Selepas hampir sebulan incident yang melibatkan pasangan popular Hollywood, Chris Brown dan Rihanna, akhirnya saya berjaya menemui gambar sebenar wajah Rihanna selepas dibelasah oleh teman lelakinya.
Bagi anda yang mengikuti kes ini mungkin sudah melihat gambar-gambar palsu Rihanna.
Saya tidak mahu mempertahankan mana-mana pihak tetapi apa yang dilakukan oleh Chris Brown sememangnya sukar diterima. Beliau tidak mempunyai hak untuk melakukan perbuatan tersebut walaupun mungkin ada sesuatu yang dilakukan Rihanna yang tidak disukainya. Tambahan pula, mereka hanya pasangan kekasih dan bukannya suami isteri.
Namun begitu, setiap manusia mempunyai had kesabaran masing-masing dan saya percaya Chris Brown ketika itu secara tiba-tiba hilang kawalan sehingga melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Jika tidak silap saya, beliau telahpun meminta maaf secara terbuka dan Rihanna dikatakan mahu berbaik semula dengannya.
Saya setuju bahawa setiap manusia layak menerima peluang kedua tetapi saya tidak percaya bahawa seseorang itu mampu berubah dengan mudah kecuali dengan keazaman yang tinggi. Saya tidak terkejut jika perkara sebegini mampu terjadi sekali lagi kepada Rihanna.
Bagi peminat-peminat Rihanna di Malaysia, berita baik untuk anda di mana Rihanna dikatakan sudah sembuh sepenuhnya apabila dilihat hadir ke sambutan hari lahirnya walaupun ianya terpaksa ditangguhkan beberapa minggu akibat incident ini.
Patutkah Rihanna menerima kembali Chris Brown? Patutkah Chris Brown diberikan peluang kedua? Apa pendapat anda!
Keputusan untuk Wild Card American Idol baru sahaja diumumkan dan seperti yang saya jangkakan, beberapa peserta yang menjadi favorite saya melepasi pusingan tersebut. Bagi yang mengikuti American Idol, anda pastinya mengetahui bahawa 8 peserta dipanggil semula semalam untuk membuat persembahan bagi pusingan Wild Card.
Pusingan ini bertujuan untuk membolehkan panel juri yang terdiri dari Simon Cowell, Randy Jackson, Paula Abdul dan juri baru, Kara Dioguardi memilih peserta kegemaran mereka ke pusingan seterusnya. Peserta-peserta ini telah terkeluar pada peringkat awal kerana tidak mendapat undi yang mencukupi pada pusingan sebelum ini.
8 orang peserta tersebut adalah: -
Von Smith
Jasmine Murray
Ricky Braddy
Megan Joy Corkrey
Tatiana Nicole Del Toro
Matt Giraud
Jesse Langseth
Anoop Desai
Saya sudah menjangkakan 3 orang yang bakal dipilih adalah: -
Anoop Dogg
Matt Giraud
Jasmine Murray
Anoop adalah peserta pilihan saya bagi pertandingan ini di mana beliau sebelum ini terkeluar dengan hanya 20,000 undi yang memisahkannya dangan Michael Sarver. Matt Giraud dan Jasmine Murray pula mempunyai masalah memilih lagu yang bersesuaian dengan suara mereka. Namun begitu, dalam episode terbaru, mereka membuktikan bahawa America melakukan kesilapan kerana tidak memilih mereka sebelum ini dengan persembahan yang bertenaga.
Namun begitu, tahun ini Simon Cowell membuat kejutan apabila memilih 4 orang dari pusingan Wild Card untuk mara ke pusingan seterusnya. 2 lelaki dan 2 wanita. Seorang lagi peserta yang dipilih adalah Megan Joy Corkrey. Saya merasakan keputusan ini dibuat berdasarkan rating terbaru American Idol yang jatuh mendadak dari segi bilangan penonton. Ada kemungkinan kehangatan rancangan tersebut pudar apabila beberapa peserta yang layak ke Top 12, sebenarnya tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Saya sendiri agak bengang apabila Michael Sarver, Kris Allen, Scott MacIntyre dan Alexis Grace layak kerana terdapat beberapa lagi peserta yang lebih berbakat. Michael Sarver & Scott MacIntyre dipilih kerana kisah hidup mereka yang menyentuh perasaan. Alexis dipilih kerana rakyat Amerika tidak menyukai Tatiana Nicole Del Toro di mana format baru memerlukan seorang peserta wanita dari setiap pusingan. Manakala Kris Allen dipilih kerana rupa beliau.
Kemasukan semula Anoop Desai, Matt Giraud, Megan Joy Corkrey dan Jasmine Murray bakal menghangatkan semula pertandingan dan saya percaya salah seorang dari peserta ini mampu untuk merangkul kejuaraan. Cuma seorang lagi peserta yang saya agak kecewa apabila beliau tidak diumumkan untuk menyertai pusingan Wild Card iaitu Arianna Afsar. Saya harap beliau akan kembali dalam Season 9 nanti.
Ahad lepas, saya sempat menonton sebentar konsert Jom Heboh di TV3. Technically, saya bukanlah menonton rancangan tersebut, kebetulan tertekan butang 103 pada remote control Astro. Saya agak terkejut sebenarnya melihat jumlah penonton yang hadir dalam keadaan hujan renyai-renyai.
Saya di sini bukan untuk menyentuh isu moral siapa yang hadir ke konsert tersebut cuma agak pelik dengan gelagat penonton yang hadir.
Selepas artis yang melakukan persembahan (saya tidak berapa pasti siapakah mereka), tidak ramai antara penonton yang sudi memberikan tepukan walaupun saya percaya artis terbabit telah memberikan persembahan terbaik mereka.
Sebenarnya fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru, dahulu ianya berlaku di Akademi Fantasia.
(sumber: lina303.blogspot.com)
Saya bukanlah menyuruh mereka menjadi beruk terkinja-kinja tetapi cukuplah dengan tepukan dan sorakan gemuruh tanda penghargaan. Yang anehnya, masalah ini hanya berlaku pada event yang majoriti pengunjungnya Melayu sahaja. Adakah orang Melayu begitu malas sehinggakan tidak larat untuk menepuk tangan?
Come on! Kalau dah alang-alang pergi konsert, sportinglah sikit!
Q: Apakah pendapat anda apabila orang ramai melabelkan anda sebagai seorang artis yang seksi? A: Pada pendapat saya, sebenarnya saya ni bukanlah seksi sangat, cuma seksi yang baik.
Q: Apakah pendapat anda apabila orang ramai melabelkan anda sebagai seorang artis yang liar? A: Eh, mana boleh cakap macam tu. Jangan lihat luaran saja. Iman di dalam.
Q: Apakah perasaan Cik A apabila memenangi anugerah ini? A: Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang menghadiahkan anugerah ini kepada saya.
Musim baru American Idol sudah semakin hampir ke kemuncaknya apabila memasuki pusingan Top 36 di mana undian akan bermula. Sebenarnya ini kali pertama saya mengikuti rancangan ini dari siri pertama sehinggalah 36 finalist dipilih.
Seperti musim-musim yang lalu, peserta-peserta lelaki nampaknya lebih menonjol berbanding wanita walaupun ada beberapa yang mampu memecah dominasi lelaki dalam pertandingan ini.
Peserta kegemaran saya adalah: -
Anoop Desai aka 'Noop Dog' dari Kansas City - memiliki suara dianggap soulfulness oleh Paula dan Kara sentiasa mengejutkan judges dengan persembahan yang bertenaga.
Arianna Afsar - saya agak menyukai wataknya yang periang dan suara yang agak istimewa ketika menyanyikan lagu "Put Your Records On" dalam episode 1 season 8. Namun begitu, tiada lagi coverage mengenai Arianna sehinggalah terpilih sebagai Top 36.
Jasmine Murray dari Starkville juga mempunyai potensi untuk pergi jauh kerana memiliki suara yang agak unik (natural talent) dan mempunyai personaliti yang agak baik untuk seorang peserta kulit hitam - kita semua tahu bagaimana perangai peserta wanita kulit hitam yang kebanyakkan gemar berperangai 'drama queen', Jasmine terkecuali dari kategori tersebut. Michael Sarver - seorang yang sentiasa merendah diri walaupun berbakat besar. Yang terakhir, Kendall Beard - HOT HOT HOT!
Namun begitu, pada pendapat saya peserta yang benar-benar mempunyai potensi untuk menang adalah: -
Anoop Desai (setakat ini belum melakukan kesilapan tetapi kemampuan menyanyikan lagu genre rock masih belum diketahui)
Adam Lambert (persembahan sungguh menakjubkan - rumor mengatakan beliau adalah Gay!)
Danny Gokey (setakat ini belum melakukan kesilapan - ada sedikit angkuh, terlalu emosi mungkin akan membawa padah)
Jasmine Murray (usia yang terlalu muda mungkin membataskan kemampuannya - pemilihan lagu yang tidak sesuai)
Matt Giraud (setakat ini belum melakukan kesilapan tetapi memiliki attitude yang kurang saya gemari)
Stephen Fowler (suara hebat tetapi chocked apabila sampai ke yang tinggi - lupa lyric)
Lil Rounds (saya kurang gemar dengan perangainya. Alert: Drama Queen!)
'Dark Horse' - peserta yang mempunyai potensi membuat kejutan: -
Kai Kalama (tidak tahan tekanan - suara hilang ketika di Hollywood)
Arianna Afsar (tidak pasti kepelbagaian suara)
Alex Wagner-Trugman (tiada kepelbagaian suara)
Jorge Nunez-Mendez (masalah dengan pronunciation lagu English)
Michael Sarver (tidak pasti kepelbagaian suara tetapi ada personaliti yang baik)
Scott Macintyre (suara tidak begitu hebat tetapi mungkin akan dapat undi kasihan dari orang ramai)
Jackie Tohn (suara unik tetapi tidak pasti samada mampu membawa lagu selain dari genre rock)
Terkini, Joanna Pacitti dari Philadelphia yang dipilih dalam senarai 36 telah disingkirkan atas sebab yang tidak diketahui. Banyak spekulasi mengapa beliau disingkirkan di mana tempatnya kini digantikan dengan Felicia Barton dari Virginia Beach. Berita ini agak mengecewakan kerana pada saya Joanna mempunyai potensi sebagai 'dark horse' dalam pertandingan kali ini.
Nampaknya Memey dan Norman masih belum mengalah apabila kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat. Namun begitu, pihak pendakwa mengaku bahawa mereka ada bukti yang kukuh bagi mensabitkan kedua-dua pelakon terbabit.
Fikirkan logiknya, takkanlah meeting sampai pukul 3 pagi dan hanya berdua-duan dalam premis yang berkunci. Sejujurnya, pada pendapat saya tidak ramai artis Malaysia ini yang benar-benar cantik jika tidak mengenakan make-up tetapi Memey sememangnya memiliki paras rupa yang menarik.
Hanya satu alasan sahaja yang boleh menjadikan mereka berdua ini tidak bersalah. Norman mesti mengaku yang beliau adalah GAY! Saya pasti pihak pendakwa tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan kes.
Memey pula satu hal, ada ke patut cuba meminta maaf kepada Abby Abadi. Isteri mana yang tidak naik angin melihat rumah tangganya rosak akibat orang ketiga. Ditambah lagi dengan Norman cuba mempertahankan Memey di hadapan Abby. Tapi yalah kan, lelaki mana yang mahu menolak tuah seperti Norman dalam situasi sebegini.
Nampaknya isu Rihanna masih belum selesai lagi sehinggakan ianya mendapat liputan oleh Sky News UK. Menurut laporan tersebut, PAS turut membantah kehadiran penyanyi tersebut yang mendakwa ianya membantu Israel dari segi kewangan. Samada benar atau tidak, saya kurang pasti.
Apa yang pastinya, menurut laporan dari Utusan Malaysia, penyanyi tersebut berjanji untuk tidak berpakaian seksi. Pada saya, jika diikutkan dosa dan pahala, konsert ini tidak sepatutnya sama sekali tetapi ianya agak berat sebelah kerana apa bezanya persembahan dari artis tempatan dan luar negara. Lebih kurang rasanya. Tapi saya tidak mahu membuat penilaian kerana pada saya, itu rezeki masing-masing.
Persoalan saya cuma, jika Rihanna dianggap terlalu seksi mengapa siaran di TV tidak timbul pula masalah. Terdapat banyak babak yang tidak sepatutnya dipaparkan masih dapat melepasi lembaga penapisan filem. Jangan salah sangka, saya bukan extremist kerana saya sendiri menonton filem yang di download melalui Internet dan tiada penapisan langsung. Cuma dari segi tontonan kepada seisi keluarga, saya rasa kurang sesuai.
Konsert Rihanna cuma beberapa jam sahaja tetapi filem dan drama TV dipaparkan setiap hari. Bukankah agak pelik?