Nov 3, 2008

F1 Newly Crowned Champion... Who?


(sumber:http://www.typepad.com/)

Tahniah diucapkan kepada Lewis Hamilton yang telah mencipta sejarah sebagai pemandu termuda Formula One yang menjuarai kejuaraan dunia tersebut. Nampaknya tahun ini juga berakhir dengan persaingan sengit di mana juara ditentukan pada perlumbaan terakhir di Sao Paulo, Brazil. Saya sendiri sudah menjangkakan bahawa beliau akan memenangi kejuaraan tahun ini tetapi seperti tahun lepas, juara dan naib juara dibezakan dengan 1 mata sahaja.

Perlumbaan yang dilangsungkan dalam litar basah nampaknya membawa tuah kepada Hamilton apabila kejuaraan dunia yang hampir pasti dimiliki Filipe Massa berdasarkan jumlah kemenangan Grand Prix beliau bertukar milik pada lap terakhir apabila Timo Glock menghadiahkan tempat ke-5 yang sekaligus memberikan mata kemenangan kepada Hamilton. Walaubagaimanapun, saya pasti yang FIA akan menyiasat samada kemenangan tersebut telah dirancang ataupun tidak bagi mengesahkan kemenangan Hamilton.

Kejayaan ini pastinya mengecewakan Massa yang beraksi di depan puluhan ribu penonton tuan rumah. Namun begitu, Ferrari menebus kekecewaan tersebut dengan menjuarai senarai pengeluar terbaik apabila mengumpul 172 mata berbanding McLaren-Mercedes yang hanya berpuas hati dengan 151 mata selaku naib johan.


(sumber: http://www.partstrain.com)

Saya sebenarnya tidak lagi mengikuti perkembangan F1 sepertimana beberapa tahun yang lalu. Walaupun saya menyokong pasukan Ferrari, tetapi semenjak Michael Schumacher bersara pada 2006, saya tidak lagi merasakan bahawa Ferrari memiliki pemandu yang mampu mendominasi litar Formula One. Walaupun Kimi Raikkonen berjaya menjuarai F1 tahun lalu, saya merasakan bahawa kejayaan tersebut hanyalah nasib semata-mata kerana ketika itu, berlaku perselisahan faham antara Hamilton dan Alonso yang masing-masing berebut untuk dinobatkan sebagai juara.

Buktinya, tahun ini Raikkonen tidak lagi menjadi pencabar utama dalam perebutan kejuaraan manakala Massa pula tidak konsisten ketika hari perlumbaan walaupun memiliki banyak peluang memenangi perlumbaan kerana bermula pada petak hadapan. Oleh sebab itu, saya memilih untuk menonton pada awal perlumbaan iaitu starting grid dan juga ketika perlumbaan tinggal beberapa laps sahaja lagi untuk melihat keputusan. Dengan itu, saya menjimatkan masa lebih kurang 1 jam ^^.

1 comment:

Anonymous said...

this is nigga year.. obama + lewis