..
soalan mcm ni selalu tertanya2. especially time duit kureng dlm wallet.
tapi dlm dok tanya, tetap gi mcD juga. bg sy ayam goreng mcD kurang berminyak dr kfc
Mc Donald is always my favourite once a week food
hmm..korang nh...kfc kan prdct israel..xkan yg x prnh mandi junub pun korang nak sebat gak...
rfc lagi best..prdct org islam.. tinggi ilmu agama..ish..ishhhh..
Post a Comment