Anyway, post hari ini berkisar tentang TV Series yang kegemaran saya dan juga yang telah lama saya tinggalkan.

1) House MD
Sudah 5 musim saya menonton tetapi masih tidak jemu. Rasanya episode minggu ini adalah episode terakhir bagi musim ini berdasarkan jalan ceritanya. House MD mengisahkan tentang Dr. Gregory House yang memiliki kepakaran menyelesaikan kes-kes yang boleh dianggap mustahil oleh doktor-doktor lain. Namun begitu, beliau mempunyai masalah personaliti dan kurang digemari oleh rakan-rakan sekerja.

2) How I Met Your Mother
How I Met Your Mother merupakan sitkom popular di mana Ted Mosby menceritakan pengalaman hidup beliau kepada anak-anaknya tentang bagaimana beliau bertemu dengan isteri impian beliau. Walaupun sampai sekarang masih tidak tahu dengan siapakah Ted berkahwin, sitkom ini langsung tidak membosankan terutamanya jika melibatkan watak antagonist Barney Stinson.

3) Hell's Kitchen
Hell's Kitchen adalah rancangan realiti yang menguji bakat peserta dari segi teknik masakan, kebolehan mengendalikan dapur professional dan juga daya kepimpinan. Memang tidak jemu menonton Gordon Ramsey memaki hamun para peserta. Ada sesiapa perasan, Hell's Kitchen yang ditayangkan di NTV7 tiada suara latar (narrator)?

4) Gary's Unmarried
Satu lagi sitkom yang tidak akan saya lupakan untuk mendownload setiap minggu. Ianya berkisar mengenai kehidupan Gary selepas bercerai dengan bekas isterinya, Allison. Beliau memiliki 2 orang anak Tom dan Louis. Walaupun telah bercerai, kehidupan Gary masih dibayangi oleh Allison yang sentiasa berada menghantui beliau.

5) American Idol
Entah kenapa tiba-tiba saya berminat untuk menonton Season 8. Inilah kali pertama saya mengikuti rancangan ini dari mula sehinggalah episode terkini. Kini sudah hanya tinggal 7 peserta sahaja selepas Scott dibuang semalam.

6) Being Erica
Being Erica adalah antara TV Series yang baru ke udara beberapa bulan yang lalu. Ia mengisahkan kehidupan Erica Strange yang terumbang-ambing walaupun sudah mencecah usia 30 tahun. Semuanya berubah apabila Erica bertemu dengan Dr. Tom, seorang psychiatrist. Dr. Tom memiliki kuasa membantu Erica membetulkan kesilapan yang beliau lakukan pada masa lampau. Untuk pengetahuan anda, siri ini telahpun tamat musim pertama minggu ini dan akan disambung untuk musim kedua.

7) Lie To Me
Ini juga antara TV Series yang baru ke udara. Mengisahkan Dr. Cal Lightman yang memiliki kebolehan mengesan sama ada seseorang itu bercakap benar ataupun menipu. Beliau mengetuai agensi yang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyiasat kes pembunuhan, penyelewengan, penipuan dan sebagainya.

8) Trust Me
Ini pula mengisahkan kehidupan pekerja di agensi pengiklanan yang penuh dengan helah, penipuan, back-stabbing, dan bermacam lagi bagi memastikan kehendak syarikat dan pelanggan tercapai. Watak utama adalah Mason McGuire dan Conner, sahabat baik dan juga rakan sekerja tetapi memiliki personaliti yang berbeza.

9) The Mentalist
The Mentalist mengisahkan Patrick Jane yang memiliki kebolehan luar biasa membaca fikiran, hipnosis dan sebagainya di mana beliau bertugas sebagai consultant khas kepada California Bureau of Investigation (CBI). Motif utama beliau berada dalam squad yang diketuai oleh Agent Teresa Lisbon adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai Red John, pembunuh bersiri yang telah membunuh isteri dan anak Patrick. Pada masa yang sama, Patrick membantu CBI menyelesaikan banyak kes jenayah.

10) The Big Bang Theory
Memasuki musim kedua, sitkom ini mula mendapat tempat di hati penonton. Ia mengisahkan kehidupan 4 orang nerd Leonard Leakey Hofstadter, Sheldon Cooper, Howard Wolowitz dan Rajesh Koothrappali serta jiran mereka Penny. Kebanyakkan lawak dalam sitkom ini adalah bersifat intelektual di mana ia boleh dikatakan jarang ada dalam mana-mana sitkom sebelum ini.
Berikut pula TV Series yang pernah menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu. Ada antaranya yang berubah menjadi bosan, mengarut dan semakin hilang tarikan. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mendownload dan menontonnya. Saya tidak pasti samada TV Series ini masih lagi berada di udara ataupun tidak.
1) One Tree Hill
2) The OC
3) Heroes
4) Lost
5) Kyle XY
6) Gossip Girl
7) 90210
8) Reaper
9) Skins






