Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Mar 25, 2009

Dragon Hunter Review: Dragon or Ogre?


Sudah beberapa minggu saya tidak menonton sebarang movie jadi saya mengambil keputusan untuk mendownload beberapa filem dan salah satunya bertajuk Dragon Hunter. Dari preview yang saya lihat agak menarik. Saya sendiri tidak pernah mendengar filem ini sebelum ini walaupun ianya telah ditayangkan pada 2008.


Di awal cerita agak menarik dengan suara narrator ada persamaan dengan filem seperti Lord of the Rings, jadi saya agak excited ditambah dengan plot cerita yang agak samar-samar yang menimbulkan rasa suspend. Segala berubah apabila memasuki bahagian di mana watak utamanya terjaga dari mimpi.

Daripada suara narrator yang cukup berkesan untuk cerita-cerita sebegini bertukar kepada slang American + Australian english yang tidak sesuai langsung. Ditambah dengan penggunaan effect suara seolah-olah ianya terpisah dari lakonan sebenar. Dalam erti kata lain, suara direkodkan di dalam studio.

Pelakon juga nampak begitu kaku dan yang paling teruk, plot cerita yang begitu mengarut. Musuh-musuh di dalam filem ini terbahagi kepada 2 iaitu Ogre dan Dragon. Yang kelakarnya ialah, kedua orang tua watak utama tersebut dibunuh oleh Ogre tetapi beliau adalah dragon hunter. Saya sendiri tidak faham apakah fungsi Ogre di dalam filem tersebut.

Saya mengaku disebabkan oleh terlalu bengang dengan filem ini, saya telah skip beberapa part kerana malas untuk membazirkan masa. Yang paling mengecewakan dalam filem ini adalah pertarungan di antara hero dengan Dragon. Duration filem ini adalah lebih 1 jam tetapi pertarungan dengan Dragon hanya 3 minit 30 saat. CGI Dragon tersebut juga nampak terlalu 'murahan' seperti dalam dokumentari National Geographic.

Sekarang saya faham mengapa saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Nasib baiklah saya tidak menontonnya di pawagam (jika ada) kerana saya pasti akan menyumpah-nyumpah apabila keluar dari pawagam ataupun meminta semula duit tiket.

Dec 30, 2008

Histeria: Movie of The Year?



Hampir 2 bulan saya tidak menonton sebarang filem di pawagam. Sebab utama adalah sibuk dengan pelbagai projek dan tiada sebarang filem yang menarik minat saya untuk ditonton di pawagam. Kebetulan minggu lepas saya bersama keluarga menonton pembikinan filem Histeria di Astro Ria. Pengakuan ikhlas, saya menonton pembikinan filem tersebut disebabkan oleh: -
Yes, I'm a big fan!

Seperti biasa, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem tempatan tetapi saya mendengar ura-ura filem ini tergolong dalam kategori mainstream tetapi ianya masih lagi terikat dengan unsur-unsur dari independent movie di mana ini menarik minat saya. Malah, mereka juga memelihara keaslian filem ini dengan tidak memasukkan teknologi CGI seperti yang digunakan dalam kebanyakkan filem aksi di Malaysia.

Saya tiba di TGV KLCC jam 10.50 pagi di mana show bermula jam 11:00 pagi. Harga tiket adalah RM8.00. Apa yang menariknya menonton di awal pagi ialah anda mudah mendapat parking dan anda tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Kebetulan sekarang ini hujan sering turun di waktu petang, jadi saya sedaya-upaya cuba mengelakkan diri dari keluar pada waktu tersebut.

Bagi yang belum menyaksikan filem ini, Histeria mengisahkan sekumpulan pelajar wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Pink Lady". Segalanya bermula apabila kumpulan ini membacakan mentera di sebuah busut puaka menggunakan mentera yang mereka dapati dari Internet (ada sesiapa jumpa website tersebut... hehe). Tanpa disedari, mereka telah membangkitkan penunggu busut tersebut yang sekian lama dahagakan darah manusia.

Saya terbaca beberapa komen dari para penonton yang kurang berpuas hati dengan mutu filem ini tetapi bagi saya ianya jauh lebih baik dari filem Melayu yang ada di pawagam dalam beberapa tahun kebelakangan ini (selain filem Sepet, Kala Malam Bulan Mengambang dan beberapa filem lain).

Namun begitu, saya tidak hairan dengan trend sebegini kerana Sepet juga menerima kritikan yang hebat sehinggalah mereka memenangi anugerah 18th Tokyo International Film Festival 2005, 27th Créteil International Women's Film Festival in France, 18th Malaysian Film Festival, Ninth Malaysian Video Awards, Global Chinese Golden Arts Awards dan Anugerah Era 2005. Dan yang paling penting menewaskan filem Puteri Gunung Ledang yang memakan belanja kira-kira US$4 juta.

Dec 7, 2008

The Day The Earth Stood Still - Official Trailer



Filem ini bakal menemui penonton pada 12 Disember 2008 (Jumaat) tetapi mengikut jadual yang terdapat di website TGV dan MBO, ianya akan berada di pawagam pada 11 Disember 2008 (Khamis). Filem ini nampak agak menarik pada pendapat saya walaupun secara jujur saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana berdasarkan pengalaman saya yang lepas, filem sebegini berkemungkinan besar mempunyai ending yang anti-climax atau dalam erti kata yang lebih mudah, penghujung mungkin "tergantung".

Untuk pengetahuan ramai, filem ini adalah remake kepada filem yang dikeluarkan pada 1951. Jika anda masih ingat lagi pada 2005, filem yang dibintangi Tom Cruise yang bertajuk "War of The World" juga menggunakan konsep yang sama.

Tetapi saya rasa ia mungkin lebih berbaloi berbanding filem James Bond - Quantum of Solace yang mendapat kritikan ramai baru-baru ini. Saya mungkin ke panggung wayang bagi menonton filem ini.



Nov 22, 2008

Merlin and the War of the Dragons

Jika beberapa tahun lepas, saya biasanya tidak berfikir dua kali sebelum mendownload filem dari Hollywood tetapi sejak kebelakangan ini industri filem antarabangsa seolah-olah "dicemari" dengan kebanjiran filem-filem yang kurang berkualiti yang berkemungkinan besar disebabkan oleh kos produksi yang rendah.

Persoalannya, adakah krisis ekonomi yang melanda dunia kini turut menjejaskan kualiti filem di serata dunia ataupun pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan menjadikan filem "Bend It Like Beckham" sebagai aspirasi mereka bagi menghasilkan filem bajet rendah?

Kebetulan hari ini saya "terserempak" dengan filem yang agak menarik tajuknya iaitu "Merlin and the War of the Dragons".



Saya agak meminati filem yang berkonsepkan purba dan berunsur magik seperti Lord of The Rings, The Illusionist, Harry Potter dan sebagainya. Bagi yang tidak mengetahui, Merlin adalah lagenda ahli sihir yang terkenal zaman King Arthur yang juga merupakan penasihat kepada raja. Seperti biasa, sebelum mendownload saya akan melihat terlebih dahulu sinopsis di IMDB.com. Ini hasilnya: -



7 orang sahaja pelakon untuk "Merlin and the War of the Dragons"? Saya mulai curiga dengan kualiti filem ini jadi saya melakukan kajian lebih mendalam iaitu menggunakan: -



Saya berjaya menjimatkan beberapa jam mendownload filem yang kualitinya hanya setaraf dengan "Xena The Princess Warrior".

Nov 9, 2008

Inspirasi Remaja Malaysia

Bagaimana rasanya berada di puncak dunia pada usia muda?

Jika dilihat 10 tahun yang lalu, tidak banyak anak muda tempatan dalam linkungan 20-an yang begitu menonjol dengan kebolehan mereka selain dalam bidang hiburan seperti Siti Nurhaliza, kini mereka muncul "umpama cendawan selepas hujan" dan menjadi pelopor dalam bidang masing-masing.

Jika anda masih ingat artikel saya yang lepas, golongan ini telah merealisasikan impian tersebut dengan berkat usaha gigih dan keberanian mencuba sesuatu yang lain dari biasa. Kebanyakkan ikon ini keluar dari kepompong (comfort zone) masing-masing seperti mana yang dilakukan oleh Bill Gates semasa mula-mula mengasaskan Microsoft.

Joel Neoh - Founder of YouthMalaysia


Irfan Khairi - Penulis Rahsia Jutawan Internet


Timothy Tiah - Nuffnang's co-founder


Millionaire Sisters - Pengasas Agency Platinum Wealth Advisors


Gobala Krishnan - Home-Based Entrepreneur


Kenny Sia - Top Malaysian Blogger

Terbaru, pengarah muda berusia 24 tahun, Norliana Samsudin berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Selamat Pagi Cinta yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 20 November ini. 



Saya tidak pasti samada beliau mempunyai "connection" dengan sesiapa dalam industri perfileman negara tetapi ini merupakan suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Dengan adanya bakat muda dalam industri ini, saya berharap ia dapat membawa revolusi kepada produksi tempatan.

Berikut adalah trailer bagi filem Selamat Pagi Cinta: -


Oct 29, 2008

Harry Potter and the Half-Blood Prince Trailer (Official)



Akhirnya, trailer bagi filem Harry Potter and the Half-Blood Prince Trailer dipertontonkan ke seluruh dunia, iaitu tarikh yang lebih awal dari yang dijangkakan. Filem ini yang hanya akan menemui peminat Harry Potter pada Julai 2009 nanti. 

Berikut adalah sedutan dari filem "Harry Potter and the Half-Blood Prince Trailer": -


Oct 17, 2008

Max Payne: Like A Pain In The Ass


(sumber: http://www.thehollywoodnews.com)

Semalam saya ke MidValley bagi menonton filem terbaru Hollywood "Max Payne". Filem ini merupakan antara hasil adaptasi permainan video terkenal dan diminati ramai. Walaupun tidak pernah bermain game tersebut, saya sudah lama mendengarnya dan agak tertarik untuk menonton filem ini berdasarkan beberapa sinopsis di Internet. Berikut adalah antara sinopsis yang sempat saya baca.

Synopsis 1: -

Based on the legendary, hard-hitting interactive video game, Max Payne tells the story of a maverick cop determined to track down those responsible for the brutal murder of his family and partner. Hell-bent on revenge, his obsessive investigation takes him on a nightmare journey into a dark underworld. As the mystery deepens, Max (Mark Wahlberg) is forced to battle enemies beyond the natural world and face an unthinkable betrayal.

Synopsis 2: -

Rockstar Games' double-gunned action franchise comes to the big screen thanks to director John Moore (The Omen) and Mark Wahlberg, who embodies the title character of Max Payne, a widowed cop hell-bent on delivering justice no matter what the cost as he investigates a string of killings in his city. Mila Kunis and Chris O'Donnell head up the supporting cast, with Beau Thorne adapting the screenplay for the 20th Century Fox production. ~ Jeremy Wheeler, All Movie Guide

Synopsis 3: -

Coming together to solve a series of murders in New York City are a DEA agent (Wahlberg) whose family was slain as part of a conspiracy and an assassin (Kunis) out to avenge her sister's death. The duo will be hunted by the police, the mob, and a ruthless corporation.

Nampak menarik betul tak?

1 jam 33 minit selepas menonton filem ini di GSC MidValley, saya terasa ingin meminta semula RM8.00 di kaunter membeli tiket. Saya biasanya memilih menonton wayang berdasarkan samada filem tersebut berbaloi atau tidak, dan ternyata Max Payne termasuk dalam kategori filem yang tidak berbaloi.

Kebiasaannya bagi filem yang berkualiti tinggi, ia memberikan kesan mendalam kepada para penonton semasa dan juga selepas menonton filem tersebut. Adrenaline penonton pastinya memuncak bagi genre filem aksi  (action movie) tetapi menonton Max Payne adalah umpama menonton filem Inggeris yang ditayangkan di TV3. 

Jika anda masih ingat filem Journey to the Center of the Earth yang saya tontoni beberapa minggu yang lepas, walaupun saya menontonnya pada screen 17" ini, saya terasa seolah-olah diri saya "diserap" masuk ke dalam filem tersebut. Namun, tidak bagi filem Max Payne.

Mungkin anda merasakan perbandingan yang saya berikan tidak bersesuaian kerana konsepnya berlainan. Jika demikian, saya rasa Hitman adalah filem yang paling sesuai untuk menjadi pesaing utama kerana kedua-dua filem diadaptasi dari permainan video, dibintangi oleh Olga Kurylenko, genre filem aksi. Namun begitu, kedua-dua filem ini ibarat langit dan bumi.

Semasa menonton Hitman, saya cuba sedaya-upaya menahan diri dari pergi ke toilet kerana tidak mahu terlepas mana-mana scene tetapi bagi filem Max Payne, saya sedikit pun ada rasa menyesal kerana pergi ke toilet.

Rating peribadi saya: 4.0/10

Trailer: 



Oct 13, 2008

Main-Main Cinta: Produksi Main-Main!

Dua hari lepas, saya sempat menonton filem Melayu yang bertajuk Main-Main Cinta terbitan Metrowealth Movies Production yang diarah oleh A. Razak Mohaideen.

Yang menimbulkan perasaan kurang senang di hati saya adalah gelagat yang ditonjolkan oleh karektor-karektor di dalam filem tersebut adalah begitu "memalukan" terutamanya dan yang paling menyedihkan ialah kesemua pelakonnya adalah berbangsa Melayu. Pada saya, ia umpama menggambarkan begitu rendahnya mutu dan kualiti filem tempatan di samping mempamirkan kepada masyarakat luar yang mungkin menonton filem ini dengan tanggapan bahawa orang Melayu "kurang bijak" dengan adegan-adegan yang dipaparkan.


(sumber: http://www.sinemamalaysia.com.my)

Saya faham yang "Main-Main Cinta" adalah filem berunsur komedi tetapi kualiti lawaknya boleh dipertikaikan. Kali terakhir saya benar-benar terhibur dengan filem jenaka hasil produksi tempatan adalah ketika zaman A.R Badul dan Ibrahim Pendek kerana ia lawaknya lebih "real" kerana ianya sememangnya berlaku dalam masyarakat kita ketika itu. Saya mungkin boleh menerima filem "Kala Malam Bulan Mengambang" kerana lawaknya yang asli walaupun tema yang digunakan adalah pada zaman "hitam putih".

Masalah yang timbul adalah apabila pelakon-pelakon dipaksa melakonkan watak seolah-olah "memperbodohkan" diri mereka sedangkan kita dalam dunia sebenar tidak seperti itu. Jadi, ianya tidak masuk akal dan merendahkan martabat orang Melayu sendiri. Zaman kegemilangan filem Melayu semakin merosot kian hari. Dari zaman: -

P.Ramlee + Saloma -> A.R Badul + Ibrahim Pendek -> Azhar Sulaiman + Amy Mastura -> Rosyam Nor + Nasha Aziz -> ???

Jika anda semua tidak bersetuju dengan pendapat saya, cuba lakukan pemerhatian sendiri berapa ramaikah penonton bukan Melayu (Chinese, Indian, Caucasian, dll) yang menonton filem Melayu di pawagam?

Saya seringkali tertarik untuk menonton filem Melayu di pawagam tetapi setiap kali ingin membeli tiket saya akan bertanya diri sendiri, adakah berbaloi harga tiket tersebut dengan kualiti filem yang bakal saya tontoni? Ia menjadi dilemma bagi kebanyakkan penonton bukan Melayu juga.

Saya tidak mengatakan bahawa keseluruhan filem Melayu kini tidak berkualiti sama sekali tetapi disebabkan oleh majoriti filem yang membanjiri wayang kurang memuaskan, rakyat Malaysia lebih gemar menonton filem luar terutamanya dari U.S dan Indonesia.

Selain itu, pilihan pelakon yang kurang berpengalaman juga menjadikan sesebuah filem. Walaupun Adam memiliki ramai peminat, kualiti filem itu pastinya merosot jika beliau masih belum bersedia untuk melangkah ke alam lakonan. Contohnya, terdapat beberapa scene di mana beliau kurang fokus dan eye contact yang sentiasa "shifting" ketika sedang berbual.

Sedar atau tidak, filem sebenarnya membawa mesej kepada dunia luar tentang apa yang berlaku di sesebuah negara. Antara sebab mengapa filem sebegini masih lagi dihasilkan kerana orang Melayu sendiri yang sanggup mengeluarkan belanja menonton filem-filem sebegini atas alasan "membantu industri filem negara" walaupun ianya kurang berkualiti. 

Kita patut menghantar mesej yang jelas dengan hanya menonton filem tempatan yang berkualiti sahaja supaya pihak produksi tidak lagi mengeluarkan filem-filem sebegini. Kebiasaannya filem sebegini mempunyai kos penghasilan yang rendah tetapi keuntungan yang diperolehi adalah berlipat-lipat kali ganda. Bayangkan, anda menjadikan para pengarah dan pelakon kaya tetapi kualiti yang anda terima kurang memuaskan.

Berikut adalah sedutan dari filem "Main-Main Cinta": -

Oct 11, 2008

Ayat-Ayat Cinta: Cinta Yang Agung

Seperti yang anda semua maklum, semalam TV3 menyiarkan filem Ayat-Ayat Cinta di kaca TV dan secara jujurnya, inilah kali pertama saya menontonnya. Saya jarang-jarang menonton filem dari seberang (Indonesia), bukan kerana tidak menyukainye tetapi kerana sukar mencari sumber bagi mendownloadnya berbanding filem-filem dari barat.


(sumber: http://upload.wikimedia.org)

Kebetulan kakak saya sudah menontonnya di pawagam, malah turut membaca novel asal bagi filem ini. Jadi, sedikit sebanyak memberikan "hint" dan perbandingan antara novel dan karya asal. Saya mengakui agak ketinggalan zaman kerana baru sahaja menonton filem ini semalam sedangkan ada sesetengah dari anda telahpun menontonnya beberapa bulan yang lalu.

Saya suka cara gubahan cerita ini walaupun sepertimana yang kita semua tahu ianya adaptasi daripada novel. Sebenarnya terdapat beberapa scene yang telah diubahsuai. Contohnya, watak Maria yang sepatutnya meninggal dunia ketika memberikan keterangan di mahkamah sedangkan dalam filem ini watak beliau diteruskan. Walaupun akhirnya beliau tetap meninggal dunia, tetapi ianya memberikan kepuasan kepada penonton kerana Maria sempat merasai kebahagiaan hidup bersama Fahri walaupun dalam waktu yang singkat.

Namun begitu, bukan kisah cinta sahaja yang menjadikan filem ini menarik. Beberapa scene yang menerapkan nilai murni umat Islam ke dalam filem ini menimbulkan insaf di hati saya (rasa dosa bertimbun-timbun): -
  • Scene di mana Fahri tidak membenarkan keluarga isterinya memberi rasuah kepada hakim di mana jika saya berada dalam situasi tersebut mungkin saya sanggup melakukan perkara terkutuk itu.
  • Scene di mana beliau takut untuk berpoligami kerana bimbang tidak berlaku adil walaupun di Malaysia jika diberi peluang sebegitu, suami-suami pastinya melompat kegembiraan ditambah jika wanita yang ingin dikahwini cantik seperti Maria Girgis.
  • Fahri membantu insan yang memerlukannya tidak kira tua muda, muslim atau tidak tanpa mengharapkan balasan.
  • Scene di mana Fahri menolak untuk bersalaman dengan reporter dari US atas sebab bukan muhrim sedangkan saya bersalaman dengan sesiapa sahaja yang menghulurkan tangan.
  • Scene di mana Aisha membenarkan Fahri mengahwini Maria di mana pengorbanan tersebut adalah besar bagi seorang wanita bergelar isteri.
  • Dan yang paling penting berani mengakui kesalahan beliau di hadapan isterinya walaupun bagi sesetengah suami, perkara tersebut "kurang macho".
Dalam konteks cinta dalam filem ini, saya cukup mengkagumi cara pengolahan jalan cerita yang diadaptasi dari novel hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Konsep Islamik yang diterapkan dalam filem ini cukup mengkagumkan kerana pelakon serta skripnya yang menonjolkan sifat sebenar muslimin dan muslimah.


(sumber: http://www.bollycircle.com)

Kali terakhir saya menonton sebuah filem yang boleh dianggap sebagai "Cinta Agung" (pendapat saya) adalah Mohabbatein yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai. Jika anda tidak pernah menontonnya sebelum ini, saya jamin ianya tidak mengecewakan.

Selain lakonan yang hebat dan jalan cerita yang menarik, lagu latar juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesebuah filem. Alunan lagu dendangan Rossa berjudul "Ayat-Ayat Cinta" turut berjaya menghidupkan filem ini.



Sep 26, 2008

Death Race


Tidak seperti post saya sebelum ini, Death Race masih lagi berada di pawagam di mana anda boleh menontonnya jika ada kelapangan. Seperti biasa, saya mengambil keputusan untuk tidak ke pawagam untuk menontonnya. Seperti yang saya katakan dalam post Journey to the Center of the Earth, saya begitu memilih dari segi filem apa yang ingin tontoni di pawagam.

Death Race mengisahkan tentang Jensen Ames (lakonan Jason Statham) yang menghadapi tuduhan membunuh isterinya dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang bukan dilakukannya. Ketika di penjara, beliau telah ditawarkan untuk menyertai perlumbaan yang dipanggil sebagai Death Race di mana ianya dianjurkan oleh pihak penjara sendiri. Perlumbaan yang disertai oleh beberapa banduan yang dipilih telah disiarkan ke seluruh dunia dan pihak penjara mengaut keuntungan lumayan hasil dari penyiaran berbayar.

Plot Death Race pada pendapat saya kurang begitu mantap kerana permulaan storylinenya kurang jelas dan nampak begitu "malas". Ia seolah-olah dipendekkan dengan sengaja bertujuan bagi membawa lokasi cerita tersebut ke penjara di mana tema sebenar filem ini cuba ditonjolkan.

Namun begitu, Death Race bukanlah seteruk yang disangkakan di mana saya boleh memberikan rating 5.5/10 kerana aksi di gelanggang perlawanan adalah sangat menarik dan sound effectnya yang mungkin dapat memuaskan hati mereka yang menontonnya di pawagam.



Sep 25, 2008

Journey to the Center of the Earth

Walaupun saya sangat gemar menonton filem, hanya segelintir filem sahaja yang saya tontoni di pawagam. Saya berpendapat bahawa ada filem yang berbaloi untuk di tonton di pawagam dan ada pula yang tidak. Pada pendapat saya, adalah membazir sekiranya saya ke pawagam hanya semata-mata kerana ketagih menonton di pawagam.

Antara filem yang saya tontoni di pawagam adalah Lord of the Rings (LOTR), Indiana Jones, National Treasure, Fast and the Furious, dan beberapa filem yang lain. Filem-filem ini menggunakan special effect dari segi graphic mahupun sound effect menjadikannya unik berbanding filem-filem lain. Kos juga memainkan peranan penting dalam pemilihan filem yang berkualiti. Saya berpendapat sekiranya kos sesuatu produksi adalah tinggi, bermakna pengeluar filem tersebut bersungguh-sungguh untuk menjadikan filem tersebut berkualiti tinggi.

Saya kebetulan baru sahaja selesai menonton Journey to the Center of the Earth lakonan Brendan Fraser, Anita Briem dan Josh Hutcherson. Jalan ceritanya agak simple tetapi sungguh menyeronokkan. Ia mengisahkan tentang seorang profesor bersama anak saudaranya yang cuba mencari jawapan kepada misteri kehilangan abangnya, seorang scientist dalam satu ekspedisi / kajian bumi. Mereka yang ditemani oleh seorang mountain guide secara kebetulan terperangkap di dalam sebuah gua yang kemudiannya membawa kepada penemuan dan juga pengembaraan yang menakjubkan.

Filem ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan jika anda mempunyai sound system yang hebat, adalah berbaloi untuk menontonnya di rumah. Ianya berunsurkan science fiction terdapat banyak benda yang tidak masuk akal tetapi menghiburkan. Malangnya, saya tidak sempat menontonnya di pawagam. Walaupun begitu, ianya masih menyeronokkan walaupun ditonton melalui screen 17" komputer ini ^^. Tontoni trailer filem ini di sini: -






Sep 24, 2008

Kungfu Hip Hop: 1 Jam 29 Minit Dan 39 Saat Yang Mengecewakan



Baru sahaja selesai menonton filem bertajuk, Kungfu Hip Hop! Seperti juga abang seangkatannya Kungfu Dunk, ianya cukup mengecewakan dengan plot cerita yang kurang jelas dan tidak masuk akal. Maaf kepada penggemar filem Hong Kong tetapi saya terpaksa mengakui hakikat bahawa saya baru sahaja membazirkan 1 jam 29 minit dan 39 saat menonton filem ini. Mujurlah saya tidak menontonnya di wayang.

Pelakon utamanya, Jordan Chan pula nampak terlalu tua untuk melakonkan watak penari hip hop dalam filem ini. Walaupun kungfu adalah suatu "trademark" kepada kebanyakkan filem aksi Hong Kong, saya merasakan bahawa ianya suatu penghinaan kepada seni bela diri tersebut kerana dalam filem tersebut tidak menonjolkan imej sebenar Kungfu di mata dunia. Begitu juga dalam filem Kungfu Dunk, yang menggunakan imej kungfu sebagai alat pemasaran mereka.

Masa tayangan yang agak singkat menyebabkan banyak jalan cerita tidak dapat dihuraikan dengan jelas, kerana terpaksa "memberi jalan" kepada aksi break dance yang mengambil masa hampir separuh dari masa keseluruhan filem ini.

Pada pendapat saya, hanya tarian yang ditonjolkan dalam filem ini sahaja yang boleh dibanggakan dengan coreographie yang menarik dan penari yang berbakat. Secara jujurnya, saya agak give up untuk menonton filem ini sehingga tamat tetapi nasib baiklah ada: -


Fan BingBing
(sumber: ahotgirl.blogspot.com)