Favicon adalah image yang anda lihat di URL toolbar setiap kali anda melawati sesuatu website. Contohnya adalah: -
Sebenarnya favicon tidak mempunyai apa-apa fungsi yang penting cuma jika anda sukakan blog anda nampak lebih cantik dan berbeza dengan blog yang ada di luar sana, anda mungkin berminat untuk melakukan perubahan.
Caranya sungguh mudah: -
1) Mula-mula sekali, buka Adobe Photoshop, File > New, setkan saiz canvas anda kepada Width = 20 Height = 20.
2) Kemudian masukkan image atau perkataan yang anda mahukan ke dalam canvas tersebut. Canvas tersebut agak kecil, jadi anda perlu memilih tema mengikut kesesuaian. Untuk blog slumbeRAJA, saya memilih untuk menggunakan perkataan SR: -
3) Setelah siap, savekan image anda dalam format .PNG.
4) Anda perlu menguploadkan image tersebut ke dalam server. Jika anda tidak memiliki web server sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan percuma seperti Photobucket dan sebagainya.
5) Login Blogger > Layout > Edit Template
6) Cari code ini "<title><data:blog.pagetitle/></title>" (ianya berada di bahagian atas code template anda)
7) Masukkan "<link href='masukkan URL image anda di sini' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/> " selepas (abaikan " ")
8) Tekan butang Save Template. Anda mungkin perlu clear cache sebelum dapat melihat perubahan di blog anda.
Selamat mencuba!
update: sorry, kesilapan sedikit pada coding. sudah diperbaiki!
Beberapa hari lepas, saya mendapati salah satu blog saya mengalami masalah di mana apabila menekan butang "Older Posts", akan terpapar mesej error yang berbunyi "bX-yu0ccl". Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah mencari penyelesaiannya melalui Google.
Namun begitu, tiada satu pun laman web mahupun Blogger troubleshooting page yang memberikan jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Nasib baiklah ada seorang dedicated blogger yang sudi untuk membantu saya dengan memberikan hint apakah masalah yang saya alami.
Masalah ini sebenarnya berlaku disebabkan salah satu daripada post anda mempunyai error. Dalam masa yang sama ia juga turut menghasilkan satu lagi error yang dikenali sebagai "bX-nkx55b" di mana Atom & RSS feed anda gagal berfungsi sama sekali.
Saya sebenarnya sudah hampir give up dengan masalah ini sehinggalah saya mengambil keputusan untuk memeriksa setiap post terdahulu. Ia sememangnya leceh tetapi ini sahaja jalannya. Apabila anda sudah menemui post yang mengalami masalah, anda perlu memadamkan (delete) post terbabit. Saya sendiri tidak pasti apakah yang mengakibatkan masalah kepada post tersebut.
Sekiranya masalah ini terus berlaku, ini bermakna mungkin terdapat post anda yang lain yang turut mengalami masalah yang sama.
Dalam 11 tahun pengalaman menggunakan internet, saya sudah lebih 20 kali menukar email address. Saya tidak mahu menceritakan sebabnya tetapi saya percaya anda juga pernah melakukan perkara yang sama. Persoalannya di sini, bagaimana untuk menukarkan email lama login blogspot anda kepada email anda yang baru?
Caranya mudah sekali: -
1) Mula-mula anda perlu login blog anda.
2) Klik pada butang "Setting" dan kemudian pilih "Permissions" (paling kanan sekali)
3) Sekarang anda sepatutnya nampak perkataan "Blog Authors". Di situ terdapat butang "Add Author". Klik butang tersebut.
4) Masukkan alamat e-mail baru anda ke dalam kotak berwarna putih dan tekan butang "Invite".
5) Sekarang, login ke e-mail baru anda di mana anda akan mendapat mail dari Blogspot mengatakan anda mendapat invitation untuk menjadi Author blog anda. Terdapat link pada e-mail tersebut, klik link tersebut.
6) Login semula blog anda menggunakan alamat e-mail lama, tekan Setting dan seterusnya Permission (sama seperti Langkah 1 & 2)
7) Anda akan nampak perkataan "Grant admin privileges". Klik pada butang tersebut bagi membolehkan e-mail baru anda memiliki access sebagai Admin. Langkah ini penting kerana sekiranya anda hanya memiliki access sebagai Author, anda tidak boleh menukarkan Layout blog anda.
8) Anda boleh memilih samada untuk membiarkan e-mail lama memiliki access ataupun memadamkannya dengan menekan butang "Remove".
Beberapa minggu lepas ada beberapa pengunjung blog slumbeRAJA mengadu mengalami kesukaran mengakses blog ini kerana page load yang terlalu perlahan. Ketika itu saya beranggapan mungkin Internet mereka mengalami masalah teknikal dan sebagainya sehinggalah saya menyedari masalah ini semalam.
Saya keluar ke ibu kota semalam dan sempat melayari Internet di salah sebuah kedai di sana. Apabila saya cuba mengakses blog ini, saya mendapati ianya terlalu perlahan di mana template yang saya gunakan kini tidak berfungsi dengan baik. Saya perlu menunggu lama sehinggalah ia dapat dilayari sepenuhnya.
Saya tidak menyedari masalah ini kemungkinan disebabkan saya tidak membersihkan cache pada komputer saya untuk tempoh yang agak lama.
Dilemma kini, patutkah saya menukar template blog ini?
(sumber: http://techmagazine.ws)
Masalah yang timbul adalah, kemungkinan saya akan kehilangan segala widgets yang ada di sebelah kiri blog ini di mana ia merangkumi Followers, Blogroll dan sebagainya yang penting bagi saya.
Semalam saya menghabiskan 2 jam mencari penyelesaian bagaimana untuk menukarkan template blogspot tanpa perlu men'delete' wigdets yang sedia ada. Terdapat beberapa tutorial yang mengajar teknik tersebut tetapi selepas mencubanya, saya tidak mendapat hasil yang diingini.
Jadi, saya ingin meminta bantuan pembaca semua yang pernah mencuba teknik tersebut supaya dapat berkongsi pengalaman anda bagaimana untuk melakukannya.
Dalam post yang lepas, saya ada menyebut mengenai PageRank. Bagi anda yang baru sahaja mendalami ilmu Internet/Blog, anda mungkin tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan PageRank. Berikut adalah definasi yang diberikan oleh Google: -
PageRank relies on the uniquely democratic nature of the web by using its vast link structure as an indicator of an individual page's value. In essence, Google interprets a link from page A to page B as a vote, by page A, for page B. But, Google looks at more than the sheer volume of votes, or links a page receives; it also analyzes the page that casts the vote. Votes cast by pages that are themselves "important" weigh more heavily and help to make other pages "important".
(sumber: http://en.wikipedia.org)
Dalam erti kata yang mudah, semakin banyak website yang meng'link'kan URL anda, semakin tinggi PageRank anda. Sebenarnya ianya lebih complicated tetapi ia mungkin akan memeningkan kepala anda dan saya kerana ia melibatkan algorithm yang dicipta oleh Google secara spesifik untuk menilai betapa 'pentingnya' sesuatu URL.
Persoalannya apakah gunanya mempunyai PageRank yang tinggi?
Google memberi keutamaan kepada website yang mempunyai PageRank yang tinggi dengan meletakkan website tersebut di kedudukan yang tinggi di search engine mengikut keyword tertentu. Walaupun terdapat faktor lain yang menentukan samada website tersebut akan berada di tempat teratas search engine, PageRank tetap memainkan peranan yang penting.
Sekiranya blog anda memiliki PageRank yang tinggi, ramai website owner (pro-blogger/SEO guru/dll) yang berlumba-lumba untuk bertukar link (exchange link) dengan website anda kerana PageRank anda yang tinggi akan menaikkan PageRank website mereka juga. Teknik yang paling mudah bagi mendapatkan link ke website anda adalah dengan mengajak bloggers lain untuk meletakkan link website anda di blog mereka. Anda perlulah mengenali blogger tersebut terlebih dahulu dengan membaca/memberi komen di blog mereka. Kebanyakkan bloggers biasa akan sudi untuk meletakkan link anda, tetapi bagi kebanyakkan pro-bloggers tidak akan menghiraukan request anda.
PageRank biasanya berubah-ubah beberapa bulan sekali bergantung kepada kekerapan crawler Google datang ke website anda. Jadi, jika website anda mempunyai banyak link tetapi masih belum mempunyai PageRank, anda hanya perlu menunggu website anda di'update' oleh Google.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bloggers yang sudi untuk meng'link'kan blog slumberaja yang hari ini memiliki PageRank 3. Jasa baik anda tidak akan saya lupakan dan saya akan terus melawat blog anda semua ^^.
Berita baik untuk pengguna blogspot! Terdapat fungsi baru yang dinamakan Followers di mana sekiranya anda sangat suka kepada mana-mana blog, anda boleh menjadi pengikut setia bagi blog tersebut. Ia memudahkan ada mengetahui sekiranya blog tersebut telah mengupdate post mereka melalui Dashboard Blogger anda (login di blogspot).
Anda juga boleh meletakkan fungsi ini pada blog anda di mana rakan-rakan anda boleh menjadi pengikut anda. Jangan jadi Ayah Pin sudah ^-^.
p/s: Jika anda suka $lumbeR@J@, click Follow this blog yerks :)
Saya seringkali terserempak dengan soalan ini di forum-forum IT. Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman membina laman web sendiri, saya mungkin dapat memberikan beberapa pilihan kepada anda. Persoalan utama sebelum anda membina laman web sendiri adalah, apakah tujuan dan fungsi utaman laman web tersebut? Sekiranya anda membina laman web untuk kegunaan peribada, ianya sungguh mudah kerana spesifikasinya adalah lebih rendah berbanding laman web korporat.
Ini adalah beberapa pilihan untuk anda: -
1) Blogger (blogspot)
Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Blogspot (seperti laman web ini). Ia lebih berkonsepkan kegunaan peribadi tetapi sekiranya anda menggunakan template yang bertepatan, ianya mungkin nampak seperti laman web professional. Blogspot adalah percuma untuk sesiapa sahaja. Selain itu, anda mungkin mahu menukarkan domain name anda contohnya http://slumberaja.blogspot.com/ kepada http://www.slumberaja.com . Caranya seperti di bawah: -
2) Wordpress
Wordpress lebih digemari terutamanya oleh golongan professional kerana lebih kebanyakkan templatenya lebih kemas berbanding Blogspot. Namun begitu, popularitinya lebih rendah berbanding Blogspot kerana terdapat beberapa fungsi yang memerlukan pengguna membayar sebelum dapat menggunakannya. Saya sendiri kurang pasti mengenai pengendalian Wordpress kerana sudah lama tidak mencubanya. Di sini adalah teknik bagaimana untuk anda menukar domain name.
3) Joomla (CMS)
CMS bermaksud Content Management System. Joomla merupakan perisian Open Source di mana sesiapa sahaja boleh menggunakannya secara percuma. Penggunaan Joomla begitu meluas kerana bagi menghasilkan sebuah laman web yang bersifat CMS, kos pembinaannya mungkin mencecah puluhan ribu ringgit. Namun begitu, ia memerlukan pemahaman terperinci kerana seseorang itu perlu belajar bagaimana sistem Joomla beroperasi.
Saya kini berpengalaman hampir setahun dengan Joomla dan ia memerlukan pengguna untuk terus mengikuti perkembangannya kerana Joomla membangunkan sistemnya dari hari ke hari. Namun begitu, tidak sukar untuk mempelajari Joomla di mana anda boleh mendapatkan info penuh melalui laman web rasminya di Joomla.org
Terdapat 2 version untuk Joomla iaitu 1.0.xx ataupun 1.5.x di mana saya mencadangkan anda yang baru ingin mencuba bermula dengan version 1.0.xx kerana ianya stabil berbanding 1.5.x yang kini masih dalam pembangunan. Malah terdapat lebih banyak module, component dan mambot untuk version 1.0.xx.
4) HTML / JavaScript
Cara ini yang kurang digemari ramai kerana anda perlu mempelajari scripting language seperti HTML dan JavaScript walaupun pada hakikatnya ianya tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Menghasilkan laman web menggunakan HTML dan JavaScript adalah mudah kerana terdapat banyak tutorial di Internet malah perisian seperti Microsoft Frontpage dan juga Macromedia Dreamweaver memudahkan kerja anda dengan fungsi drag and drop.
5) PHP / ASP
Saya tidak mengsyorkan sesiapa untuk mencuba kedua-dua side-scripting language ini kecuali jika anda adalah pelajar IT ataupun programmer kerana ianya mungkin sukar untuk dipelajari. Malah anda juga perlu mempelajari database programming seperti MySQL yang menghubungkan laman web anda dengan database. Walaupun terdapat beberapa perisian seperti XAMPP, EasyPHP dan sebagainya, ia pastinya mengambil masa yang panjang sebelum anda dapat menghasilkan laman web pertama anda.
Saya baru sahaja menambah widget untuk komen terbaru di slumber@j@. Widget ini tidak disertakan secara default oleh blogspot maka saya terpaksa meng'import'nya dari laman web lain. Sekiranya anda ingin mendapatkan widget ini, sila klik di SINI.
Widget ini membolehkan anda melihat komen terbaru sekiranya rakan-rakan anda singgah ke laman blog anda. Ianya adalah percuma!