Sep 20, 2008

Lagi Berita Aneh Utusan Malaysia


Mengapakah Anwar pula dipersalahkan jika kerajaan tidak mampu menarik pelabur luar datang ke Malaysia untuk melabur?

Pada pendapat saya, pengurusan negara adalah umpama pengurusan perniagaan. Ada untung, ada rugi. Sekiranya pengurusan yang diamalkan adalah betul dan baik, negara sekecil Singapura pun boleh berjaya. Yang menariknya, Singapura tidak bernasib baik seperti Malaysia di mana mereka tidak mempunyai sumber asli seperti petroleum, gas asli, balak dan sebagainya.

Contohnya: -
Jika anda menyewa lot kedai yang terletak di Bukit Bintang di mana terdapat hampir 10,000 pejalan kaki yang melintasi kedai anda setiap hari tetapi tiada siapa yang ingin memasuki kedai anda. Adakah anda akan menyalahkan pejalan kaki tersebut ataupun pemilik lot tersebut atau diri anda sendiri?

Jika ingin melibatkan isu keadilan, saya ingin memberi contoh bagaimana kerajaan Malaysia sendiri menggunakan taktik "kotor" terhadap AirAsia tidak lama dahulu. Isu di mana kerajaan Malaysia tidak membenarkan AirAsia menggunakan Lapangan Terbang Subang sebagai terminal tambang murah. Kemudiannya, Malaysia menubuhkan Firefly bagi tujuan untuk menggugat reputasi AirAsia. AirAsia kini mempunyai reputasi yang baik di Asia, cuba bayangkan jika mereka suatu hari nanti mengambil keputusan tidak lagi mahu berpusat di Malaysia kerana dasar kerajaan yang terlalu berat sebelah. Berapa banyakkah kerugian yang ditanggung oleh Malaysia?

Sekiranya tiada pelabur asing mahu ke Malaysia, maksudnya mereka tidak lagi percaya terhadap dasar kerajaan kini. Tindakan drastik perlu diambil dan bukannya menyalahkan orang lain. 

Rakyat tanggung beban perbuatan Anwar?
Adakah Anwar yang menaikkan harga petrol dan diesel semasa?
Adakah Anwar yang menetapkan harga tol-tol di Malaysia?
Adakah Anwar yang membina mahligai di Putrajaya?
Adakah Anwar yang menentukan gaji bulanan anda?
Adakah Anwar perdana menteri Malaysia?

Aneh!

7 comments:

TNH said...

That is how our goverment work..when they fail to do something..what they do at the 1st minute is not figure how bad thier management but to find excuse and waste time on quarrel with Parti Pembangkang...

We Malaysian have our thought and got our eyes to see and differentiate what is true and what is false..if they did a good job,nothing can take over thier power

Anonymous said...

Hmm biaselah tu.. negara dah kacau, mula la nak salahkan orang lain.. knapa tak salahkan diri sendiri? sebab diorang pikir diri mereka tu sentiasa betul dan tak penah buat salah..

Bro Framestone said...

senang je...bila sesuatu keadaan tidak terkawal, iaitu berlaku rusuhan atau perebutan kuasa. kebanyakan perlabur asing akan lebih berhati. selalunya mereka akan memantau keadaaan dalam tempoh masa yang lama. dan akan mula melabur balik dalam setelah polisi baru dibentuk atau keadaan politik terjamin (internatioanl business topic political impact on FDI- kalau rajin baca la if rasa akan dtg nk wat multinational bisnes ke he...23x)

acura said...

Itu semua propaganda BN. Utusan sepatutnya diberi surat tunjuk sebab kerana banyak artikel2 tidak benar & bersifat provokatif.

Kalau nak berita sebenar baca je malaysiakini

Zamz said...

aku rasa pelabur asing lari sbb byk faktor antaranya politik tak stabil, kegawatan ekonomi dunia, dasar kerajaan yg kurang bijak..

gunakan nama anwar tu mungkin kesempatan yg boleh diambil tapi dibawah point keadaan politik yg tak stabil sebenarnya

tapi pasal air asia tu aku kurang setuju..sbg kerajaan byk tanggungjawab sosial yg diperlukan utk menyelamatkan mas..bagi kebenaran utk airasia beroperasi di subang mungkin akan membungkus mas terus dari muka bumi malaysia nih..

ramai lagi yg akan dibuang kerja..

ShahrulAzrin said...

Btol2..knape ksalahan dan kelemahan kita letak kat bahu org lain..??knape??..

Anonymous said...

Apabila satu jari ditunjuk pada orang, jangan lupa ada tiga jari menunjuk pada kita.

http://prayerwarriors.files.wordpress.com/2008/02/finger-pointing.gif