Sep 21, 2008

Blind Date: Bagaimanakah Keberkesanannya?

(sumber: free-dating-service-online.com)

Topik ini tiba-tiba terlintas di fikiran saya, mungkin akibat menonton banyak movie tetapi saya ingin bertanya; Adakah ianya berkesan sehingga membawa ke jinjang pelamin?

Cinta itu Buta

Di Malaysia saya rasa mungkin amalan ini masih belum menjadi trend tetapi di negara maju seperti U.S, U.K (negara barat) malah di Korea juga sudah menjadi amalan biasa terutamanya bagi mereka yang hampir mencecah umur 30 tetapi masih belum mendapat jodoh yang sesuai.



Rata-rata yang saya nampak, penggunaan Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya kini dijadikan tempat mencari kenalan baru dan juga jodoh. Saya bertemu ramai kenalan baru di sana tetapi tidak pernah menggunakannya bagi tujuan untuk mencari jodoh.


Ada antara rakan-rakan yang pernah mencubanya bagi mencari teman wanita tetapi berakhir dengan kehampaan kerana gambar di profile mereka tidak sama dengan wajah sebenar mereka. Saya faham jika ada antara anda berkata bahawa wajah bukanlah segala-galanya dalam mencari pasangan yang baik tetapi secara logiknya, tidak wajar juga sekiranya gambar yang diletakkan di profile mereka tidak menggambarkan rupa sebenar mereka seperti di dunia sebenar (menggunakan effect photoshop).

Selain itu, kita juga mungkin terdedah kepada bahaya kerana bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali hati budinya. Mungkin mereka mempunyai niat lain yang boleh membahayakan terutamanya kepada kaum wanita.

Namun begitu, saya tidak menolak 100% bahawa khidmat mencari jodoh melalui Internet boleh membawa kebahagiaan kepada mereka yang bernasib baik. Sekiranya anda pernah mencubanya, sila berikan komen anda mengenainya.



17 comments:

zamz said...

aku tak penah cuba la tapi takde apa yg mustahil dlm dunia nih..kalau dah jodoh jumpa camana pun jadi jugak akhirnya

zino said...

cara bagaimana jumpa tak jadi soal.. kalau sudah jodoh pasti akan di temukan..

salam kenal.. terima kasih sudi singgah..

reena said...

mcm tulah br lah rasa adil nak bg komen dkt sini. bak omputeh kata 'give n take'.

mmg ramai yg guna website kenal2 ni utk carik jodoh tak pun bf or gf. memandangkan intention aku hanya utk berkawan shj especially nak borak2 dgn kwn2 sekolah lama. rasa sakit hati jgk bila org melebih-lebih & sangkakan kite melayan dia org (i mean boys, yela akukan pompuan) sbb nakkan 'more than just fren'. apa jd lps tuh, sorila mmg aku tak lyn langsunglah jwbnye.
tapi mcm mana my x-opismate penah berjaya dgn cara ni (dah ada anak, siap tggl dkt oversea gitu). yg penting semuanya terletak pd hati. kalo niat baik utk cari jodoh dekat sini & tak menipu mana2 pihak. rasanya servis ni mmg bagus & berjaya.

EiNS said...

Aku percaya r'ship yg nyata, depan2...kita knal rupa, gaya, budi bahasa orang tu dlu sblom mulakan r'ship...

Sesetengah org br testi,ym,sms,call dah boleh bersayang2 padahal x pernah jumpa pun orang tu...

Bg aku, kalo knal dlm fs, facebook ke bleh bt takat kawan je la...nk sampai kawen tu susah la..

Fazrul Shahril said...

Salam bro,

Terkenang pada kisah dulu.. aku jumpa wife aku pun kat internet ni ja.. mula2 blind date gak.. tapi tu 10 tahun dulu daaa... heee. tak da lagi facebook, ka cari kawan, carijodoh atau apa2 heee... Sekarng ni lagi dasyatkan.. tapi sekarang ni banyak yang menipu dari yang betul... heee..

Salam..

@k@kPOKPEK said...

it can happen.. but one has to be careful. Well.. nowadays, yg jumpa offline boleh menipu.

Tie said...

Tak pernah alaminya..so tak leh nak komen laa...

eTomyam said...

menarik, wbp semuanye berbalik kpd HATI YG IKLAS....kunci segalanya

Geek @ Kedai.TV said...

sekarang kena banyak berwas pada..pisau cukur berlambak..take advantage of others.

azrin @ ZYRAZ.COM

RENDAH DIRI said...

kalau aku kata bagus tapi ramai jugak yg couple dgn cara bersemuka..
kalau aku kata cara ni tak bagus macam tak adil pulak sebab dah ada yg berjaya..
mula2 memangla xbersemuka sebab layan secara online je kan..tapi kalau dah bersemuka dari mata jatuh ke hati...jodoh x ke mana pun.

aeropama dot com said...

bagaimana pula lelaki yang menjadi mangsa tipu daya para wanita pada blind date pertama mereka?

ada kes di mana lelaki digoda untuk keluarkan wang dan di rompak oleh wanita pada pertemuan pertama. ini semua didalangi oleh sendikit...

~cik manis~ said...

bahaye ni..coz slalunye cinte siber ni pndang paras rupe je..tp kalau dh jodoh x kemane..=]

izan said...

saya lebih senang cara tradisional.. camane cara tradisional.... kena ngurat depan mata lah...

Adry said...

Aku tak pernah cuba benda ni.. tapi rasanya tak mustahil..ikut nasib gak..

Adry @ http://www.adrysabry.com

Ibnurashidi said...

elakkan blind date..byk negatif dri positif..

Mak Su said...

kalau ada jodoh dan ikhlas dan bersungguh2, mgkn dpt ler... tapi kalau banyak auta jer, auta jugaklah yang akan didapat

yonna bebot =) said...

friendster jugak la best..
facebook ok2 ja.

tp myspace sampah sarap!!