Nov 11, 2008

Jalan-Jalan Cari Buku: Popular

Semalam cuaca di Kuala Lumpur begitu baik walaupun agak panas sedikit. Biasanya apabila cuaca panas saya lebih gemar menghabiskan masa di luar berbanding membuat kerja di rumah. Semalam, saya mengambil keputusan untuk singgah sebentar ke salah sebuah tempat kegemaran saya iaitu: -



Biasanya jika ke Popular, saya jarang sekali membeli apa-apa termasuklah bahan bacaan bukan kerana saya tidak suka membaca ataupun kedekut tetapi saya merasakan harga buku-buku di pasaran adalah terlalu tinggi. Setakat ini saya memiliki koleksi buku yang hampir mencecah RM2000 dan ini tidak termasuk buku teks. Kesimpulannya, saya lebih gemar duduk di kedai buku sambil membaca dengan percuma di bawah suhu yang selesa.



Popular adalah antara kedai buku yang lambat menerima perubahan. Jika anda sering berkunjung ke kedai buku anda pastinya faham maksud saya. Pihak pengurusan Popular tidak menyediakan tempat duduk seperti di Kinokuniya, Borders, MPH dan sebagainya yang membolehkan pengunjung duduk sambil membaca. Saya tidak pasti adakah Popular cuba menyampaikan mesej kepada orang ramai,

"hey, kalau nak baca, belilah, mana boleh baca free je!"

Tetapi selagi tiada pekerja di sana menghalau pembaca percuma seperti saya, selagi itulah saya akan mengunjungi Popular.


(sumber: http://www.theinspirationroom.com)

Saya kurang gemar membaca novel sejak tamat sekolah menengah. Dulu, boleh dikatakan hampir setiap minggu, saya rajin meminjam novel cinta karya Ahadiat Akashah. Saya percaya nama tersebut adalah sinonim bagi penggemar novel cinta di Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah berubah citarasa dan lebih gemar menghabiskan masa membaca genre: -



Mungkin disebabkan usia yang semakin meningkat dan perubahan cara pergaulan yang tidak membenarkan saya dibuai oleh novel-novel romantis lagi. Seperti biasa rak-rak ini dipenuhi dengan koleksi hasil penulisan usahawan atau mereka yang bergelar jutawan ataupun billionaire. Ini termasuklah tokoh yang saya sebutkan dalam post saya yang lalu iaitu: -



Dan juga usahawan muda yang cukup terkenal dari negara jiran kita iaitu: -



Kedai buku kini tidak lagi hanya berfungsi sebagai rak tempat di mana buku dipamerkan tetapi lebih dari itu. Malah dekorasinya turut diubahsuai bagi menarik pengunjung untuk lebih kerap bertandang ke gedung ilmu sebegini. Harapan saya agar orang ramai mengambil peluang ini untuk memperkayakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah,

"Knowledge is Power"




5 comments:

wilda said...

saya antara jutaan pemilik buku rahsia internet.com tu..semakin meningkat umur, mmg selera bertukar,kan?

saya dulu peminat cerita fantasi, seperti cerita Enid Blyton ttg wizard dan magic. tp skrg, saya juga lebih cenderung laburkan duit pd buku bisnes dan internet. ;)

:: !zyan :: said...

tapi kalau dah minat punya pasal, sampai kematu punggung pun takpe membace di tangga2 dlm kedai buku kan? mmg leka kalo membaca. Tak kesah dah org keliling..ehhe.

Kalau dia MPH (midvalley) mmg mata meliar je cari 'port' yang best n privasi =)

cHeRyNa PiReS said...

tapi kan...kalo nak dpt diskaun yg berpatutan...inilah tptnye! sha ade sume membership card...and yg paling byk bg discount is popular...

tgk keadaan, mase shopping and kat popular mane yg kite pergi.

lagipon golongan sasaran popular nieh org cina. kompeni singapore katekan:D

Zana S said...

kalau nak beli mmg popular. tapi kalau nak baca free dan menjamu mata dgn buku2 mmg ke tempat lain selain popular.

masa sekolah2 rajin pi popular kat area petaling street. masa tu mmg dia la tempat nak cari buku rujukan yg terbaru...hehehehe

shaxx said...

aku suka pergi kat popular sbb buku2 dia byk yg murah2 compared to mph...