Bulan April 2009 agak aneh sebenarnya bagi saya. Minggu lepas, bertegur-sapa dengan kenalan lama sewaktu di sekolah rendah. Sebenarnya rumah kami hanya berselang beberapa rumah sahaja (berjiranlah maksudnya) cuma disebabkan berlainan hala tuju selepas tamat darjah 6, kami jarang sekali terserempak antara satu sama lain.
BTW, rakan ini adalah perempuan. Mungkin sebab itulah agaknya kami tidak rapat. Secara jujur, sebenarnya sewaktu saya di sekolah rendah, saya agak takut untuk bergaul dengan wanita. Nak tegur pun takut inikan nak ajak berbual.
Kami berbual lebih kurang sejam dan kebanyakkan topik menjurus kepada rakan-rakan lama. Apa yang mengejutkan saya, hampir 90% daripada mereka sudahpun berkahwin dan ramai antara mereka juga yang sudah mempunyai zuriat walaupun baru berusia di pertengahan 20.
Sebenarnya persoalan ini sudah lama bermain di fikiran saya dan pernah membincangkannya dengan beberapa orang rakan lelaki sehinggalah 2 hari lepas dengan tidak sengaja timbul semula isu ini tetapi daripada perspektif yang berbeza iaitu pendapat dari kaum hawa.
Dijadikan cerita, saya menghadiri seminar (akan diceritakan jika berkesempatan) pada hari Isnin. Kebetulan ada seorang peserta wanita yang hampir sebaya duduk di sebelah saya. Jadi saya memberanikan diri menegur (dah berani sikit, cewah).
Selepas tamat seminar tersebut kami pun lepak sambil berbual. Entah macam mana tiba-tiba masuk topik perkahwinan. Saya tahu topik ini tidak sepatutnya dibincangkan terutamanya dengan orang yang baru kita kenali tetapi disebabkan rakan baru ini agak cool dan open-minded, kami pun slumber aja.
Apa yang menarik adalah kami berdua sependapat mengenai isu perkahwinan iaitu banyak kes penceraian yang berlaku kini melibatkan wang. Si suami tidak mampu menyediakan apa yang dikehendaki oleh si isteri ataupun timbul isu di mana si isteri pula yang menyara hidup si suami dan keluarga.
Secara jujur, saya masih lagi single. Saya mengakui bahawa saya ini bukanlah handsome macam Datuk Shah Rukh Khan, tetapi saya pernah mempunyai peluang untuk bercouple. Cuma saya tidak berminat buat masa sekarang. (ehem, I'm not GAY ok!)
Pada saya, sekiranya seorang lelaki masih tidak mampu untuk menyara isteri dari segi kewangan, maka tidak patutlah mereka berkahwin. Mungkin pemikiran ini agak typical, tetapi itu adalah prinsip hidup saya dan saya percaya anda juga memiliki prinsip hidup anda sendiri walaupun ianya mungkin berbeza.
Anda mungkin akan berkata, "alah, couple tidak semestinya berkahwin". Saya setuju bahawa "jodoh pertemuan di tangan Tuhan" dan jika tidak ditakdirkan bersama, bercintalah bagai nak rak sekalipun tidak akan berakhir di jinjang pelamin.
Namun begitu, saya adalah jenis goal-getter di mana sukar bagi saya untuk mempraktikkan "kill 2 birds with one stone". Jadi, fokus utama saya sekarang adalah untuk memiliki kewangan yang stabil barulah memikirkan mengenai isu perkahwinan.
Mungkin kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga middle-class di hutan batu bergelar Kuala Lumpur ini menjadikan persepsi saya mengenai wang dan cinta berlainan dengan orang lain. Melihat orang lain dengan kereta mewah dan rumah besar menjadikan saya lebih berminat mencari kekayaan berbanding cinta.
Duit memang bukan segalanya, tetapi hampir ke semua benda di dunia ini memerlukan wang. Makan, pakaian, tempat tinggal, hiburan, pengangkutan, dan banyak lagi. Bagi saya duit adalah pelengkap hidup dan jika ada sesiapa yang mengatakan mereka boleh hidup tanpa wang terutamanya jika tinggal di kota metropolitan ini, saya tidak setuju dengan pendapat tersebut. (ini pendapat saya, jika anda tidak setuju, tulislah di blog anda sendiri mengenai pendirian anda, jangan pula "naik angin" dengan komen-komen panas di sini).
Pernah sekali seorang rakan membangkitkan isu bagaimana jika wanita yang anda kahwini memilih anda disebabkan oleh kemewahan yang anda miliki? Mulanya saya terfikir panjang mengenainya tetapi jika dikaji semula, jika orang yang anda kahwini tersebut adalah cantik, apa bezanya antara anda memilih wanita cantik sebagai isteri anda dengan perempuan tersebut memilih anda disebabkan oleh kekayaan?
Kesimpulannya bagi saya, sebelum umur mencecah 30 tahun, duit lebih penting dari cinta terutamana jika anda seorang lelaki (bakal ketua keluarga). Anda pula bagaimana?
13 comments:
hemm...
betul! hidup d KL mmg susah kalau takde duit.
everything needs money!
cinta tu, mmg btul, jodoh d tangan tuhan so, buat apa nak couple2 dlu sebelum wktnya sbb satu hari nanti, Allah pasti akan temukan kita dgn jodoh kita.
bg sy duit dan cinta sama penting..klu ada cinta tp tak der duit mmg tak leh hidup..tp kalau ada duit tak der cinta..boleh hidup..cuma ada rasa kekosongan dalam jiwa...
memang duit penting dalam sesebuah keluarga...tapi dah ada jodoh terima seadanya...hehehe
betul duit memang keperluan utama tak kira KL @ kampong!
kalo Xnk rase terbeban jgn cari isteri yg berpendapatan lebih dari suami, nti org cakap makan hasil bini si suami gak yg panas teliga.
mase couple semuanye indah lepas kawin blom tentu. ramai yg bagi pendapat supaya cari pasangan yang bekerja supaya bebenan hidup dapat dikongsi bersama. tp kalo dah mase bercouple dgn org yg Xde kerja @ si aweknye bergaji lebih besar pikirlah kesannye sendiri.. kalo cinta sejati seperti dlm tv tu takpe la sbb lautan api pn sanggup di redah!
Duit penting! Tapi cinta jadi pemangkin untuk kita mengumpul duit yang lebih. Yelar...siapa yang nak bercouple lama2. walau macam manapun pasti berusaha utk memiliki org tersayang.
Setuju gak punca penceraian skrg akibat masalah kewangan!
Sy suka artikel kali ni. Walaah...
i'd go for money. definitely.
kapel tp kalo xde duit mmg x hepi... asyik nak gado... so papepon.. DUIT... tp xde la sampai nak terkejar anak2 org kaye utk dijadikan calon suami.. hee~.. nice post~
duit = couple dari segi kepentingan :p
duit = 0, couple = 0
duit = n, couple = n (n>1)
duit < 0, couple = 0
haha.
cinta sejati memang tak memandang harta. tetapi, harta penting untuk memelihara cinta!
-prof hamka
Ini serupa macam 'telur dan ayam'...masih di bahaskan yang mana datang dulu. Masih tak tau mana yang penting...tapi kalau dapat yang berduit rasanya lagi bagus. Tanggung beres dari khemah, pelamin dan tukang cuci pinggan...cuma...ayat kena betul-betul power tahap dewa.
salam...
a very good entry indeed...baru tau maksud slumbeRAJA....haha..
neway, i thinks it depends on the individual...orang yg memilih untuk mengukuhkan kewangan sebelum settle down ialah orang faham kepayahan hidup & punya visi dlm merancang masa depan...
tetapi ada juga yg menyatakan perkahwinan itu pintu rezeki...
bagi aku mana2 pilihan tu terpulang kepada individu..tetapi jika belum berkahwin tu kena lah pandai jaga diri & pergaulan...kalau berkapel mengalahkan org dh kawin, baik kawen terus:)
pada saya, kalau ada pasangan yang bercinta, dan mereka betul-betul mahu mempertahankan apa yang mereka ada, sungguhpun mereka miskin, mereka akan bekerja keras untuk menyempurnakan apa yang sudahpun mereka miliki.
dan sesungguhnya mereka yang benar-benar tahu apa itu cinta tidak akan membangkitkan soal duit dalam cinta.
cinta itu sendiri boleh mendatangkan dwet, andainya ianya benar-benar cinta.
*adeh, jiwang pulak!*
Saya pun mnglmi mslh ni , nthla , calon yg sy suka tu mungkin akn berkahwin dgn org lain so agk kecewa jgkla sy , dia Thu yg sy suka dia dn nk masuk meminang dia tpi dia mcm sikap acuh x acuh , so rsenya dia x suka .. btw mmg agk jnggl sbb kitaorg kwn sjk sklh rndh lgi .. btw disbbkn sy kecewa olh "cinta" sy mempunyai kelebihn lain iaitu dri segi Wang , so bgi sy sbnrnya sy mmg suka dia smpai mati .. 1 jasad ,1 nyawa ,1 cinta .. x dpt dia rsenya x kahwinla sy .. knp .. sy mls nk uls pnjgn2 .. btw klbihn sy ckp tdi dri segi Wang .. akibt dri sy hdup solo ni .. sy stay ngn fmili .. jga mk ayh .. sy ad Wang yg ckup2 bnyk .. skrg ni sy dlm proses utk bli Lamborghini gallarado hrga dlm rm500k -650k .. klau sy save smpai sy umur 50 pun sy ad rm1.9m , tpi sy x nk .. so sy lbih mmlih utk save suit bli Lamborghini gallarado dlm rm500k
Post a Comment