Oct 16, 2008

Bolehkah Anak Dan Ibu Bapa Menjadi Teman Baik?


(sumber: http://www.flickr.com)

Semasa zaman persekolahan dahulu, saya memiliki seorang rakan yang menggunakan "aku" dan "kau" apabila berbahasa dengan ibu bapanya. Saya tidak pasti bagaimanakah hubungan mereka anak-beranak tetapi persoalan utama adalah "bolehkah ibu bapa dan anak-anak menjadi sahabat baik seperti kita dengan rakan-rakan di sekolah atau di tempat kerja?"

Apa yang saya nampak dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, hubungan antara anak dan ibu bapa agak renggang kerana batasan usia atau "hukum semulajadi" yang telah ditetapkan sejak dari berabad lamanya bahawa anak dan ibu bapa tidak boleh berkawan baik.

Oleh sebab itu, anak-anak takut untuk bercerita dengan ibu bapa atau lebih gemar berahsia kerana takut dimarahi atau bimbang ibu bapa tidak memahami perasaan serta situasi yang mereka sedang hadapi. Kadang kala, anak-anak tidak mahu bercerita kerana ibu bapa terlalu kerap memberikan nasihat walaupun anak mereka mahukan teman yang boleh mendengar rintihan hati mereka. 

Mungkin saya tidak memahami situasi ini kerana belum bergelar bapa tetapi secara logiknya ibu bapa juga pernah melalui zaman kanak-kanak dan remaja walaupun mungkin situasi dan persekitarannya yang berbeza.

Ada juga anak-anak yang sebenarnya tidak mempunyai rasa hormat kepada ibu bapa mereka sebaliknya rasa takut kerana telah diasuh dari kecil. Masyarakat Asia sememangnya terkenal dengan reputasi "memukul" anak-anak mereka sewaktu zaman kanak-kanak atas tujuan untuk "mendidik" mereka. Jadi, jangan terkejut jika anak anda juga memiliki perasaan yang sedemikian.


(sumber: http://img.dailymail.co.uk)

Saya berpendapat bahawa ibu bapa di Malaysia takut sekiranya mereka terlalu rapat dengan anak-anak mereka, ini mungkin mengakibatkan anak-anak "pijak kepala" dan sukar dikawal apabila besar nanti. Selain itu, mereka bimbang akan ada rasa bersalah jika mereka berada dalam situasi di mana mereka perlu memarahi anak mereka. 

Selain itu, kurangnya peranan kerajaan dalam menganjurkan aktiviti yang bersifat kekeluargaan seperti yang dijalankan di negara maju seperti Amerika di mana mereka mempunyai program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa. 


(sumber: http://www.ymcamemphis.org)

Yang anehnya, apabila timbul masalah seperti pergaduhan di sekolah, seks luar nikah, dan sebagainya ibu bapa lebih gemar menunding jari kepada guru-guru sedangkan ibu bapa sendiri tidak tahu dengan siapakah anak mereka bergaul, bermusuh serta aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka di luar sekolah.

Jika ibu bapa dan anak-anak mereka bergaul rapat, kemungkinan besar jenayah yang melibatkan golongan remaja dapat dikurangkan di mana kini kian ramai penghuni di pusat juvana di seluruh negara.

5 comments:

Izyan Izzaty said...

gelaran 'aku' dengan ibu bapa sebenarnya tidak terlalu aneh di Malaysia. contohnya kalau org jawa (tempat saya la) mmg gunakan aku-kau dengan parents (evn though i didnt).

tp, rasa hormat terhdp parents mmg nampaknye makin hilang. bila tengok kawan2 saya ckp dgn parents mereka, macam saya pula yg nak marah.mungkin sebab saya tak dibesarkan dengan cara sebegitu.

and, parents should play their roles too. sangat nampak makin ramai parents yang abaikan anak-anak.

sebenarnya, salah siapa ye?

New Haven said...

can why not? mostly now parents who are IT savvy prefers to play games with their kids via all those gadgets...most of them are hooked to it too :)

however, it is always up to parent's responsibilities to ... control the kids :) this take a lot of effort...

JULIE said...

parents should not be their kids best friends - itu apa yg @pp baca dari buku2 parenting laa..

kids should respect parents as parents. BUT parents should be able to talk to their kids.

Most importantly, parents MUST listen to their kids..

wallahualam.
i am a parent still learning and hoping that I won;t make some of the mistakes my parents did on me.

Anonymous said...

guna aku kau tu cm keras jek,

tp parent ngn anak mmh lh jd kwn baik,

cm fam aku sendr,ok jek!
tp nk cite tu pun agak2 la kn,sedgkn ngn kwn baik pun aku x cite semua..=)

tp mmg ade kwn2 aku yg cite evrythg ngn parent,dan mmg g club semua sm2..
ok jek..
x de pun istlh pijak kepala..!

cuma tu bergntung pd seseorg tu,

walau cmne baik pun kt berkwn ngn parnt,dorg tu ttp ibu bapa kita kn,so ttp de had..=)

ANNA NUR said...

walau cara mcmana pun anak & mak ayah bertutur, berbalik kpd ajaran agama..

aku-kau tu ganti diri yg biasa digunakn oleh org2 Jawa. itu x mengapalah, dh mmg kebiasaan mrk mcm tu.

~paling penting, didikan mak ayah kpd anak2 supaya tau hormat orang yg lebih tua.