Dec 6, 2008

Pertandingan Debat Diraja - UIA



Hujung minggu yang lalu, saya ke UIA menemani seorang rakan menonton pertandingan debat antara institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA). Rakan tersebut merupakan bekas pendebat dari sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Saya tidak kisah menghadiri pertandingan sebegini kerana ianya agak menyeronokkan di mana peserta bersaing dengan sihat tidak seperti di dalam Parlimen Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa UIA merupakan antara universiti tempatan yang tidak jemu memberi kejutan dari segi senibinanya. Setiap kali ke sana saya pastinya berasa kagum melihat keindahan senibinanya yang menerapkan unsur-unsur Islamic. Saya dapat merasakan bahawa kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan pembinaan dan pemuliharaan setiap tahun bagi memastikan keindahan universiti ini terpelihara.









Berbalik kepada motif asal saya ke UIA, setibanya di sana pertandingan sudahpun bermula. Bukan kami terlewat tetapi "sengaja" lewat kerana mengikut pengalaman kami kebiasaannya akan berlaku kelewatan. Ternyata tekaan kami benar kerana mengikut jadual pusingan pertama debat tersebut sepatutnya sudah berakhir tetapi ketika sampai, ia baru sahaja berlangsung.



Pertandingan Debat Diraja ini terbahagi kepada 3 kategori mengikut bahasa iaitu English, Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Arab. Untuk pengetahuan semua, kami menghadiri pertandingan debat English yang diadakan di fakulti kejuruteraan. Topik yang dibentangkan juga agak menarik dan "panas" kerana terdapat beberapa topik yang melibatkan isu semasa antara kaum di negara ini.



Yang menariknya mereka berdebat secara sihat dan tidak melenting seperti pemimpin-pemimpin kita di dalam parlimen. Malah, kebanyakkan intipati debat mereka adalah berdasarkan kepada pemahaman peserta kerana tajuk diberikan "on the spot" dan bukannya membaca teks seperti yang kita lihat dalam siaran langsung di TV.

Saya rasa pemimpin politik kita tidak kira dari parti pembangkang mahupun kerajaan perlu belajar cara debat yang betul dari anak-anak muda dan bukannya menggunakan sindiran bagi mengelakkan mereka menjawab soalan yang diberikan oleh parti lawan.

Sebelum pulang, saya sempat mengambil gambar petugas yang begitu cool membenarkan saya mengambil gambar mereka ^^.


5 comments:

kruel74 said...

Debat university student tak perlu masuk parti dan tak menentukan pemenang dapat kontrak juta2... itu agaknya bezanya dgn dunia luar

slumbeRAJA said...

[kruel74]setuju 100%!

jalak lenteng said...

haah..iyer lah..aku ni asik menyokong jer..dan aku rasa ini beru permulaan bagi dioang..kot2 bila dah join parliment nanti..hmm..camner agak nyer..

slumbeRAJA said...

[jalak lenteng]yup. kene tunggu dan lihat ^^.

libpuritan said...

gosh, i can't understand much of bahasa melayu, but it's nice to serendipitously bump into one of azrul's UIA kids on the net. =)