Aug 26, 2008

Perpindahan Pemain - 26 August 2008


Minggu ini menyaksikan beberapa lagi perpindahan pemain yang melibatkan kelab dari England. Terbaru,
Philippe Senderos telah bersetuju untuk menyarung jersi AC Milan dengan kontrak yang masih belum diumumkan. Senderos kini sedang menjalani ujian kesihatan di Milan mungkin samada bakal dijual atau dipinjamkan selama setahun kepada kelab gergasi Italy itu. Perpindahan dikatakan ada kaitan dengan kehadiran Mikael Silvestre yang dibeli oleh Arsenal minggu lalu.

Sementara itu, Liverpool dan Espanyol telah mencapai persetujuan ke atas pemain sayap, Albert Riera dengan jumlah mencecah £8 juta. Everton juga dikatakan cuba mendapatkan khidmat pemain sayap kiri ini tetapi gagal mencapai persetujuan antara kedua pihak.

Pada yang sama, Everton juga dikatakan telah berjaya mendapatkan pemain pertahanan dari Denmark, Lars Jacobsen yang tamat kontraknya bersama kelab dari Jerman, Nurnberg.

Satu lagi perpindahan yang bakal menjadi tumpuan utama adalah melibatkan penyerang Real Madrid, Robinho yang cuba diikat oleh Chelsea. Beliau dikatakan mungkin menyarung jersi The Blues sebelum musim perpindahan ditutup. Pemain-pemain dan penyokong-penyokong Real Madrid dikatakan berang dengan sikap pemain tersebut yang ingin berpindah ke England. Harga perpindahan mungkin mencecah £28 juta.

West Ham pula kini di dalam dilemma apabila 2 pemainnya mungkin berpindah keluar dengan Anton Ferdinand telah bersetuju untuk menyertai Sunderland dengan harga £8 juta di samping Bellamy yang mungkin berhijrah ke Manchester City.

Shaun Wright-Phillips pula kini diura-urakan bakal berhijrah samada ke Man City ataupun Everton kerana gagal untuk kali ke-3 di bawah pengendalian 3 jurulatih berbeza untuk bermain di kesebelasan utama.

1 comment:

Zamz said...

byk betul transfer kali ni...berbatov takde ke hehe