Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat ramah dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Ramai pelancong asing turut bersetuju dengan pendapat ini. Namun begitu, di sebalik keramahan tersebut, rakyat Malaysia mempunyai sikap tidak bertimbang rasa apabila memandu.
Jika di luar negara formulanya adalah: -
Tidak berapa ramah dengan stranger = gentlemen di atas jalan raya
Di Malaysia pula: -
Peramah dengan pelancong = road rage di atas jalan raya
Mungkin inilah yang dikatakan sebagai keseimbangan ekosistem?
Saya mengkategorikan diri saya sendiri sebagai seorang yang kadangkala kurang bersabar di atas jalan terutamanya kepada pemandu lain yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Bayangkan jika saya sudah beratur hampir 10 minit menunggu traffic light bertukar kepada hijau, datang kereta dari kiri yang menggunakan emergency lane memotong saya secara tiba-tiba. Sekurang-kurangnya pemandu tersebut haruslah mengangkatkan tangan meminta jalan atau meminta maaf kepada pemandu lain.
Satu lagi tabiat pemandu di Malaysia adalah sifat tidak mahu mengalah terutamanya terhadap pejalan kaki. Zebra crossing adalah ibarat graffiti bagi pemandu kita yang tidak menghormatinya sebagai suatu tempat di mana orang ramai melintas. Di Bukit Bintang terutamanya kita dapat lihat di mana motorsikal menggunakan zebra crossing sebagai tempat menunggu traffic light bertukar kepada hijau sedangkan ada anak-anak kecil yang melintas dan mungkin terpegang ekzos atau enjin motorsikal yang panas.
Mungkin inilah yang membezakan antara sebuah negara maju dan negara membangun di mana mentaliti kita sebagai pemandu masih di tahap yang kurang memuaskan. Saya mencadangkan agar sekolah memandu dijadikan tempat melatih pemandu bukan sahaja teknik memandu tetapi juga tempat di mana melatih minda pemandu yang berhemah. Mungkin dengan cara ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan secara drastik.
9 comments:
masalah org yg selfish
yup~~minda pengguna jalan raya kat m'sia mmg menyedihkan, bukan je pembawa kenderaan, pejalan kaki pun 2x5! >C
Seriously try to be on the road in the Kingdom of Saudi Arabia... they don't know the meaning of courtesy at all. Signal light?? Nope.
Indiscriminate parking?? - YEs!!
Road bully?? - definitely.
(Talking through my personal experience - although I don't drive as women are not allowed to drive in the KSA).
In th US, if they see you teragak2 nak keluar dari simpang, they actually stop to you go.
Bilalah Malaysian drivers nak jadi cam tu ek??
And it seeems we are becoming more and more like the !@#$!!
Hi Bro,
Di harap raya ni dapat di kurangkan jumlah kemalangan...
Salam mesra,
made a blog reply 4 this topic~
rasanya bukan org msia je..foreigner kat msia pun dah berjangkit dah..lagi ganas pun ada bila bawak keta..
so maybe sbb pressure kat atas jalan tu yg menyebabkan org bertindak macam tu kot...
agreed much, with this sentence
"
Peramah dengan pelancong = road rage di atas jalan raya"
HAAAHA
Haha..you got your point there but i not so agree with you..i think most of the driver no matter from what country will have the same habbit
aku nak salahkan enforcement kita pada masa yg sama sebab dah tau orang mesia ni byk yg kurang ajar dan x boleh diajar... tp kalo enforcement strict n productive n efficient canm singapore, sapa yg berani buat kureng ajar?
Post a Comment