Jan 20, 2009

Kaka, Robinho & FIFA Team of The Year 2008

Nampaknya, usaha Manchester City mendapatkan khidmat pemain terkemuka Brazil dan AC Milan, Kaka menemui kegagalan apabila apabila menolak pelawaan kelab Inggeris tersebut untuk terus kekal bersama kelab gergasi Itali.

Keputusan tersebut pastinya melegakan peminat AC Milan yang bimbang prestasi kelab tersebut akan terjejas jika Kaka dijual. AC Milan kini berada di tangga ketiga Serie A di belakang pendahulu, Inter Milan dan Juventus.

Malah ramai penganalisa bola sepak yang meramalkan jika perpindahan paling mahal tersebut berjaya dilengkapkan, ini bakal mengundang inflasi kepada sukan nombor satu dunia tersebut dan menjejaskan kemeriahan sukan tersebut. Saya bersetuju kerana ini akan menyebabkan kelab-kelab kecil akan hilang pemain bintang mereka dan dunia bakal melihat dominasi sesetengah kelab sahaja.

Sementara itu, seorang lagi bintang Brazil yang kini beraksi untuk Manchester City, Robinho dikatakan menghilangkan diri dari kem latihan di
Tenerife. Spekulasi mengatakan bahawa Robinho berang atas kegagalan kelab tersebut mendapatkan khidmat Kaka bagi memperbaiki kedudukan pasukan yang kini berada dalam kelompok pasukan bawahan dalam carta EPL.

Dalam perkembangan lain, FIFA telah mengeluarkan senarai pemain terbaik sepanjang 2008 dengan Spain mendominasi carta tersebut dengan kejayaan mereka memenangi EURO2008 yang melonjakkan pasukan tersebut di ranking nombor 1 dunia.

Pemain seperti Christiano Ronaldo, Kaka dan Messi turut tersenarai tetapi yang mengejutkan adalah Fernando Torres yang beraksi cemerlang tahun lalu tidak tersenarai.

1 comment:

Adry said...

Fernando Tores main ok aper?? huhu.. cam mana tah dorang tentukan kedudukan.. huhu