(sumber: http://freethoughts.org)
Saya keluar ke ibu kota semalam dan sempat melayari Internet di salah sebuah kedai di sana. Apabila saya cuba mengakses blog ini, saya mendapati ianya terlalu perlahan di mana template yang saya gunakan kini tidak berfungsi dengan baik. Saya perlu menunggu lama sehinggalah ia dapat dilayari sepenuhnya.
Saya tidak menyedari masalah ini kemungkinan disebabkan saya tidak membersihkan cache pada komputer saya untuk tempoh yang agak lama.
Dilemma kini, patutkah saya menukar template blog ini?
(sumber: http://techmagazine.ws)
Masalah yang timbul adalah, kemungkinan saya akan kehilangan segala widgets yang ada di sebelah kiri blog ini di mana ia merangkumi Followers, Blogroll dan sebagainya yang penting bagi saya.
Semalam saya menghabiskan 2 jam mencari penyelesaian bagaimana untuk menukarkan template blogspot tanpa perlu men'delete' wigdets yang sedia ada. Terdapat beberapa tutorial yang mengajar teknik tersebut tetapi selepas mencubanya, saya tidak mendapat hasil yang diingini.
Jadi, saya ingin meminta bantuan pembaca semua yang pernah mencuba teknik tersebut supaya dapat berkongsi pengalaman anda bagaimana untuk melakukannya.
12 comments:
Laaa...kak tie tak de apa2 masaalah pula bila buka blog ni..Pc kak tie lagi la semput ni..
Salam Raya..
cuba ke sini.. http://www.giselejaquenod.com.ar/blog/2008/10/05/problems-with-your-blogger-template/
maybe it can help.
Ok jer,cpt & pantas.
ni lah dilemma aku dah lama dah..
sampai skrg tak bertukar hehe
ok je..takde masalah nak open pun..cepat n pantas je
salam. hm..aku takdak masalah plak nak buka blog kesayangan u nih...tapi kalau nak tukar template, i think should be no problem. Sebelum ni pun aku pernah jugak tukar layout. Dulu kaler pink, n yang ada skang ni yang d second. tak hilang pun widget tuh....cuma n3 jer yang berlainan kaler. kalo ko tak guna kaler yang macam2 utk font, aku sure takdak problem punyalah....hm...utk keselamatan, bila dah tukar layout, ko preview dulu. jangan terus publish. sekurang2nya ko bley nampak wether seswai atau tak layout ko tuh. tapi, utk pertanyaan dengan lebih lanjut, ko pegi blog aku, ada nampak My Bloggers, nama bloggers tuh, Kakang Web. Dia nih kira pakar jugak buat website nih. k???
Salam Bro,
Your page are fine... boleh aksess dengan selamat dari rumah dan opis hamba.. no problem.. tak slow pun...
kemungkinan la.. kan.. ada virus or spam yang terlekat kat browser anda ..cuba guna firefox, google or apa2 yang selain dari IE> heee
i have no problem accessing your blog. it loads pretty fast actually.
thanks for the visit! :-)
ammu.
thanks semua kerana membantu ^^ appreciate it!
xde apa2 masalh pon..time saya masuk..hehe
hi there,
i think you can copy the html of all the widget from the page element into textpad first, before u do anything :)
backing up the template will still make you lose all the widgets... so no point....
thus copying all the widget code is better...
anyway, guest blogging is a good way for your other english readers :D u can ask for few english writing bloggers to guest blog for u :D and vice versa.... thats how we helped each other :D
sentiasa save code sidebar widget...bila2 masa nak tukar template pun tak de masalah.
Post a Comment