Dec 2, 2008

Akhirnya Petrol Kembali Ke Harga Asal!












Akhirnya selepas beberapa bulan kita merana akibat kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia dan polisi kerajaan menaikkan harga petrol tanpa kajian menyeluruh tentang kesannya terhadap kehidupan rakyat, harga petrol kini kembali kepada nilai asalnya iaitu RM1.92 (harga terbaru petrol adalah RM1.90 - murah 2 sen).

Walaupun ada yang bersorak gembira dengan penurunan ini, saya berpendapat bahawa ianya sepatutnya telah berlaku beberapa minggu yang lalu berdasarkan janji yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Penurunan ini sememangnya telah dijangka kerana harga minyak mentah yang sudah menjunam ke paras lebih rendah dari US$50 per barrel.



Mengikut harga minyak mentah yang terkini, kita sepatutnya menikmati harga petrol di sekitar RM1.50 - RM1.80. Namun begitu, menurut kerajaan berbanding memberikan subsidi kepada rakyat, wang itu perlu digunakan untuk tujuan pembangunan. Jadi, kita cuma boleh tunggu dan lihat apakah pembangunan yang dimaksudkan oleh kerajaan dan adakah harga petrol akan diturunkan lagi atau kerajaan akan menguatkuasakan paras minimum minyak sebelum hujung tahun ini?


(sumber: http://www.malaysiakini.com)

8 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

wow....
bagus2....
ok gak myk turun..
xD

Anonymous said...

oyeah... tp turun la lagi.. :D

Anonymous said...

harga asal, but harge international lebih rendah drpd harga asal...

a fuel country charge their resident such a high price... country earn a lot... how come said economy no good

Anonymous said...

syukurla harga dah turun tapi brg tetap mahal. Ni la hasil kebijaksanaan bapak2 menteri kita mentadbir negara.Kata mereka, kalau turun harga minyak, negara boleh bankrup. ni dah turun 5 kali tak bankrup pun...

kita jugak yg tertipu...

Zamz said...

emm alhamdulillah la turun lagi..harap2 leh turun lagi kan

I AM A BLOGGER said...

hooray, tapi, lebih banyak orang akan memandu. traffic jam nanti....hehehehe

Bernard Chung said...

Haiz...nak turun pun..turun 10 sen..apa la nie

Hahn 3rd said...

hmm...sekarang boleh lerr hentam peniaga pulak...