Dec 3, 2008

uMobile: Call The Shots



Jika anda perasan, kebelakangan ini terdapat banyak iklan mengenai uMobile. Boleh dikatakan hampir setiap kali saya menjejakkan kaki keluar dari rumah, pasti ada sahaja poster/promosi mengenai uMobile. Malah sudah beberapa kali saya didekati oleh salesperson mereka yang cuba menjual pakej perkhidmatan telekomunikasi mereka termasuklah semasa di GoMobile baru-baru ini.

Biasanya saya akan sedaya-upaya menolak pelawaan mereka dengan sebaik mungkin dengan memberikan mereka peluang menerangkan serba-sedikit mengenai tawaran mereka. Bukan kerana tidak berminat dengan perkhidamatan yang ditawarkan tetapi saya sebenarnya jarang menggunakan handphone untuk berhubung dengan rakan-rakan. Sejak dari zaman universiti, boleh dikatakan saya berjaya menjimatkan ratusan ringgit kerana menggunakan Yahoo Messengger dan pelbagai lagi internet-based communication services.



Saya menggunakan perkhidmatan prepaid dan hanya mentopup apabila mencecah tarikh luput topup tersebut dan biasanya terdapat banyak lebihan baki yang masih belum digunakan. Malah saya mengakui bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tawaran terkini oleh syarikat gergasi telekomunikasi tempatan kerana rates yang sering berubah-ubah dengan pantas.

Sudahkah anda bertukar ke uMobile? Sila kongsi pengalaman anda.

4 comments:

kruel74 said...

Napa lah zaman aku universiti dulu takde benda2 ni. Chatting adalah...prepaid pun dulu takde, lambat lah teknologi ni dtg...

Signorina Syima said...

u mobile best ker?? so far im using celcom... mmg ceking darah tapi puas hati sbb coverage luas... but now, consider to change to Maxis.. lagi murah. tp best pakai Digi, sbb betul2 murah! sygnya coverage tak best sgt...

kebulan said...

yep..maxis is better than celcom. but actually it's depends on ur friends. kalau byk kawan guna celcom guna lah celcom.sebab kte akan byk berhubung dgn mereka kn?
satu je kesian kt u-mobile ni..
baru nk start business... tp dh byk rintangan. cthnya masa maxis n celcom perang.. "tukar lah ke celcom/digi tp kekalkan no anda' haa yg tu gile lah perang iklan..

akusiktauk said...

pe yg best u-mobile?