Mar 24, 2009

Tips Mengurangkan Risiko Kerosakkan PC: Dijamin Tahan 5 Tahun!

Penjagaan PC amat penting bagi saya. Bukan apa, PC saya boleh dikatakan sebagai sudah hampir ke tahap yang agak uzur. Tahun ini sudah masuk tahun ke-4 jika tidak silap saya. Dalam tempoh tersebut pernah berlaku beberapa masalah tetapi tidaklah terlalu kritikal yang memaksa saya untuk membeli PC baru.

Bagi saya, jika betul cara penjagaannya, PC mampu bertahan lebih dari 5 tahun dan ini terbukti dengan PC saya yang lama (1998 - 2003 [RIP]). Lagipun, saya kini bukan lagi hantu video game seperti beberapa tahun dahulu. Jadi, saya tidak lagi gilakan PC gamers yang memerlukan perkakasan berkuasa tinggi. Cukuplah sekadar untuk blogging, programming dan sebagainya.

Antara rutin penjagaan PC saya adalah membersihkan heatsink bagi processor. Ini sangat penting bagi memastikan processor tidak menjadi overheat. Processor yang overheat akan melambatkan masa processing.

Biasanya apabila heatsink menjadi kotor dan dipenuhi habuk tebal, ia akan mengeluarkan bunyi bising seolah-olah memberi amaran yang ianya perlu dibersihkan. Disebabkan bilik saya agak kecil dan tidak mempunyai air-cond, maka apabila heatsink menjadi kotor, ia juga menghasilkan haba yang agak panas dan sekaligus menjadikan suasana bilik saya kurang selesa. Jika saya tinggal di negara sejuk suatu hari nanti, mungkin saya tidak perlu membersihkannya kerana ia boleh menjadi heater untuk bilik saya. hehe.

Apa yang anda perlukan untuk membersihkan PC anda adalah: -


Bukannya mahal pun, hanya RM2 jika tidak silap saya. Anda boleh menyuruh pekerja di kedai komputer untuk melakukannya untuk anda tetapi ia mungkin akan memakan belanja yang lebih. Inilah rupa processor tanpa heatsink di atasnya: -


Setiap komputer memiliki heatsink yang berbeza. Cara pemasangannya juga berbeza. Jika anda tidak berani mengambil risiko, atau tidak pasti bagaimana untuk melakukkanya, mungkin anda boleh meminta pendapat dari pakar tetapi ianya tidaklah sukar seperti yang anda sangkakan. Pastikan anda biarkan PC anda sejuk dahulu sebelum menjalankan process ini kerana heatsink adalah perkakasan yang paling panas pada PC anda.

Lihat bertapa tebalnya kotoran yang melekat pada heatsink saya ini: -


Selepas membersihkannya, hati akan berasa lega. hehe.

8 comments:

Anonymous said...

tidak dilupakan...kalau bleh..bersihkan RAM skali...dan jugak habuk2 lain...kalau rasa kaya...beli krim utk processor tuh sekali..aku lupa istilah dia..tp ia penting untuk memudahkan pengaliran haba dari processor ke heatsink

Sis Lin said...

Ishh Sis takut kang,silap nk bkk bersihkan,terus x tahan lama kang...
Sis bkn nye tau sngt hal2 dlm PC tu SR...kena pggil org servis biasenye...hehehehe

Blogger said...

Adui..aku plg malas skali nak bersihkan menda ni. haha.

@dmin said...

minda: kalau tak silap saya, nama dia compound.

sis-lin: hehe, kalau x sure, lebih baik hantar kedai.

benrauf: jangan malas bro, kalo malas nanti cepat rosak.

Anonymous said...

aku lak x tau ape2 psl ni.hehe

Anonymous said...

biasanya aku bersihkannya dengan menggunakan vacum khas.tak mahal pun berbanding dgn rege yg perlu dibayar kalu MOBO rosak.

kalu yg mampu bleh beli CPU yang boleh gunakan air utk menyejukkannya..betulkan aku.tapi setau aku mmg teknologi ni ado.

Anonymous said...

minda - thermal compound patch..

dba - tak tahu lain dengan tak mahu ambil tahu :)

aidilx - ada air tu.. tapi quite expensive.. kalau nak gilo lagi, baik rendam je terus CPU tu dalam minyak mineral.. :)

kompem tak de habuk, sejuk pun ye jugak.. hahahahha

p/s: aku nak buat post pasal cooling ni la

@dmin said...

dba: kalau berani, buat testing sendiri ^^

aidilx: vacum khas? kasi tangkap gambar. nak tgk cammane bentuk dier. mmg ada water cooling system tp still mahal harga dier.

tmu: buat post bro jgn x buat.