(sumber: www.soccernet.com)
Pemenang Ballon D'or, Cristiano Ronaldo telah dinobatkan sebagai FIFA World Player of the Year dalam satu upacara gilang-gemilang yang berlangsung di Zurich Opera House, Switzerland sebentar tadi. Ini sekaligus menutup harapan Lionel Messi yang disebut-sebut bakal membuat kejutan bagi merangkul anugerah berprestij sukan nombor satu dunia tersebut.
Tahun ini, FIFA membuat perubahan apabila membenarkan 5 pencalonan berbanding 3 pada tahun-tahun sebelumnya. Dibarisi pemenang tahun lalu iaitu Kaka, penyerang berbisa Barcelona iaitu Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, penyerang berbisa Liverpool dan pemenang Euro 2008 iaitu Fernando Torres dan pemain tengah Barcelona dan juga pemenang Euro 2008 iaitu Xavi.
Ramai yang beranggapan bahawa Messi layak menerima anugerah tersebut berdasarkan persembahan semasa beliau yang kini sudah menjaringkan 22 gol secara keseluruhan berbanding Ronaldo yang cuba kembali ke tahap optimum selepas pulih dari kecederaan.
Kejayaan ini menjadikan Ronaldo, pemain pertama dari English Premier League yang memenangi anugerah tersebut sejak diperkenalkan pada tahun 1991 di mana ianya dimonopoli oleh kelab dari liga Italy dan Sepanyol. Ramai pengkritik bola sepak yang menuding jari kepada FIFA yang nampaknya lebih cenderung kepada anti-EPL dan ini pastinya dapat meredakan spekulasi tersebut.
Sebenarnya keputusan ini bukanlah mengejutkan pada pendapat saya tetapi yang lebih mengejutkan adalah bagaimana Kaka boleh berada dalam senarai tersebut sedangkan beliau dihimpit oleh kecederaan sepanjang musim lalu, kegagalan AC Milan layak ke Champion League serta tumpas kejuaraan Serie A di tangan musuh tradisi iaitu Inter Milan.
Selain itu, saya merasakan bahawa Messi tidak layak untuk berada di tangga kedua walaupun kejayaan membawa Argentina memenangi pingat emas sukan Olimpik Beijing kerana pada pertandingan tersebut, tidak ramai bintang bola sepak yang menyertainya. Sepatutnya Fernando Torres seharusnya diberi penghormatan sebagai naib juara apabila berjaya membawa pulang Euro 2008 bersama Sepanyol apabila menjaringkan lebih 30 gol musim lalu di samping gol kemenangan pada perlawanan akhir menentang Jerman.
5 comments:
yay...ak setuju..
tp ape pOn keputusan, tahniah RonaldO...
Salam bro,
Aku rasa ini tidak adil kerana Rooney dan rakan2 yang lain tidak tersenarai.. memang anti-EPL diaorang ni heeee..
Orait..
betulla kaka tak menyerlah sgt last season kan..
ye ke??
yeayyy!!!!!
my hubby won!!!!
hahaa..torres pon suke jgk!
wee~~
ronaldo mmg inspirational last season, he deserved it.
anyway, messi sdg menganas skrg..barca is nothing without him
Post a Comment