Oct 2, 2008

Worst Week: Meet the Parents versi drama TV

(sumber: http://en.wikipedia.org)

Worst Week adalah sitkom komedi yang disiarkan oleh CBS dan merupakan adaptasi daripada sitkom British yang bertajuk The Worst Week of My Life. Jika anda pernah menonton filem Meet The Parents, ia mempunyai persamaan dari segi konsep. Yang bezanya adalah Worst Week adalah drama TV.

Ia mengisahkan bagaimana Sam Briggs (lakonan Kyle Bornheimer) cuba sedaya-upaya untuk mengambil hati ibu bapa teman wanitanya, Melanie Clayton (lakonan Erinn Hayesas). Malangnya, segala usahanya sentiasa menemui kegagalan iaitu samada tidak disengajakan atau ditimpa nasib malang.

Masalahnya adalah Melanie sedang mengandungkan anak mereka sedangkan ibu bapa Melanie tidak mengetahui bahawa mereka berdua sedang bercinta. Plan Sam adalah untuk mendapatkan restu mereka bagi berkahwin dengan Melanie.

Saya meminati komedi sebegini kerana ianya tidak terlalu berat dan masa tayangannya juga pendek. Berlainan dengan sitkom komedi yang lain tiada bunyi latar seperti orang ketawa atau menepuk tangan. Lokasi penggambaran juga sentiasa berubah-ubah.

Ikuti preview Worst Week: -




1 comment:

Anonymous said...

hmm...nampak cam best jer...aku suka download TV series tp jarang download sitcom2 ni...hehe