Dec 11, 2008

Jalan-Jalan Di MidValley



Berjalan ke Midvalley sudah menjadi rutin mingguan bagi saya. Kadang-kadang mungkin sehingga 3 - 4 kali seminggu. 2 tahun yang lepas, setiap kali ke Midvalley, ada sahaja mangsa yang akan saya hubungi.

SR: "bro, macam mana nak pegi MidValley?"
M: "ha? bukan ke hari tu dah ajar jalan?"
SR: "dah lupa la bro. biasanya ada co-pilot yg tunjuk jalan. (merujuk kepada mangsa)"

Hari ini, jika ada orang tanya.

M: "Ingat tak jalan nak pegi MidValley?"
SR: "Ala, pejam mata je bro (jawapan dengan riak sambil mata mencari² signboard untuk memastikan tidak silap jalan)"

Berjalan-jalan pada hari Ahad sebenarnya menyeronokkan kerana tidak banyak kereta yang keluar pada hari tersebut berbanding hari Sabtu. Mungkin ramai yang lebih suka duduk di rumah berehat atau beriadah bersama keluarga di luar ibu kota.

Sunday = Sleeping day?

Seperti yang diduga pada hujung minggu sebegini, MidValley akan menjadi tumpuan para penganjur yang bekerja keras mencari pelanggan bagi produk mereka. Tambahan pula, sekarang ini adalah musim membeli-belah. Hampir kebanyakkan tempat yang saya lawati minggu lepas ditampal dengan perkataan SALES!



Malah, keghairahan memuncak sehinggakan ada pihak yang mengadakan fashion show di tengah-tengah pusat membeli-belah terbesar di Kuala Lumpur ini. Kerana kesuntukan masa, saya sempat memerhatikan dari jauh sahaja.


"Kenapa pintu stage macam pintu gerbang circus? (Do you need balloon?... hehe)"



Di kala orang ramai memenuhi ruang legar MidValley, saya sempat singgah ke satu lagi event yang tidak kurang meriahnya. Nampaknya musim membeli-belah tidak terhad kepada pakaian sahaja. Apa sahaja benda yang boleh dijual akan ditampalkan dengan perkataan SALES!


"Lai, lai, mari abang/kakak beli perabut baru"


Salah ejaan "bagus"?

13 comments:

kruel74 said...

Aku sekrang gila sister (brother?) mall sebelah mvmm tu, Gardens sebab org tak ramai n parking senang

Mr PenyuBiru said...

meriahnye!

puterikurekure said...

encik slumberaja, saya ni baru 4 kali pi midvalley tu. tapi tak pernah sesat ok!

(buat muka eksyaen)
hhehehhehe!

zDeQNa said...

mcm aku rasa x penah jejak lagi le dalam nih..walaupun salau trurn sna.. emm.. ;-P meriahh..

apple Sweet said...

oit oit.. pergi x ajak.. wewek..
hahaha...

apple lagi la.. kalau SR pejam mata.. apple amik bau jek.. dah smpi.. hahaha.. (dengan muke tak malu)

hihihi.. SR bile nk pergi lagi?

julietchun said...

Btl la stage dia cam pintu funfare pun yer,hehehe.

bluecrystaldude said...

With the pintu gerbang like that, I don't need a balloon, I need Britney Spears' new album; Circus! Haha..

.: RuFaI :. said...

wah g mid smpai 3-4kali sminggu...sure da hafal susun atur kt dlm tu...hikhik...

tp ciyes lainla mid kali ni...betul2 mcm funfair...hehe...

:D

IdaShah said...

mesti sakan org bershopping

mana muka hang tepek lah nak kenal gak :)

smaelz said...

Totally agree with bluecrystaldude.. haha.. I just need Britney Spears..

Kalu nak turun Mid valley ajak2 la.. bole sua kenal.. tambah kenalan di alam nyata plak.. hoho.. skang aku nak belajar jalan2 di The Curve plak.. best cuci mata.. hoho

Cik Mira said...

warghh da lame tak g mid. da la tgh sale plak tuh. adoi. hanye mampu tgk jek la. fulus ny enggak ada waaaaaa

Fazrul Shahril said...

Salam bro,

Aku pun dah lama tak ke sana.. kalau tidak dulu tu lah tempat aku bertapa kalau kena kerja kat KL... business trip... lepak Hotel Cititel.. malam2 tengok wayang.. heee..

whitetulip said...

cantik tul decoration christmas tuh yea. lau bebudak riang aku nampak tuh...mau taknya aku lah yg jadik mangsa menggambar dorang..huhu..