Sep 13, 2008

Liverpool vs Manchester United


Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat Liverpool dan Manchester United. Kick-off bermula pada jam 7:40 malam waktu Malaysia. Perlawanan yang dijangka getir bagi kedua-dua pasukan ini akan berlangsung di Anfield, Liverpool dengan Fernando Torres dan Steven Gerard mungkin kembali kesebelasan utama. Manchester United pula diperkuatkan dengan penyerang baru mereka, Dimitar Berbatov.

Perlawanan ini mungkin akan menjadi titik penentu arah tuju EPL musim ini di mana Manchester United mengejar kejuaraan liga ke-18 mereka iaitu menyamai pencapai Liverpool.

Sekiranya anda tiada Astro di rumah, anda boleh menontonnya di kebanyakkan tempat di sekitar Kuala Lumpur (mamak, Hartamas Square, dan sebagainya) atau boleh menontonnya menggunakan TVU.


4 comments:

Fazrulls said...

salam bro.. so apakah pasukan pilihan tuan? nampak macam lebih pro kepda red devil kan? heee

ShahrulAzrin said...

liverpool menang doh hehe

Anonymous said...

memang patut liverpool menang. player MU langsung tak semangat nak main. si berbatov dari dulu sampai la ni keje die sambut bola tinggi pastu passing kat member lain je.

cume liverpool masih ketandusan penyerang tajam menikam depan gol. takkan nak harap si torres je score. mamat tu bukannyer robot.

robbie keane pun aku tengok masih terkatik2 kat depan gol. tapi aku tabik habis kat kyut - PLAYER YANG BEGITU RAJIN BERLARI DARI MULA SAMPAI WISEL TAMAT - kejap2 kat bawah, tengah, atas, sampai belakang gol pun die ade. sayang dia tak dapat score malam tu walaupun dah depan2 dgn keeper.

MU pun dlm2 malas nak main, masih ade 2-3 peluang yang kalau masuk gol memang kompom liverpool gigit jari lagi. lagi2 time gigs buat sepak lencong junam kebawah time 2nd half tu, nasib baik reina sempat cuit skit bola tu.

kesimpulannya, bahagian tengah memang liverpool control habis, baik menyerang mahupun bertahan. paling kelakar time benitez halang pengadil dari buat pertukaran player.

ye le, time tu nak tukar orang lain tapi tetiba si maserano (susah lak nak eja name mamat ni) injured mintak nak kluar. Korang perasan tak, mamat tu walaupun tengah sakit tapi masih sempat lagi turun bawah dan rebut bola dari kaki player MU yang dah sedia nak loop ke tengah. lepas clear bola, terus baring mintak kluar, dah tak tahan sakit nampaknye.

TU LAH CONTOH PLAYER SEJATI YANG PATUT ADA PADA PLAYER2 NEGARA KITA.

zDeQNa said...

uhuhu..aku sokong ble liv blasah MU... -arsernal fan-