Sep 28, 2008

Kes Bunuh Lagi: Adakah Hudud Penyelesaiannnya?

Nampaknya semakin menjadi-jadi kes pembunuhan di Malaysia dan lebih menakutkan penjenayah sudah makin berani melakukannya di tempat awam. Saya tidak boleh menyalahkan pihak polis dalam hal ini kerana mereka hanya mampu melakukan melakukan yang terbaik dan dengan populasi 27,730,000 juta penduduk (tidak termasuk pendatang asing), tidak mungkin mereka mampu untuk mengawal setiap manusia yang ada di muka bumi Malaysia ini.

Suka atau tidak, saya merasakan penyelesaian bagi kes jenayah sebegini adalah dengan menjadikan hukum hudud sebagai hukuman rasmi negara Malaysia. Apalah gunanya jika agama rasmi kita adalah Islam tetapi dari segi undang-undangnya tidak diamalkan segala menyeluruh. Saya tahu topik ini sangat sensitif bagi sesetengah pihak tetapi dengan hukuman yang sedia ada tidak mampu menangani kes jenayah yang berleluasa.

Saya percaya hampir setiap hari kita mendengar kes bunuh, rompak, mencuri dan sebagainya di media massa. Bagi ibu bapa yang peka, mereka akan sentiasa menasihati anak-anak supaya berhati-hati setiap kali menjejakkan kaki keluar dari rumah. Ini bukan untuk menakut-nakutkan pembaca tetapi kejadian bunuh ini telah berlaku berhampiran rumah saya beberapa minggu lalu.

Saya ada mendengar sindiran sinis rakan-rakan bukan beragama Islam yang berjenaka dengan perkataan "potong tangan" / "sup tangan" dan sebagainya dan di sini saya ingin menerangkan kepada mereka bahawa seperti juga hukuman sedia ada, hanya pesalah sahaja yang akan dihukum. Jadi, tidak perlulah anda berasa takut dengan hukum hudud jika anda tidak bersalah. Islam tidak menggalakkan keganasan tetapi hukuman tersebut bagi memberi pengajaran supaya orang lain tidak mengulangi jenayah yang sama.

Dengan hukuman yang berasal dari zaman penjajah British, penjara-penjara sudah penuh dengan banduan-banduan tetapi jenayah tetap berlaku. Ini bermakna ianya tidak berkesan malah ada antara bekas banduan yang masih mengulangi jenayah yang mereka lakukan tanpa rasa insaf.

Selain itu kita mungkin boleh membahagikan hukuman kepada dua jenis, iaitu hanya umat Islam yang dikenakan hukuman hudud manakala yang bukan Islam dikekalkan hukuman konvensional walaupun cara ini menumbulkan double standard di kalangan rakyat Malaysia. 

Jika anda tidak bersetuju dengan pendapat saya, cuba tanya keluarga mangsa bunuh tentang hukuman yang diterima oleh pesalah. Mereka sudah tentu mahukan keadilan. Mungkin anda tidak merasakan kesedihan dan keperitan mereka kerana ia tidak pernah berlaku kepada keluarga anda tetapi jika ianya berlaku (simpang malaikat), anda akan sedar mengapa Islam mewajibkan hukuman hudud kepada penganutnya.

Saya tidak pasti kebenarannya tetapi jika tidak silap, Arab Saudi mengamalkan hukum hudud dan jenayah berlaku di sana agak rendah. Jika anda memiliki statistiknya, sila kongsi bersama. Saya bimbang jika trend ini berlanjutan, kes jenayah tidak akan dapat dibendung lagi pada masa akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

our safety is not guaranteed day by day, but our leader is too busy fighting to their power. police do not watch our neighbor instead is just a tool to those in the top :(


kchan

Anonymous said...

yap...arab saudi merupakan negara yg rendah statistik jenayahnya kerana satu2nya negara yg melaksanakan hukum hudud...undang2 yg digunakan dikebanyakkan negara dunia tak mampu menandingi keberkesanan hukum hudud...kalu org mencuri kena hukum potong tgn...itu hukuman yg adil...biar pencuri tak laku2kan berkali2 tanpa rasa takut coz kalu tgn dah kudung...nak curi guna apa, kaki? byk lg hukuman2 yg telah disyariatkan di dlm al-quran dan hadis...terpulang kepada golongan ulama dan cerdik pandai untuk menyesuaikan sesuatu hukuman tu bergantung keadaan semasa, makin berat jenayah...makin berat juga la hukumannya...