Nov 12, 2008

Bunuh, Bunuh & Bunuh






Kes jenayah nampaknya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dengan hampir setiap hari kita mendengar kes rompakan, samun dan bunuh. 

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, kes bunuh yang dilaporkan pada tahun 2007 sahaja mencecah 588 kes manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Jun sahaja sudah mencecah 319 kes. Ini bermakna setiap hari hampir 2 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pembunuhan dan ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan (mungkin termasuk dalam kes Orang Hilang).

Penjenayah nampaknya semakin berani melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa. 

Tidak lama dahulu, saya ada mendengar ura-ura bahawa kerajaan ingin mengkaji langkah bagi mengimplementasikan sistem CCTV di kawasan terbuka. Walaupun saya tidak pasti apakah implikasinya dalam masyarakat dari segi privacy, tetapi mungkin ianya langkah yang baik bagi mengekang kes-kes jenayah sebegini.

Selain kes bunuh, kes samun berkawan dengan senjata api dan tanpa senjata api juga turut meningkat. Pada 2007, kes samun berkawan dengan senjata api mencatatkan sebanyak 77 kes di mana ianya meningkat secara mendadak pada tahun ini sebanyak 102 dalam tempoh 6 bulan pertama. Kes samun berkawan tanpa senjata api juga turut menunjukkan trend yang hampir sama dengan 7067 kes dilaporkan sepanjang pada 2007 di mana pada 2008, setakat bulan Jun sahaja sudah mencatatkan 10,707 kes.

Kes samun melibatkan individu pula mengalami penurunan. Ini bermakna penjenayah lebih gemar melakukan kerja kotor ini dalam kumpulan dan kebanyakkannya berlaku pada waktu malam ataupun awal pagi. Jadi, nasihat saya adalah kurangkan melakukan aktiviti pada sebelah malam jika anda bimbangkan keselamatan anda.

8 comments:

Sheikh said...

polis sebok buat demo Bro... kat perhimpunan haram
mana ada masa nak benteras penyamun silap aribulan geng penyamun !

Ied @ May said...

skrg ni kes bunuh2 ni berleluasa... senang2 je deme cabut nyawa org sana sini. asal tak puas hati je tembak, tetak dgn parang, tikam and so on...

♥ AwenShahOmar ♥ said...

astaghfirullahalazim..............

Anonymous said...

memang dunia dah makin gila sekarang!

Anonymous said...

one more thing...

ni la sebabnya kenapa kita perlu kembali kepada Al-quran dan assunnah. Tidakkah Quran dan hadis merupakan 'manual' penting dalam hidup kita..

tapi, mengapa kita masih berkiblatkan Barat?! Why..As a muslim, we should ask ourself!

Ibarat lilin dah ada kat tangan, kita padam dan berjalan dlm keadaan meraba-raba.Tak bodohkah tindakan kita tu?

Super Nia Hana said...

bila nafsu mengusai akal

julietchun said...

Aku seram nak balik umah lewat mlm skang, byk sgt kes yg tak di sangka berlaku.

GDza Marketing said...

Alfatihah.
Takziah buat keluarga arwah yang merupakan pengerusi surau taman aku ni,halaman meru permai.
Nyawa telah tiada harga sekarang ni.Apakah kita harus kembali seperti zaman dahulu?Semua harus tahu bersilat?Senjata sentiasa di pinggang?Kia dah tak boleh harapkan polis,mereka lebih sibuk dengan kes2 politik.Kita lah yang harus sentiasa bersedia.