Aug 26, 2008

Menghasilkan Laman Web Pertama Anda

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan laman web?

Saya seringkali terserempak dengan soalan ini di forum-forum IT. Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman membina laman web sendiri, saya mungkin dapat memberikan beberapa pilihan kepada anda. Persoalan utama sebelum anda membina laman web sendiri adalah, apakah tujuan dan fungsi utaman laman web tersebut? Sekiranya anda membina laman web untuk kegunaan peribada, ianya sungguh mudah kerana spesifikasinya adalah lebih rendah berbanding laman web korporat.

Ini adalah beberapa pilihan untuk anda: -

1) Blogger (blogspot)

Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Blogspot (seperti laman web ini). Ia lebih berkonsepkan kegunaan peribadi tetapi sekiranya anda menggunakan template yang bertepatan, ianya mungkin nampak seperti laman web professional. Blogspot adalah percuma untuk sesiapa sahaja. Selain itu, anda mungkin mahu menukarkan domain name anda contohnya http://slumberaja.blogspot.com/ kepada http://www.slumberaja.com . Caranya seperti di bawah: -



2) Wordpress


Wordpress lebih digemari terutamanya oleh golongan professional kerana lebih kebanyakkan templatenya lebih kemas berbanding Blogspot. Namun begitu, popularitinya lebih rendah berbanding Blogspot kerana terdapat beberapa fungsi yang memerlukan pengguna membayar sebelum dapat menggunakannya. Saya sendiri kurang pasti mengenai pengendalian Wordpress kerana sudah lama tidak mencubanya. Di sini adalah teknik bagaimana untuk anda menukar domain name.

3) Joomla (CMS)

CMS bermaksud Content Management System. Joomla merupakan perisian Open Source di mana sesiapa sahaja boleh menggunakannya secara percuma. Penggunaan Joomla begitu meluas kerana bagi menghasilkan sebuah laman web yang bersifat CMS, kos pembinaannya mungkin mencecah puluhan ribu ringgit. Namun begitu, ia memerlukan pemahaman terperinci kerana seseorang itu perlu belajar bagaimana sistem Joomla beroperasi.

Saya kini berpengalaman hampir setahun dengan Joomla dan ia memerlukan pengguna untuk terus mengikuti perkembangannya kerana Joomla membangunkan sistemnya dari hari ke hari. Namun begitu, tidak sukar untuk mempelajari Joomla di mana anda boleh mendapatkan info penuh melalui laman web rasminya di Joomla.org

Terdapat 2 version untuk Joomla iaitu 1.0.xx ataupun 1.5.x di mana saya mencadangkan anda yang baru ingin mencuba bermula dengan version 1.0.xx kerana ianya stabil berbanding 1.5.x yang kini masih dalam pembangunan. Malah terdapat lebih banyak module, component dan mambot untuk version 1.0.xx.

4) HTML / JavaScript

Cara ini yang kurang digemari ramai kerana anda perlu mempelajari scripting language seperti HTML dan JavaScript walaupun pada hakikatnya ianya tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Menghasilkan laman web menggunakan HTML dan JavaScript adalah mudah kerana terdapat banyak tutorial di Internet malah perisian seperti Microsoft Frontpage dan juga Macromedia Dreamweaver memudahkan kerja anda dengan fungsi drag and drop.

5) PHP / ASP

Saya tidak mengsyorkan sesiapa untuk mencuba kedua-dua side-scripting language ini kecuali jika anda adalah pelajar IT ataupun programmer kerana ianya mungkin sukar untuk dipelajari. Malah anda juga perlu mempelajari database programming seperti MySQL yang menghubungkan laman web anda dengan database. Walaupun terdapat beberapa perisian seperti XAMPP, EasyPHP dan sebagainya, ia pastinya mengambil masa yang panjang sebelum anda dapat menghasilkan laman web pertama anda.


9 comments:

Tekkaus said...

I think Joomla will be the best option but well...sometimes it's too resource hungry! So I'll stick with blogger. =)

Meooo Comicore Club said...

macammane nak pakai joomla ye. susahlah...

Demo jerr said...

tak susah mana? banyak forum yang mengajar cara menggunakan joomla. contoh http://www.putera.com untuk bahasa malaysia.

selain itu, boleh cuba2 kat pc sendiri terlebih dahulu. install easyphp atau xampp utk create localhost.

Anonymous said...

RAMAI YG GUNA BLOGSPOT..
SENANG RASANYA...

Fazrulls said...

Ya betul blogspot memang senang sikit.. kot aku rasa heee...

Anonymous said...

bergantung kepada apa sebenarnya content yang ingin dibuat dan juga tujuan laman web tu.

kalau individu molek rasanya guna blogger atau wordpress (dan banyak lagi yg seangkatan - percuma)

untuk syarikat/perniagaan - boleh guna joomla. banyak add on module yang boleh ditokok tambah ikut kesesuaian.

bagi yang berorientasikan kedai/shopping mall online, boleh guna Prestashop atau open.cart. Conth guna open.cart ke sini http://network.intech.com.my. Dua-dua adalah project open source dan boleh dipakai secara percuma.

p/s SlumbeRaja
Thanks for visited and commented in my site. Added your's in my blogroll.

talk anything about free infomation
Panduan menarik kali ini.

Demo jerr said...

betul apa yang dikatakan oleh rizq tu. joomla lebih byk kegunaannya berbanding blogspot atau wordpress. jadi, tiada ruginya untuk mencuba terutamanya kerana ia percuma.

ps: thanks sume utk komen dan rizq saye dah link balik

Anonymous said...

btol.. saya juga guna blogger/blogspot.. mudah..
lagipun bnyk orang guna.. jd tutorial pun senang dapat.. rasanya lah.. ini pendapat saya je..

jazrul said...

kalau nak tahu cara nya saya pun boleh ajar
Malaysia Web Design