Dec 31, 2012

Selamat Menyambut 2013, Selamat Tinggal 2012!


Sekelip mata sahaja masa berlalu. Pejam celik kita sudah bakal memasuki 2013. Ya, dunia masih belum berakhir, tafsiran kalender Mayan adalah bohong semata-mata. Tak sangka ramai yang mempercayainya. Haha!

Seperti biasa, apabila memasuki tahun baru, ramai yang sibuk dengan azam tahun baru. Persoalannya, adakah azam 2012 telah terlaksana?

Saya sendiri belum sepenuhnya memenuhi azam tahun ini tetapi bermula tahun baru ini, telah banyak plan-plan yang menanti. Sudah tidak sabar rasanya!

Buat pengetahuan anda, saya terlibat secara aktif dalam membangunkan beberapa rangkaian blog-blog tempatan yang mungkin bakal menjadi periuk nasi bermula dari 2013. Ia merupakan salah satu daripada azam 2012 tetapi tertangguh sehingga penghujung tahun... *haih*

Bak kata orang puteh, "easier said than done".

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, buat masa ini saya belum bercadang untuk menyambut 2013 di mana-mana. Mungkin lepak di rumah sahaja sambil memfokuskan kepada projek-projek tersebut. Masa berlalu dengan pantas, setiap saat sangat berharga! :)

Apakah perancangan anda untuk 2013? Sambut atau tidak?


Dec 30, 2012

Yes, I'm Alive!

Lebih 3 tahun saya tidak menulis sebarang post di blog ini kerana kesibukan dengan projek-projek lain. Dalam tempoh tersebut, slumbeRAJA masih lagi menjana trafik tanpa henti.

Sebenarnya blog ini dibina atas tujuan ujian tetapi tidak disangka-sangka ianya menarik ramai pengunjung!

Saya akan mula bergerak aktif semula di blog ini, jadi post ini sebagai tanda kepulangan :)

Sekiranya anda masih lagi mengikuti blog ini, terima kasih dan selamat kembali!!!

Ya, saya masih hidup!!!