Oct 3, 2008

Mencari Teman Seks?

Tidak dinafikan kini kita bergelut dengan pelbagai jenis gejala sosial yang kian lama menjadi kronik dalam masyarakat kita. Terbaru, penggunaan chatting box di televisyen tempatan sebagai tempat mencari teman seks. Saya tiada masalah dengan pihak televisyen mencari keuntungan dengan caj 70 sen untuk setiap sms tetapi penapisan yang kurang efektif menjadikannya mudah dieksploitasi oleh mereka yang kurang bermoral.

Gejala ini bukanlah baru bagi saya yang sudah 10 tahun mengenali internet. Jika anda menggunakan messenger contohnya seperti Yahoo Messenger yang menyediakan chat room, anda pastinya pernah di'spam' dengan pelbagai jenis mesej berbaur seks. Ada yang cuba mengajak anda untuk bersembang dengan menggunakan perkataan-perkataan lucah dan sebagainya serta ada yang menawarkan khidmat seks kepada anda.

Bukan itu sahaja, penggunaan web cam juga disalahgunakan dengan menawarkan aksi lucah kepada penonton samada secara percuma ataupun dikenakan bayaran. Yang menariknya, ada yang sanggup membayarnya!

Generasi muda kini terdedah dengan pelbagai jenis gejala yang negatif dan ianya sukar dibendung dengan terdapatnya pelbagai kemudahan yang boleh disalahgunakan seperti TV, Internet, telefon bimbit dan sebagainya. 

Kerajaan kini sibuk menangkap bloggers di internet yang pro-pembangkang sehingga tiada masa untuk menangani masalah sebegini. Malah dengan pemilihan UMNO baru-baru ini kita semua dapat lihat bagaimana mereka cuba menjaga periuk nasi masing-masing. Nampaknya politik dijadikan keutamaan berbanding masalah sosial dan ekonomi yang menimpa rakyat.


2 comments:

Hahn 3rd said...

Setujusss...200 persen...

Johnny Ong said...

pemuda2 masa kini bersalah juga. jangan pulak dia orang menyalahkan orang atau sebab lain