Dec 3, 2008

Cristiano Ronaldo: Pemain Terbaik Eropah (Ballon d'Or)


(sumber: http://soccernet.com)

Seperti yang dijangka oleh kebanyakkan pengkritik bola sepak, Cristiano Ronaldo telah memenangi anugerah berprestij tersebut yang juga dikenali sebagai "Ballon d'Or". Tahun ini, terdapat banyak spekulasi tentang siapakah yang benar-benar layak memenangi anugerah tersebut. Calon yang disebut-sebut menjadi pesaing utama adalah Leonel Messi dan juga Fernando Torres.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan: -



Ada antara peminat bola sepak yang mempertikai cara pemilihan pemenang dan merasakan bahawa Messi merupakan calon yang lebih layak berdasarkan individual skills yang dimiliki olehnya. Saya sendiri bersetuju bahawa Messi lebih hebat berbanding Cristiano Ronaldo dari segi dribbling skill tetapi pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan pencapaian pemain bersama pasukannya.

Ronaldo menjaringkan 42 gol musim lalu yang membawa Manchester United kepada kejuaraan Liga England (EPL) dan juga Champion League. Sepatutnya tidak timbul persoalan siapakah yang layak memenangi anugerah ini kerana jika anda masih ingat pada 2006, Fabio Cannavaro juga telah memenangi anugerah ini kerana beliau berjaya membawa Italy menjuarai Piala Dunia sedangkan dengan jelas sekali, Zinedine Zidane atau Thierry Henry memiliki individual skills yang jauh lebih baik.



Hakim adalah terdiri daripada 96 journalist terkemuka dari seluruh dunia. Ronaldo yang menebus kehampaan tahun lepas di mana beliau terpaksa berpuas hati di tangga kedua di belakang Kaka yang memenangi tersebut. Beliau menjadi pemain ke-4 yang menyarung jersi United menerima Ballon d'Or - Denis Law (1964), Sir Bobby Charlton (1966) dan George Best (1968).

11 comments:

Hahn 3rd said...

Aku setuju...Messi lebih layak. Mungkin sebab dia adalah pemain dari benua lain, undian lebih berat kepada benua eropah.

|1f34|-|1r3 said...

aku tak setuju C. Ronaldo dapat anugerah tuh...takde guna kalau dapat anugerah tuh kalau berlagak nak mampos...aku rasa..kalau ronaldo nominated for oscar...confirm dia menang punya...

kruel74 said...

Aku nya kriteria lagi senang... mesti bukan dari Man U...

antusabun said...

Asik-asik man u. Takder kelab lain ke? Cuba letak ronaldo kat stoke city? agak2 boleh pegi tak?

Ulquiorra said...

Fabio Cannavaro yang membawa Itali menjuarai Piala Dunia. Bukan Fabio Capello.

slumbeRAJA said...

[Ulquiorra]thanks, tak perasan salah orang. post pukul 4 pagi ^^'

jalak lenteng said...

bagi aku messi..tapi mmg betul ronaldo bnyk menjaringkan gol..tapi kalu die men kat Portugal..die x perform sgt..lg pun die nampak ego arr..torres ok jugak..tapi die asik injured jer..

alien said...

seb baik je man u menang double..
kalo x..
x layak itu ronaldo..
kerek na mampus..
baik bagi rooney..

aiSyaLiciOus said...

hurmm...i mmg die hard fans MAN UTD..tp btol gak kan..ikutkan MESSI mmg ade more skills dari CR7..cr7 nie harap kan menjadi pujaan wanita jek..tp walaucamner pon..ttp CR7 mjdi pujaan hatiku..wakakakka =))

blog bola said...

Apahal pun CR dapat kad merah minggu ni.. Caiyoklah

afif said...

hahaha.... ronaldo yg dapat anugerah tuu...bukannya messi...korg cemburu, sebab tu korg x setuju...pemain terbaik eropah daa dapat....lepas ni [emain terbail dunia plak...hahaha