May 4, 2009

Blog Marketing & New Media Workshop

Bagi sesiapa yang belum mengetahui, Sledgehammer Communications (ini kali pertama saya mendengar syarikat ini) akan mengadakan workshop yang bertajuk "Blog Marketing & New Media" yang mengupas lebih lanjut mengenai dunia blogging. Seminar satu hari ini bakal menemukan peserta dengan Co-Founder Nuffnang iaitu Timothy Tiah dan juga Hieu Kau Sern yang merupakan Strategy Director untuk Starcom IP Malaysia.

Saya sebenarnya agak tertarik dan berminat untuk mengikutinya sehinggalah mengetahui bayaran yang dikenakan bagi para peserta.

Workshop ini sebenarnya ditujukan khas kepada golongan professional yang terlibat secara langsung dalam permasaran dan juga branding terutamanya mereka dari syarikat-syarikat gergasi dalam dan luar negara. Tidak hairanlah kenapa harganya begitu mahal aka 'CekikDarah'.

Jika ada sesiapa di antara pembaca yang menghadiri event ini silalah recordkannya menggunakan handycam dan kongsikannya dengan saya dan mereka yang berminat.

2 comments:

@kelantanstreet said...

Bapak mahal...tak berbaloi sangat kot eh?

Anonymous said...

Casino Site, Games and Special Bonuses - ChoEgoCasino
When you want to play 카지노사이트 online casino games for real money, you need 인카지노 to have an online casino with many options, as well as plenty of games to keep you หาเงินออนไลน์ coming back