Oct 6, 2008

Bill Gates Beri Wang Percuma!!

Saban hari makin banyak penipuan yang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, gores dan menang, dan yang terkini, penjenayah semakin bijak dengan menggunakan Internet sebagai lubuk emas mereka untuk menipu orang ramai.



Berita di halaman utama Harian Metro hari ini menarik perhatian saya di mana penjenayah menggunakan nama Bill Gates bagi mengaburi mata orang ramai. E-mail berantai yang dikenali sebagai Spam memang menjadi kegemaran penjenayah bagi mencari mangsa mereka. Saya percaya anda semua pernah menerima e-mail sebegini. Nasihat saya, jangan buka sama sekali. Delete ataupun letakkan dalam spam box anda bagi mengelakkan mereka menghantar lagi e-mail sebegini. Sebab utama saya tidak menggalakkan anda membukanya kerana: -
  • anda mungkin akan terpengaruh untuk membuat perkara yang disuruh oleh penjenayah tersebut kerana ganjaran yang dijanjikan sememangnya menggiurkan.
  • e-mail tersebut mungkin mengandungi virus yang mampu 'mencuri' identiti anda atau merosakkan komputer anda.
Bagi anda yang masih belum mengetahui, Bill Gates bukan lagi manusia terkaya di dunia. Ranking terbaru dari Forbes, beliau hanya berada pada kedudukan ketiga di bawah Warran Buffett dan Carlos Slim Helu. Maka dengan itu, beliau tidak akan memberikan wang percuma kepada anda dengan sesuka hati kerana beliau pastinya mahukan title beliau sebagai manusia terkaya di dunia kembali.




Jadi, lupakan sahaja jika ada sesiapa yang mengajak anda menyertai skim cepat kaya. Duit tidak akan jatuh dari langit tanpa anda perlu berusaha kecuali jika anda berjudi. Itupun belum tentu anda akan berjaya. Fikir dahulu sebelum bertindak!


7 comments:

nurulshari said...

uiks..xley caye bto.
tp ade gk yg masuk perangkap..
ape la..
kalo pk secara logik [on dah sah2 menatang tu menipu je..
manusia ni kekadang tamak sgt..
xley nmpak jln pntas nk dptkan sst..
laju je nk pcaye..

kaklong said...

la..ye ke..mmg x penah pecaya pun..sapela nk bg duit mcm tu je..kalo betul die nk bg duit, baik die bg anak2 sedara ke..anak2 jiran ke..hehe

pelik, dlm list tu nape nama sy xde? :P

julietchun said...

Aku mmg tak caya benda2 mengarut camni.

Anonymous said...

emm sapa la nak bagi duit free2..
no such thing la kan

chiku the chucuru said...

aku pun nak jadi kaya jgk. nak soping byk2!!!

Whitetulip Tales said...

kalau dah namanya penjenayah, penyangak, tetap akan menyangak dimana2 tak kira tempat, orang. timer kaseh kerana info berguna ini.

Anonymous said...

Huhu.. scam Afrika la.. scam Bill gate la.. macam2 la.. kalu org yg tamak mesti rugi sbb kena tipu