Mar 30, 2009

Ampang Menjadi Sasaran Utama Penjenayah?


Saya ingin mendedikasikan categori baru di blog ini -> Jenayah. Bukan apa, sejak kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi kegiatan jenayah berhampiran kawasan rumah saya. Apa yang lebih menakutkan adalah, ianya berlaku berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Gila tak gila penjenayah zaman sekarang.

Jika anda membaca myMetro hari ini, artikel di muka hadapan yang bertajuk "Malam Berdarah" cukup menimbulkan rasa resah di hati saya. Mana tidaknya, beberapa bulan lepas berlaku kes bunuh betul-betul berhampiran tempat saya parking kereta. Nampaknya semakin menjadi-jadi kes bunuh di kawasan Ampang.

Malah baru-baru ini saya terlihat video di Youtube di mana berlaku kes samun menggunakan senjata di kawasan Taman Maluri. Nasib baiklah mangsa tidak diapa-apakan.



Suka ataupun tidak saya percaya bahawa penyelesaian kepada permasalahan ini adalah dengan menjalankan hukum hudud. Ini kerana penjenayah tidak lagi takut dengan hukuman sedia-ada. Saya berasakan bahawa pada pandangan penjenayah, "kalau kena tangkap, masuk penjara je, dapat makan free" dan banyak duit kerajaan (datangnya dari duit cukai rakyat) dihabiskan bagi menampung kebanjiran banduan di penjara-penjara negara ini. Ini belum termasuk lagi kem-kem pendatang asing tanpa izin.

Sampai bilakah kerajaan ingin berdegil dan prinsip "negara Islam" hanya pada nama? Sudah banyak perubahan yang kita lakukan sejak zaman merdeka termasuklah mengadakan perbankan Islam dan sebagainya. Mengapa tidak ditukarkan undang-undang penjajah British kepada undang-undang Islam. Saya bukan ekstremis Islam tetapi saya melihat dari statistik kes jenayah di Arab Saudi yang jauh lebih rendah berbanding Malaysia dengan penggunaan hukum hudud di negera tersebut.

11 comments:

Sokong hudud said...

betul tuh beb..aku sokong ko nyer statement...memang kurang ajar...hudud jer kot boleh setelkan masalah ni semua...

Unknown said...

salam... idup dh x aman skang ni... mcm2 leh jadi... tambah2 plak ekonomi skang down, yang mn kena buang keje, renti keje, xde pilihan, jd perompak la..

@dmin said...

sokong hudud: hudud menjadikan penjenayah takutkan undang-undang. sekarang nie dorang dah semakin berani.

maza's: nak keluar rumah pun seram. macam-macam orang ada kat luar sana.

joegrimjow said...

pernah gak denga debat pasal ni
mmg wajar dijalankan
tp mmg ade faktor yg besar nape xley buat kat mesia
entah la
klu nak spatutnya semua jadi
masalahnya xmo
hoho

@dmin said...

joegrimjow: nak seribu daya, xnak seribu dalih. bukan apa, pemimpin pun takut hukum hudud. konon-konon nanti banyaklah sup tangan. kalau takde siapa mencuri kenapa nak potong tangan. hukuman hanya untuk mereka yang bersalah je.

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
@dmin said...

umar: done bro.

mknace unlimited said...

memang makin gila la kat m'sia sekarang ni
ngeri tul

@dmin said...

mknace: mmg gila dah perompak zaman skang. dorang pun desperate time gawat nie.

Kill-Vearn said...

thats rite bro...
tapi kalo hudud hanya dikenakan pada umat Islam je kan? kalo agama lainmcm ne?
ke konsep aku salah eh?

@dmin said...

kill-vearn: kalo ikutkan disebabkan kita negara islam maka hukum hudud perlu dijalankan secara berseluruh tetapi kita mungkin boleh buat dengan umat islam sahaja dahulu. tgk kesannya. bila dah nampak hasilnya seperti di Arab Saudi saya pasti umat agama lain tidak boleh menolak undang-undang hudud.