Jan 23, 2009

Rihanna 'Terlalu Seksi' Untuk Malaysia?



Nampaknya isu Rihanna masih belum selesai lagi sehinggakan ianya mendapat liputan oleh Sky News UK. Menurut laporan tersebut, PAS turut membantah kehadiran penyanyi tersebut yang mendakwa ianya membantu Israel dari segi kewangan. Samada benar atau tidak, saya kurang pasti.

Apa yang pastinya, menurut laporan dari Utusan Malaysia, penyanyi tersebut berjanji untuk tidak berpakaian seksi. Pada saya, jika diikutkan dosa dan pahala, konsert ini tidak sepatutnya sama sekali tetapi ianya agak berat sebelah kerana apa bezanya persembahan dari artis tempatan dan luar negara. Lebih kurang rasanya. Tapi saya tidak mahu membuat penilaian kerana pada saya, itu rezeki masing-masing.

Persoalan saya cuma, jika Rihanna dianggap terlalu seksi mengapa siaran di TV tidak timbul pula masalah. Terdapat banyak babak yang tidak sepatutnya dipaparkan masih dapat melepasi lembaga penapisan filem. Jangan salah sangka, saya bukan extremist kerana saya sendiri menonton filem yang di download melalui Internet dan tiada penapisan langsung. Cuma dari segi tontonan kepada seisi keluarga, saya rasa kurang sesuai.

Konsert Rihanna cuma beberapa jam sahaja tetapi filem dan drama TV dipaparkan setiap hari. Bukankah agak pelik?


No comments: