Dec 6, 2008

slumbeRAJA Diugut?

Semalam saya agak sibuk menyebabkan saya tidak berkesempatan membuka blog ini. Pagi ini, saya mendapati ada mesej berunsur ugutan di chatbox saya. Sebelum anda membaca mesej tersebut, biar saya ceritakan serba sedikit rentetan bagaimana saya boleh mendapat mesej tersebut.

Pagi Jumaat yang lalu (semalam), saya melawati beberapa blog baru yang sebelum ini saya belum pernah layari. Jadi, seperti biasa saya akan memberi salam kepada tuan punya blog tersebut dan memberi tahu bahawa saya ada singgah di blog mereka. Saya pasti anda juga pernah menerima mesej sebegini dari saya: -



Kemudian saya meletakkan satu lagi mesej yang pada pendapat saya tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa: -



Malah, tuan punya blog tersebut membalas: -



Kemudian pagi ini apabila saya membuka blog ini, saya dapati ada mesej ini: -



Saya berasa pelik kerana saya tidak melawat lagi blog tersebut malah tidak meletakkan sebarang mesej pun selepas pagi Jumaat tersebut. Mesej terakhir yang saya dapat adalah: -



Saya berasa hairan dengan perangai blogger ini. Yang lebih menyedihkan ialah, beliau adalah seorang yang berbangsa Melayu. Percaya atau tidak, banyak rakan blogger yang bukan Melayu yang singgah di blog ini malah ada antara mereka yang tidak faham bahasa Malaysia pun sudi singgah, tetapi tidak pernah seorang pun dari mereka yang berperangai sebegini.

Anda boleh cari sendiri blogger ini melalui shoutmix saya jika anda tidak percaya. Disebabkan agak bengang maka saya membalas mesej tuan blog tersebut.



Sejak blog ini diperkenalkan, saya belum pernah lagi mempunyai musuh kerana kesemua blogger begitu peramah dan saya sendiri tidak berminat untuk bertikam lidah dengan sesiapa pun.

Adakah beliau ini Ah Long?
Adakah beliau ini budak punk Melayu?

Apa pendapat anda mengenai blogger ini? Pernahkah anda mengalami pengalaman sebegini?

22 comments:

eleza737 said...

emosi pulak org tu..
huhu..

jalak lenteng said...

newbies agak nyer budak tuh..rilex bro..

bokbon said...

ah..ramai kan bro orang yang tak berapa nak cerdik, biarkan biarkan.

julietchun said...

Aku rasa lembu yg dia oder tuk korban raya nanti lom sampai,sangkut kat banjir, tu yg dia hangin kat ko plak,hahhaa.

Amer Aan aka Green Arrow said...

relax la bro...
sbr je la...

HariHaz said...

jemput singgah lagi. :D owh. mungkin ini sebab utama kenapa saya tak lagi pasang cbox. hehe

apple Sweet said...

adeh... poyo giler org tu.. org nak beramah mesra pun xmo.. sengal kot dak tu..

dia banga la tu.. dia de group.. wakakaka.. woi bleh blah la.. mereng siot dak tu.. kekeke..


Bro rilex k.. pe2 hal kita satu hati k..

fie said...

da lame tak update blog, tetiba nmpak side kat tepi slumberaja diugut terkejut pula .. emm dia tak reti bezakan spamm la tu kut, if spam neh,die auto generated, tak perlu org bersusah payah nak tngglkan msg ,IP pn ader tercatat kat ctu haih kebutaan IT ek, and one more spam chatbox die apa kepentingan kn dpt betui tak.. and one more lagi dia baru belajar apa itu blog mungkin..the other word 'jakun'~~

for slumberaja, hiraukan mereka blogger yg berlagak sombong itu, kamu maseh ramai kawan2 yg maseh setia baca tulisan kamu :D..berusaha p(^^)q

dBagHaNi said...

erk....rilekx la slumber....dba x penah kena plak,sebab dba ni pemalas nk jln blog org....kalu jln2 pon yg org sudi jaln blog dba...hehee...
SABAR ek slumber...
u kan slumber aja?!jdi kena slumber la...
APA2 PON,DBA STILL SUKA BACA BLOG ANDA,SEBAB BYK ILMU....

;;(( alahai,dah kena pulak word verification.....adehhhh

ahmike said...

abang slumber, salam =)

Itu lah pasal I kurang blog hopping now.. so maaf pun kalau I datang jenguk abang di blog k.. busy la..

Take it easy

Juanito said...

log into ur cbox account and search for the message option. u shud see a string of msgs and also ur older ones... his name will have an ip next to it.. then ban it! if he changed nick the next time, u still can repeat the same steps...

Anonymous said...

he/she (sinido) should read this

http://en.wikipedia.org/wiki/Spam_in_blogs

IdaShah said...

pelik org camnih...
menakut kan

Kujie said...

mcm2lah perangai org...

kita kwn dgn org yg nk kwn dgn kita je le....biarkan si luncai terjun dgn labu2nya

Signorina Syima said...

eh eh cacat otak kot orang tu... tak pun dia tgh datang bulan..

bukan ke awak sangat humble dan tak pernah berkata2 nista??

dunia oh dunia... pelik betul!

Hahn 3rd said...

Lupakan jerlah hal tu...dia cuma sebutir nasi yang tumpah dari tapau yang jatuh dari tong sampah. Pejalan kaki seperti kita menutup hidung dan berlalu dengan laju apabila melintasinya.

Tetapi...orang gila yang berbau cekam akan berhenti dan mengutipnya untuk mengalas perut.

Adakah aku mengatakan orang gila?

slumbeRAJA said...

thanks kawan² bloggers semua kerana sokongan anda. really appreciate it ^^.

_ciK ja_ said...

biasalah tu.. memang ramai sgt blogger macm tu skrang.. saje je nak carik hit lebih diaorg tu.. biarkan aje..

tukang perhati said...

mamat tuan punya blog tu tidak periksa ke ip address yang ada kat situ? nih dah jadi kes aniaya orang kalo camnih... sebagaimana yang telah berlaku dengan sorang dua bloggers yang bertegang urat leher blognya.... dan kemudian jalan selesainya dengan buat kajian ip address...

slumbeRAJA said...

[cik ja]saya pun dh x layan blogger tu. biarkan dia dengan labunya.

[tukang perhati]ntah la bro, maybe dier mmg suka cari gaduh. saya suka cari kawan.

vincent said...

haiyo~ blogger tu gila ke?

shaxx said...

macam tu pun ada... bodoh sombong punya orang... biarkanje la bro!