
United walaupun menguasai perlawanan kelihatan agak tumpul di bahagian depan tanpa Cristiano Ronaldo yang masih belum sembuh dari kecederaan yang dialaminya. Gandingan Rooney dan Tevez gagal untuk memberi tekanan kepada pertahanan Portsmouth yang mengawal ketat kedua-dua penyerang terbabit.
Seperti yang disangkakan, walaupun United menjuarai 2 gelaran musim lalu dengan Tevez dan Rooney yang masing-masing menjaringkan 19 dan 18 gol (jumla 37 gol), United jelas tumpul tanpa Ronaldo yang menjaringkan 42 gol, jumlah yang lebih tinggi berbanding gandingan Tevez dan Rooney. Portsmouth turut mempunyai beberapa peluang tetapi kebanyakkan datang dari percubaan jarak jauh namun gagal menewaskan Edwin van der Sar.
Sementara itu, United dikatakan bakal mendapatkan khidmat Dimitar Berbatov yang mungkin akan dilepaskan oleh Spurs yang kecewa dengan sikap pemain tersebut yang tidak mahu memberi 100% komitment.
No comments:
Post a Comment