Jan 20, 2009

Kerajaan Cuba Tipu Rakyat... Lagi!



Isu minyak sudah reda dengan kerajaan telah mengotakan janji untuk menurunkan harga bahan mentah tersebut mengikut perkembangan semasa. Namun begitu pada pendapat saya, dengan harga semasa, sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia dapat menikmati harga yang lebih rendah berbanding yang kita bayar ketika ini.

Malah pada 15 Januari yang lalu, Datuk Shahrir Abdul Samad sudah berjanji bahawa harga petrol akan turun apabila paras minyak mentah turun di bawah US$40 per barrel. Adakah janji tinggal janji.



Saya rasa ada antara pembaca yang menganggap bahawa saya ini terlalu berkira tetapi ada asasnya mengapa saya bersifat demikian. Memang benar harga petrol dan harga roti canai sudah turun tetapi jika anda perasan, akibat kenaikan mendadak harga petrol tahun lalu telah menyebabkan sesetengah harga makanan masih turun.

Contohnya, harga nasi lemak dahulunya hanya RM1.00 sebungkus kini telah naik kepada RM1.20 manakala peniaga yang dahulunya menjual makanan kegemaran tempatan tersebut pada harga RM1.20 telah menaikkan harganya kepada RM1.50. Jika fikirkan secara logiknya, mana ada peniaga yang 'sukarela' untuk menurunkan harga barangan mereka jika mereka masih boleh menjual pada harga tersebut. Suka atau tidak, kita sebagai pengguna terpaksa membelinya. Adakah kerajaan akan memantau setiap harga makanan yang dijual di seluruh negara?

Makanan di food court juga meningkat secara mendadak. Rata-rata yang saya lihat, setiap makanan dijual sekurang-kurangnya pada harga RM5.00 ke atas dan ini tidak termasuk minuman.

Semasa berada di alam remaja (belasan tahun), McDonalds boleh dianggap sebagai makanan 'mewah' bagi saya kerana harganya yang pada waktu itu agak tinggi tetapi kini, harganya sudah dianggap setara dengan makanan di food court dan ada kemungkinan yang ianya lebih murah. Jika begini gayanya, tidak hairanlah mengapa masih ramai yang memilih McDonalds walaupun kita cuba memboikotnya kerana memberi sokongan kepada Israel.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sudah hilang tarikan. Jawapan kepada persoalan tersebut mudah sahaja. Dahulukan rakyat, cari jalan membantu rakyat miskin, cari pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan bukannya hanya muncul apabila ada majlis atau dekat dengan pilihanraya. Mudah sahaja!

3 comments:

Anonymous said...

aku dah lama dah tak percaya cakap menteri ni sejak harga minyak naik lagi.

Anonymous said...

hehe kalau turun pun apa salahnyer kan. hehe :)

marcusan said...

Hi.Good post. I was hoping to read a refreshing post in times like these.

Whatever that's being said, i have a tendency to believe that the price hike last year had come inclination to benefit a few unscrupulous parties. Regretfully, i must say that the hike wasnt necessary and the gov took us all for a ride.

like you said, once things go up, it will never come down. but now that oil prices are down, shouldnt we, natural exporters of oil see SOME benefit? or has that also gone into the pockets of some of the powers that be?

oh well, i guess we'll have to pray and hope for the best in the coming months. cheers! XD