Mar 2, 2009

Ada Rakan atau Tiada Rakan. Yang Mana Lebih Baik?

Hari ini hidup agak membosankan bagi saya. Kerja, kerja dan kerja yang semakin bertimbun. Ditambah dengan sakit belakang akibat salah posisi tidur. Tiba-tiba terasa macam orang tua pun ada.

Kebelakangan ini saya agak kurang memberi tumpuan kepada berita semasa kecuali sukan. Bukan apa, sejak saya mengambil keputusan untuk tidak menulis mengenai isu politik tempatan di blog ini, berita di surat khabar utama banyak menerbitkan artikel yang agak membosankan. Jadi, saya rasa keputusan untuk bersara dari politik adalah tepat.

Disebabkan kekurangan idea, saya ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman hidup saya.

Walaupun di luar saya gemar berkenalan dengan orang baru tetapi saya cukup teliti dalam memilih dalam mereka yang berada di sekeliling saya. Bukan sombong tetapi bagi saya, kualiti lebih penting dari kuantiti. Buat apa rakan berjuta tetapi apabila kita ditimpa masalah seorang pun tak sudi menghulurkan tangan membantu. Betul tak?

Disebabkan tabiat sebegini, saya banyak meluangkan masa bersendirian baik di rumah mahupun di luar. Saya adalah jenis yang tidak kisah dengan apa orang lain kata berbanding beberapa kenalan saya semasa di universiti dahulu. Ada antara mereka yang tidak mahu makan bersendirian di luar kerana tidak mahu di chop sebagai "anti-sosial" ataupun "social outcast".

Pada saya tiada apa salahnya, bukannya kita makan free atau mencuri.

Ke mana pun saya pergi, nasihat ibu saya sentiasa pegang "Pergi mana-mana pandai-pandai bawa diri dan jangan kacau orang lain". Saya percaya ibu bapa anda pun mungkin memberikan nasihat yang hampir serupa.

Tambahan pula sekarang ini, macam-macam jenis orang ada. Beberapa tahun kebelakangan ini banyak kes jenayah terutamanya melibatkan pergaduhan yang akhirnya membawa kepada kecederaan dan kematian terutamanya dari golongan remaja. Bergesel bahu pun boleh menyebabkan pergaduhan apatah lagi jika anda cuba untuk 'menekel' teman wanita mereka.

Entahlah, nampaknya pelapis masa depan negara ini tidak nampak begitu meyakinkan. Inilah agaknya yang berlaku apabila pembangunan negara tidak selari dengan pembangunan sahsiah penduduknya.



Bangsa Melayu terutamanya nampak begitu lemah kini. Yang muda sibuk berhibur tidak kira siang malam, Jom Heboh sana Jom Heboh sini. Yang tua pula sibuk dengan politik, kempen sana kempen sini. Sudahnya habuk pun tak dapat.



Saya bukan bercakap tanpa asas. Buktinya, saya ke Youth 09 tahun ini dan perasmian GEW 09 dan hanya beberapa kerat sahaja anak muda Melayu yang berminat untuk hadir. Sampai bila fenomena ini akan berterusan saya pun tidak pasti.

Mungkin anda tertanya apakah hubung-kait di antara masalah social dengan pengalaman saya tadi. Sebenarnya ada. Rakan-rakan di sekeliling anda memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri kita. Jika rakan-rakan di sekeliling anda gemar berhibur, anda juga akan mengikut tabiat yang sama.

Semasa saya di kolej, kebanyakan rakan-rakan saya gemar melepak tidak kira siang malam. Pada mulanya saya tidak terikut dengan tabiat mereka tetapi lama-kelamaan ia mula menjadi satu kebiasaan bagi saya. Keluar pagi, balik sampai lewat malam. Walaupun saya tidak terlibat dengan gejala rempit, dadah, arak dan sebagainya, masa yang saya ada dibazirkan begitu sahaja.

Sebab itulah saya katakan bahawa memilih rakan-rakan adalah penting kerana samada anda sedar ataupun tidak, ianya akan mempengaruhi hidup dan masa depan anda.

6 comments:

Mr Final said...

entry yg menarik :)

Dba Ghani said...

hai slumber..lama x nmpak....
well..aku pun bru jer tersedar dari kisah berkwn..

skang aku sentiasa dgr ckp mak aku..
sikit2 aku tanya pendapat die..

sebab aku yakin die lebih pngalaman..

dulu aku degil.
nasib baik tuhan tu adil lants aku pun tersedar

aku setuju kata kau..

Unknown said...

ya...saya setuju!!kawan pembentuk sikap kita kalau kita terleka...
ramai kawan cuba menjatuhkan kita, tapi cuba kita lihat kat sekeliling, berapa ramai menghulurkan tangan membantu kita??sikit bukan..
kita boleh hidup tanpa kawan, tapi bila kita ada kawan ade 2 kemungkinan, kita mati atau hidup...
so..ingatlah petikan dari hadis yang mengatakan, berkawan dengan penual minyak wangi..kita dapat harumannya..tapi berkawan dengan tukang besi??kita sama2 la pikirkan apa yang kita dapat..okey!!

Anonymous said...

aku rsa aku memilih kawan...
aku bleh kira kwn yg rapat ngan aku dari sekolah rendah sampai ar dah dewasa :p

yg btul2 rapat cuma dlm 5 org sahaja...hehehe..and dlm 5 org nie...hanya 2 org jer yg aku percaya..

yup...biarlah org ckp anti sosial...suka hati lah..hehehe

♥corcraze♥ said...

entry yg sgt2 menarik!
setuju sgt ngn suryani tuh..
i have a lots of friends too!
yg rapat ade la brapa kerat,yg percaya ada la 2,3..
yg boleh tlg masa aku susah xnampak la lg..
apa blakang aku dorang mnate xtaw lah pulak kan..

tp aku rasa bile dorg ada probs aku sanggup kire korbankan diri aku la utk tlg dorg..,dorang..??

♥corcraze♥ said...

btw,dah masuk uni ni kawan lg lah mcm2 jenis..(mostly yg pelik2,telebih social!)
and aku agak nye dah pandai melepak(but not in a bad way lah!) lps cls..adoy!