Dec 18, 2008

Me, Myself and My Life!

Another busy week for me.

Hampir 3 hari blog ini tergendala tanpa sebarang artikel. Ke'busy'an melanda dengan deadline yang semakin menghampiri. Sebenarnya banyak yang berlaku dalam hidup saya beberapa minggu kebelakangan ini, cuma tidak sempat diungkapkan dalam post terbaru. Saya kini sedang melakukan research untuk kertas kerja di mana tidak banyak maklumat yang boleh saya dapati dari Internet walaupun saya menghadap monitor dari pagi hingga malam.

Seperti yang anda sedia maklum, saya sangat gemar berjalan-jalan. Tidak kiralah samada tempat tersebut dekat ataupun jauh, jika ianya menarik minat saya, maka ringanlah kaki saya. Bunyi macam: -



Beberapa minggu lalu, saya menemani seseorang ke lokasi yang tidak asing bagi saya iaitu Bukit Bintang. 3 bulan kebelakangan ini, Bukit Bintang sudah umpama rumah kedua bagi saya selain MidValley.

Bagi anda yang duduk di Kuala Lumpur pastinya tahu yang beberapa minggu kebelakang ini, cuaca kurang baik dengan hujan turun tidak menentu. Lihat sahaja perjalanan saya ke Bukit Bintang: -



Nasib baik tidak banyak kenderaan yang keluar pada hari tersebut yang pastinya memburukkan lagi keadaan. Dengan cuaca sebegini, tidak hairan mengapa ramai yang lebih gemar tinggal di rumah. Persoalannya, apakah tujuan kami ke Bukit Bintang sehingga sanggup meredah hujan lebat? Jawapannya: -



Yang menariknya, mereka juga memberikan potongan harga sempena jualan mega yang sedang melanda seluruh negara.





Mungkin juga disebabkan oleh hari Chrismas yang semakin hampir - boleh dijadikan hadiah.



Antara yang menarik minat saya di kedai tersebut adalah: -





Walaupun seakan kebudak-budakkan tetapi pada saya ianya nampak cool ^^. Siapa setuju dengan pendapat saya, angkat tangan!

Hampir 15 minit berada di Hello Planet, kami tidak menemui apa yang dicari, jadi kami meneruskan pencarian ke serata Sungei Wang Plaza. Namun begitu, malangnya tiada satu kedai pun yang menjualnya.

Dari Sungei Wang kami ke Times Square. Dan akhirnya singgah di Pair World.






Akhirnya kami menemui benda yang dicari iaitu: -




Sebelum anda membuat sebarang spekulasi, ianya bukan milik saya ^^!

7 comments:

syafira fie said...

owh ini mungkin milik si dia kah hehe

CikJa said...

cikja pun busy giler... aduhai...

Dba Ghani said...

haha!tak nk ngaku!!!jeng2!!

Anonymous said...

eh aku tgk lelaki letak dlm keta ok je...pesalahnya ngaku hahaha

I AM A BLOGGER said...

ooooo, all the stuffs thre are so cute (^^)...visiting(^^)

alien said...

cis..menatang nie rupenye kamu cari..

Unknown said...

suka tgk orang kuning tu hahahaha comel betul.