Hasil daripada pencarian saya di Google, saya menemui 130Wh High Capacity External Universal Battery - PM130. Dari segi rupa bentuk ia kelihatan agak old school tetapi dikatakan mampu bertahan sehingga 2 - 3 kali ganda dari battery asal. Katakan battery asal anda mampu bertahan 2 jam (secara umum), ia mampu bertahan sehingga 6 jam. Selain itu ia boleh berfungsi bagi kebanyakkan notebook yang ada di pasaran kini dan saiznya agak kecil.
Namun begitu, berita kurang baik adalah harganya yang agak menakutkan: -
$229.95
Jika ditukarkan dalam Ringgit Malaysia ianya hampir mencecah RM1,000
Saya meneruskan pencarian dan bertemu dengan Lenmar PPU1619 Universal Laptop Battery. Bentuknya agak menarik dan harganya agak berpatutan iaitu hanya $89.98. Ianya mampu bertahan selama 3 jam bergantung kepada jenis notebook dan perisian yang digunakan. Cuma masalahnya ialah ianya bukan automatik di mana pengguna notebook perlu mengetahui voltage setting bagi notebook anda dan secara peribadi saya sendiri tidak pernah mendengar jenama Lenmar sebelum ini.
Akhirnya, saya bertemu dengan apa yang saya cari, Acer Aspire 1355LM Universal External Battery (PP66S). Berikut adalah spesifikasinya:-
- Metallic Titanium like Exterior Finish
- Chemistry: Lithium-Polymer
- Charging Voltage: DC 15V to 25V
- Charging Current: 2.5A to 4A
- Output Voltages: 5.2V / 16V / 19V DC
- Output Current: 3.75A max
- Capacity: 66.6WH (6000mAh)
- Running Time: 2-4 hours (depending on different notebook model and operation mode)
- Charging Time: 4-5 hours (depending on different notebook model and operation mode)
- Standard Accessories: 8 output tip, 7 charge tip
$169.00
6 comments:
ko leh pegi wat battery refurbish kat low yat...cari kedai laptop kat sana...dalam RM250
urm...baru tau ada benda2 cemni...hehe, thanks 4 info :)
Tak sangka pulak ada dijual external battery untuk lap top, saya pengguna Benq S41, bateri cepat habis (sejam sahaja).
Satu lagi, ada tak peralatan untuk membolehkan kita caj lap top pada kereta???
mindaku: owh. refurbished tu tahan ke? takut cepat rosak je
hurul: mmg dah lama ada cuma sekarang je baru terasa nak beli sebab notebook tu dh start nk problem
shah: caj dalam kerete? saye pun tgh cari. tp takut plak dier makan batteri kerete sampai habis hehe.
Aku ada beli charger laptop dlm kete... voltage kita kena set manually.. Tak silap aku beli dlm lelong.com.my .... (2 tahun lps beli)
Hi,
Is your ext battery still available.
can it fit my Gigabyte M912X netbook/tablet?
cheah
Post a Comment