Jan 12, 2009

Manchester United 3 - 0 Chelsea



Perlawanan yang dinantikan oleh ramai peminat liga EPL akhirnya berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Juara Liga Eropah dan penyandang Liga Inggeris iaitu Manchester United. Walaupun ada sesetengah para pemerhati yang sudah menjangkakan kemenangan bakal memihak kepada Red Devil tetapi jumlah jaringan agak mengejutkan iaitu 3 gol tanpa balas.

Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan lebih gemar bertahan dan berhati-hati dengan strategi pihak lawan. Beberapa peluang gagal disempurnakan oleh barisan penyerang United dan Chelsea. Namun begitu, menghampiri rehat, United mendapat beberapa peluang keemasan bermula dengan percubaan dari penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov yang kurang bertenaga dan berjaya diselamatkan oleh Petr Cech.


(sumber: www.soccernet.com)

United sekali lagi mendapat peluang untuk berada di hadapan tetapi gol jaringan pemain terbaik Eropah, Cristiano Ronaldo dibatalkan oleh penjaga garisan atas kesalahan teknikal. Namun begitu, beberapa saat kemudian, pemain pertahanan United tidak melepaskan peluang keemasan apabila menanduk masuk bola umpanan Berbatov.

Masuk babak kedua, United terus menguasai perlawanan dan berjaya menambah gol melalui percubaan jarak dekat oleh Wayne Rooney yang menerima hantaran lintang dari Patrice Evra yang bergandingan dengan Ronaldo. Tuah tidak menyebelahi Ronaldo apabila golnya sekali lagi dibatalkan oleh pengadil walaupun rakaman menunjukkan bahawa beliau tidak berada dalam keadaan offside.

Dimitar Berbatov menutup terus peluang Chelsea untuk bangkit apabila berjaya menjaringkan gol ketiga United hasil sepakan percuma Ronaldo dalam keadaan pertahanan Chelsea yang kelam-kabut. Kemenangan ini membolehkan United kembali ke tangga ke-3 liga di belakang Chelsea tetapi dengan berbaki 2 perlawanan. Sekiranya menang, United bakal memintas Liverpool yang kini berada ditahta liga dengan kelebihan 4 mata di hadapan Chelsea.

Di kalangan para penonton adalah bekas pengurus pasukan Chelsea iaitu Jose Mourinho yang cuba mencari kelemahan United yang bakal bertemu Inter Milan pada bulan Februari dalam saingan Champion League peringkat kalah mati. Prestasi semasa United pastinya merisaukan Mourinho di mana pasukannya baru-baru ini hanya seri dengan Cagliari dan membolehkan Juventus kembali dalam perebutan kejuaraan Serie A.

7 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Yeah!!

Glory Glory!!

Fazrulls said...

Salam bro,

Aku pun dok pening-pening lalat, sebab semalam tengok bola.. hari ni mai kerja punyalah mengantuk. hee. apa pun game semalam ok.. walaupun seimbang...

Orait..

Anonymous said...

utk game pagi td, aku bleh kata scolari buat kesilapan besar dengan bagi lampard dan ballack main sama2.. akhirnya dua2 tenggelam walaupun MU main xlah hebat mana pun..
Man of the Match aku: Park Ji-Sung

lankapo said...

and the worst player on the field

Drogba..main macam budak sekolah..dapat bola pas ke team lawan.

Aku tgk dia mmg dah takder hati dah nak main Chelsea.

Midfield Chelsea sungguh tak mencengkam, padahal Man U letak budak jek defend apa laa

pakDin said...

that's what we call GLORY!!!

Anonymous said...

JS Park memang gempak main...kalau takde dia..Man U pincang punya..org lain semua pemalas...

Ir. hydir said...

siot punya MU...
kalah ler ko lps ni...

damn United!