Berita baik bagi penggemar burger @ fast food. Wendy's telah membuka satu lagi cawangan mereka yang terletak berhampiran dengan Bukit Bintang. Lebih tepat lagi, ia bertentangan dengan Hotel Istana dan bersebelahan dengan 7Eleven. Cawangan pertama mereka adalah di Sunway Piramid di mana perasmiannya berlangsung pada 5 April 2008 yang lalu.
Saya berkesempatan singgah dan merasa sendiri keenakan burger Wendy's beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya kunjungan saya tidak dirancang. Kebetulan saya singgah sebentar di 7Eleven tetapi tiba-tiba sahaja hujan lebat turun menyebabkan saya terpaksa "berteduh" di Wendy's.
Berbeza dengan restauran fast food yang lain, Wendy's lebih mengutamakan keselesaan pengunjung. Lihat sahaja interior design mereka serta penggunaan lampu yang seolah-olah mengalu-alukan kedatangan para tetamu.
Disebabkan kali pertama menjejakkan kaki ke Wendy's, saya agak rambang mata melihat menu yang terpampang di kaunter tersebut. Semuanya nampak enak belaka. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih Combos - 1/2 Pound Double with Cheese.
Sama seperti di McDonalds, set combo Wendy's juga mempunyai fries dan juga soft drink. Tetapi harganya mungkin sedikit lebih tinggi berbanding dengan McDonalds.
Walaupun sudah mencuba pelbagai jenis burger sebelum ini, kali pertama saya mengunyah burger Wendy's, saya dapat merasai kelainan burger yang ada di sini. Rasanya cukup enak dan agak istimewa. Perbezaan yang paling ketara adalah rasa daging burger yang digunakan.
Keluar sahaja dari Wendy's, satu sahaja perkara yang dapat saya fikirkan iaitu: -
19 comments:
mcm menarik je wendy's neh
aku tak pernah cuba pun. hehe
nanti aku cuba dan buat review dalam makanmalaya.com
wow... bestnya... kalau aku gi KL mesti aku cari tempat ni... aku tau area yang kau sebut tu
sedap ke Wendy ni?
Tapi aku tetap peminat setia BIG MAC,hehe..
wah nyum nyum...sedapnye tngk burger...da lunch tngk burger lapar smula...hehe...:P
wah!
nmpak cam sedap..
teringin la nk try!
:)
telan air tgk burger ni muahahaha
nk p try lah nanti
thnks ek..
Aku masa dia bukak di Sunway Pyramid 8 bulan lepas ya ya je pegi makan sebab dulu masa dia di Jln Tuanku Abd Rahman zaman 80an tak penah try. Tak sedap langsung Wendy's baru ni. Ada ke filet o' fish ada tulang n tempat dia sempit sikit dari fast food lain. Sori bro, nak best better makan Carl's Jr. Mahal tapi berbaloi....
tak pernah gi wendy nih.. mac D jek.
woh woh..aku penah pegi skali..tapi makan benda laen.. sedap ke burger diorang? bape ah harge dier.. rase nak gi makan lak..
[knizam]orite bro, buat review lengkap skit ^^.
[adry]yup, senang je nak cari.
[zuhairy]sedap bro. try la, sure x makan big mac lagi. haha.
[rufai]xpe. makan lagi rufai ^^
[c-ha nasiha]try, pastu blog tau.
[miszue]haha, sorry. gi try tau.
[kruel74]x sedap langsung? isk, biar benar, mmg dier sempit skit tapi selesa bro. carl's jr mmg dh try kat midvalley cuma blm blog lagi kt sini. harga mahal skit je dari wendy's nie. tapi dari segi rasa saya minat wendy's lagi. saya blm try lagi filet o' fish dier.
[love is forever]macd tu cume bila terdesak je sebab senang cari and 24/7 + ada drive thru
[justin 5]try la bro. sedap. mahal skit je dari mcD. harga tu depends kat set apa makan tp dalam lingkungan belasan ringgit saje.
halal ker??
Ada tak kat Jaybee?
em... sedapnye! boleh la slumbeRaja belanja sy nnt :D
[lampu suluh]pekerja dia rata-rata adalah melayu dan ramai orang melayu yang makan.
[rinaz]kat jaybee xde lagi la rinaz, maybe soon.
[qaseh heedayah]haha. tunggu menang loteri nanti. haha, gurau je
nape ramli burger x buat konsep mcm ni ek?
huhuhu
tibe2 rse lapar..
huhu
carl jr ok juga. kenyang gile layan
tadi aku dah komen... hilang la plak... aku punnak gi try wendy yg kat pyramid!
[alien]ramli burger lebih menjurus kepada distribution bkn franchising. kalau ada pun cuma nak tambah revenue.
[shaxx]try jangan tak try ^^
Post a Comment