Jan 18, 2009

Isreal Bersetuju Mengadakan Genjatan Senjata


(sumber: http://www.ap.org/)


Israel akhirnya bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selepas serangan berterusan selama 3 minggu ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih dari 1000 nyawa dan ribuan yang lain cedera. Diibaratkan seperti 'neraka dunia' hampir keseluruhan bandar tersebut lumpuh apabila dibedil tentera rejim yang kononnya menjadikan kumpulan Hamas sebagai sasaran utama. Walaubagaimanapun, tentera Israel masih belum mahu mengundurkan askarnya dari bandar tersebut walaupun telah didesak oleh kebanyakkan pihak yang kesal dengan serangan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Namun begitu pada pendapat saya, apa yang lebih dikesali adalah kegagalan negara-negara Islam mencapai kesepakatan dalam menangani krisis ini. Arab Saudi dan Qatar bertelagah antara satu sama lain mengenai lokasi pertemuan sidang tergempar negara-negara Islam sementara Mesir enggan membuka sempadannya bagi membenarkan pelarian Palestine memasuki negara tersebut bagi menyelamatkan diri dari kerakusan tentera rejim.

Saya merasakan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi menyatukan negara-negara Islam dengan rekod kita pernah menjadi pengurusi negara-negara OIC tidak lama dahulu. Arab Saudi sememangnya bukan sebuah negara yang boleh diharap kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat dan sentiasa tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tersebut.


(sumber: http://www.dscdredge.com/)

Paling mendukacitakan saya adalah di saat di mana ramai umat Islam di Gaza berada dalam kesengsaraan, pemilik Abu Dhabi Group iaitu Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sibuk dengan transaksi pembelian bintang AC Milan, Kaka. Spekulasi mengatakan transaksi tersebut bernilai lebih dari 100 juta Euro. Suatu pembaziran di mana jumlah tersebut mampu menyelamatkan ramai mangsa perang di Gaza. Tidak hairanlah mengapa umat Islam dipijak-pijak oleh umat lain kerana sifat sesetengah penganut Islam sendiri yang pentingkan diri sendiri dan tidak mahu membantu mereka yang dalam kesusahan.

Walaupun pihak Israel bersetuju meletakkan senjata, ini tidak bermakna perang ini akan berakhir. Ada kemungkinan Gaza akan terus dibedil kerana Israel sememangnya terkenal sebagai bangsa yang tidak berpegang kepada janji.

6 comments:

Geek @ Kedai.TV said...

U think it will last...

Sabda rasul that only way to solve this is to drive Ya Hud out..for no Yahudi be entitled to their own land.


azrin @ www.azrin.net

alien said...

itu israel mau kene penampar jepun la..baru drg insap..
bangsa mesir mmg pentingkan diri, sombong.. kalu drg bersatu perangi dan halakan senjata mereka ke israel..
mau terkucil israel..
hahaha

saifullahism said...

bkn smue bangsa mesir cmtue alien.....
segelintir nilah yg m'burukkan mesir,terutamanya Hosni Mubarak. Pemimpin Arab pun cuma ikut aje telunjuk si Uncle Sam dan Zionis tu...

quote from Sheikh Abdullah Azzam:
"Jihad and Rifle alone, no negotiations"

Adry said...

kengkadang aku pun dok heran ngan sesetengah orang Islam aspecially pak sheikh yang kaya raya tu... dorang langsung takda perasaan nak bantu kerr haa... eeee kalau ada yang dekat ngan aku... nak jerr ku tampar tampar sampai dia sedar...

Fazrulls said...

Salam Bro,

Nak heran apa? pasai tu... sebab tu jadi lagu ni...

Aku memang tak percaya gencatan senjata Israel tu... bila2 ja boleh tercabulllll!!

ShalinzZ85 said...

slumber raja
soooo informative ur blog
i give u ten ringgit
do u?
hehehe
lame tak ziarah since im free tentibe remember ur blog
so,how's urs?