Apr 14, 2009

Tidur oh Tidur

Benci rasanya bila tidak berkesempatan mengupdate blog. Bukan apa, bila tiada post baru bermakna kuranglah pengunjung ke blog ini. Walaupun setiap hari kunjungan orang ramai tidak kurang dari 100 orang tetapi jika saya selalu mengupdate biasanya boleh mencecah 300 - 500 pengunjung.

Akhirnya, saya sudah habis bermain The Godfather II. Sebenarnya dari minggu lepas lagi, hari Jumaat kalau tidak silap saya. Keseluruhan saya mengambil masa lebih kurang 14 jam untuk menjadi The Don! Ada pro and con untuk game terbaru keluaran EA Games ini tetapi saya tidak mahu memberikan komen panjang mengenainya. Ia tentu membosankan bagi mereka yang tidak meminati game.

Sebenarnya sekarang jam menunjukkan pukul 4:20 pagi tetapi saya masih belum terasa mengantuk. Jadi saya mengambil kesempatan ini mengupdate blog slumbeRAJA. Kebanyakkan post saya ditulis pada waktu sebegini.

Saya sebenar gemar tidur lewat dan kadangkala tidak tidur langsung. Macam vampire pun ada. Bagi saya, tidur yang terlalu lama mengurangkan produktiviti. Bayangkan jika secara purata anda tidur 8 jam sehari, ini bermakna jika umur anda panjang sehingga 60 tahun, 20 tahun dari masa tersebut hanya semata-mata untuk tidur.

Cawan keramat saya inilah yang sentiasa menemani saya; kadang-kadang teh, kadang-kadang kopi terpulang kepada taste hari tersebut. Beberapa bulan ini lebih kepada teh kerana addiction saya terhadap kopi berkurangan dan saya dengar kopi tidak baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan.

Bagi melengkapkan suasana, Winamp dengan lagu Mindi Abair - "Cyan". Memang perfect!

Selain mengupdate blog, masa sebegini sangat seronok untuk membaca. Jika berkesempatan saya akan membaca buku-buku motivasi yang ada di rak. Hey, jangan ingat saya kumpul komik sahaja. Knowlegde pun penting untuk masa hadapan.

Untuk pengetahuan anda, akhbar online seperti Utusan biasanya diupdate pada masa-masa sebegini. Jadi, saya akan dapat berita terawal dan jika agak menarik saya masukkan ke dalam blog ini. Cuma kebelakangan ini kurang berita yang menarik kerana hanya banyak tertumpu kepada pemilihan UMNO dan pilihanraya.

Saya tahu ada antara pembaca yang takut tidur lewat. Mungkin kerana terlalu banyak menonton cerita hantu kot. Nasib baiklah saya memang bukan peminat filem seram walaupun filem
Jangan Tegur nampak menarik.

5 comments:

krio said...

betul la anda memang ada ciri2 vampire!
paling lewat pun sy tdo kul 1am.
kebiasaanya kul 11pm.
memang dah Xbleh tahan biji mata dah tukar jd merah...

Adry said...

ramai yang kata filem jangan tegur tu tak best... hehehe.. kalau dah susah tidur tu bukan insomnia ka bro...

indra putu achyar said...

betul apa yang dikata sampean... jangan terlalu banyak tidur... :D

@dmin said...

krio: haha. minum rebina je, x minun darah.

adry: ada baca pasal insomnia tu tp rasanya bukan.

indra: kalau tidur terlalu lama pun bila bangun jadi penat.

.: Si BungaKopi : . said...

aku tak tidur pon smalam..dah letih betul ni.smuanya krn deadline yg dah dekat.