Rasanya sudah beberapa tahun karnival ini sudah diadakan tetapi inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana. Walaupun agak gemar berjalan, karnival JomHeboh bukanlah dalam list top ten tempat yang saya ingin kunjungi. Lawatan ke sana pun disebabkan oleh pelawaan seorang rakan.
Kami tiba kira-kira jam 11 pagi dan ianya sememangnya dirancang kerana ingin mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Setibanya di sana, orang ramai sudah mula memenuhi karnival tersebut.
Terdapat pelbagai jenis promosi oleh beberapa jenama terkemuka seperti Lady's Choice, ayam A1, Mamee, Brands, Mister Potato, Silver Bird, Mummy Poko, Hotlink dan beberapa lagi. Bukan itu sahaja, peniaga kecil juga tidak melepaskan peluang memasarkan produk mereka.
Selain dari promosi produk, TV3 tidak melepaskan peluang ini mempromosikan drama TV kegemaran ramai.
Booth ini dikerumuni orang ramai yang ingin bertemu bintang kegemaran mereka!
Bagi yang meminati kisah seram, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Villa Seram!
Rumah hantu pun ada!
Di kala kesibukan orang ramai membeli-belah, ada juga badan beruniform yang mengadakan pameran dan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai tugas serta kepentingan mereka dalam kehidupan seharian masyarakat di Malaysia.
Badan yang dimaksudkan adalah: -
Me-rempit best ni!
Respect!
"Sesiapa ada soalan?" - "Dah kawin ke belum?"
Last but not least, my favorite: -
Summer Style!
No comments:
Post a Comment