Apr 23, 2009

The Most Wanted Grandpa in Malaysia

Siapakah dia?

** Drumroll **



Aduh memang tak tahan tengok muka atuk ni. Siap senyum menggoda lagi tu. Terjumpa biodata ini di laman web rasmi Polis diRaja Malaysia (PDRM). Agak-agak atuk ni overdose tongkat ali kot.

Kemudian terbaca pula nota amaran ini di atas.



So ladies, kalau terjumpa atuk ni kat mana-mana, jangan cuba tangkap sendiri. 'Senjata' beliau mungkin berbahaya!

Apr 22, 2009

Roslin Hashim Bersumpah Tidak Pernah Bersetubuh Dengan Isteri


Sejak kebelakangan ini semakin kerap kes penceraian dan khalwat di kalangan celebriti tanahair. Dah macam Hollywood pun ada. Apa nak jadi pun tak tahulah.

Terbaru dalam Utusan Online hari ini, muka hadapan terpampang kes cerai yang melibatkan 3 celebriti terkenal Malaysia iaitu Ako Mustafa, Roslin Hashim dan Radhi OAG. Sebenarnya saya agak terkejut melihat gambar Ako Mustafa kerana saya tidak tahu menahu apa yang berlaku sebelum ini. Jika diikutkan rating, Ako adalah antara pelakon tempatan yang saya agak gemari kerana gaya lakonan yang berkualiti.

Kes Roslin memang saya pernah terbaca sebelum ini. 12 hari sahaja rumah tangga beliau bertahan. Penceraian dikatakan akibat tiada keserasian. Saya rasa ianya lebih dari itu, mungkin ianya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama oleh Roslin. Tak logik rasanya kalau bercerai hanya kerana sebab sedemikian.

Persoalannya, adakah artis Malaysia ini sudah mula terikut-ikut dengan trend artis di barat yang terkenal dengan gaya hidup bebas dan kurang kepercayaan terhadap institusi kekeluargaan?

Apapun, saya berharap trend ini tidak berlarutan kerana percaya ataupun tidak, artis memainkan peranan penting sebagai role model dalam masyarakat. Dalam keadaan sekarang ini pun saya lihat sudah semakin ramai pasangan yang menganggap kahwin cerai umpama suatu permainan.


Apr 15, 2009

Yang Mana Lebih Penting: Wang atau Cinta?

Bulan April 2009 agak aneh sebenarnya bagi saya. Minggu lepas, bertegur-sapa dengan kenalan lama sewaktu di sekolah rendah. Sebenarnya rumah kami hanya berselang beberapa rumah sahaja (berjiranlah maksudnya) cuma disebabkan berlainan hala tuju selepas tamat darjah 6, kami jarang sekali terserempak antara satu sama lain.

BTW, rakan ini adalah perempuan. Mungkin sebab itulah agaknya kami tidak rapat. Secara jujur, sebenarnya sewaktu saya di sekolah rendah, saya agak takut untuk bergaul dengan wanita. Nak tegur pun takut inikan nak ajak berbual.

Kami berbual lebih kurang sejam dan kebanyakkan topik menjurus kepada rakan-rakan lama. Apa yang mengejutkan saya, hampir 90% daripada mereka sudahpun berkahwin dan ramai antara mereka juga yang sudah mempunyai zuriat walaupun baru berusia di pertengahan 20.

Sebenarnya persoalan ini sudah lama bermain di fikiran saya dan pernah membincangkannya dengan beberapa orang rakan lelaki sehinggalah 2 hari lepas dengan tidak sengaja timbul semula isu ini tetapi daripada perspektif yang berbeza iaitu pendapat dari kaum hawa.

Dijadikan cerita, saya menghadiri seminar (akan diceritakan jika berkesempatan) pada hari Isnin. Kebetulan ada seorang peserta wanita yang hampir sebaya duduk di sebelah saya. Jadi saya memberanikan diri menegur (dah berani sikit, cewah).

Selepas tamat seminar tersebut kami pun lepak sambil berbual. Entah macam mana tiba-tiba masuk topik perkahwinan. Saya tahu topik ini tidak sepatutnya dibincangkan terutamanya dengan orang yang baru kita kenali tetapi disebabkan rakan baru ini agak cool dan open-minded, kami pun slumber aja.

Apa yang menarik adalah kami berdua sependapat mengenai isu perkahwinan iaitu banyak kes penceraian yang berlaku kini melibatkan wang. Si suami tidak mampu menyediakan apa yang dikehendaki oleh si isteri ataupun timbul isu di mana si isteri pula yang menyara hidup si suami dan keluarga.

Secara jujur, saya masih lagi single. Saya mengakui bahawa saya ini bukanlah handsome macam Datuk Shah Rukh Khan, tetapi saya pernah mempunyai peluang untuk bercouple. Cuma saya tidak berminat buat masa sekarang. (ehem, I'm not GAY ok!)

Pada saya, sekiranya seorang lelaki masih tidak mampu untuk menyara isteri dari segi kewangan, maka tidak patutlah mereka berkahwin. Mungkin pemikiran ini agak typical, tetapi itu adalah prinsip hidup saya dan saya percaya anda juga memiliki prinsip hidup anda sendiri walaupun ianya mungkin berbeza.

Anda mungkin akan berkata, "alah, couple tidak semestinya berkahwin". Saya setuju bahawa "jodoh pertemuan di tangan Tuhan" dan jika tidak ditakdirkan bersama, bercintalah bagai nak rak sekalipun tidak akan berakhir di jinjang pelamin.

Namun begitu, saya adalah jenis goal-getter di mana sukar bagi saya untuk mempraktikkan "kill 2 birds with one stone". Jadi, fokus utama saya sekarang adalah untuk memiliki kewangan yang stabil barulah memikirkan mengenai isu perkahwinan.

Mungkin kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga middle-class di hutan batu bergelar Kuala Lumpur ini menjadikan persepsi saya mengenai wang dan cinta berlainan dengan orang lain. Melihat orang lain dengan kereta mewah dan rumah besar menjadikan saya lebih berminat mencari kekayaan berbanding cinta.

Duit memang bukan segalanya, tetapi hampir ke semua benda di dunia ini memerlukan wang. Makan, pakaian, tempat tinggal, hiburan, pengangkutan, dan banyak lagi. Bagi saya duit adalah pelengkap hidup dan jika ada sesiapa yang mengatakan mereka boleh hidup tanpa wang terutamanya jika tinggal di kota metropolitan ini, saya tidak setuju dengan pendapat tersebut. (ini pendapat saya, jika anda tidak setuju, tulislah di blog anda sendiri mengenai pendirian anda, jangan pula "naik angin" dengan komen-komen panas di sini).

Pernah sekali seorang rakan membangkitkan isu bagaimana jika wanita yang anda kahwini memilih anda disebabkan oleh kemewahan yang anda miliki? Mulanya saya terfikir panjang mengenainya tetapi jika dikaji semula, jika orang yang anda kahwini tersebut adalah cantik, apa bezanya antara anda memilih wanita cantik sebagai isteri anda dengan perempuan tersebut memilih anda disebabkan oleh kekayaan?

Kesimpulannya bagi saya, sebelum umur mencecah 30 tahun, duit lebih penting dari cinta terutamana jika anda seorang lelaki (bakal ketua keluarga). Anda pula bagaimana?

Apr 14, 2009

Tidur oh Tidur

Benci rasanya bila tidak berkesempatan mengupdate blog. Bukan apa, bila tiada post baru bermakna kuranglah pengunjung ke blog ini. Walaupun setiap hari kunjungan orang ramai tidak kurang dari 100 orang tetapi jika saya selalu mengupdate biasanya boleh mencecah 300 - 500 pengunjung.

Akhirnya, saya sudah habis bermain The Godfather II. Sebenarnya dari minggu lepas lagi, hari Jumaat kalau tidak silap saya. Keseluruhan saya mengambil masa lebih kurang 14 jam untuk menjadi The Don! Ada pro and con untuk game terbaru keluaran EA Games ini tetapi saya tidak mahu memberikan komen panjang mengenainya. Ia tentu membosankan bagi mereka yang tidak meminati game.

Sebenarnya sekarang jam menunjukkan pukul 4:20 pagi tetapi saya masih belum terasa mengantuk. Jadi saya mengambil kesempatan ini mengupdate blog slumbeRAJA. Kebanyakkan post saya ditulis pada waktu sebegini.

Saya sebenar gemar tidur lewat dan kadangkala tidak tidur langsung. Macam vampire pun ada. Bagi saya, tidur yang terlalu lama mengurangkan produktiviti. Bayangkan jika secara purata anda tidur 8 jam sehari, ini bermakna jika umur anda panjang sehingga 60 tahun, 20 tahun dari masa tersebut hanya semata-mata untuk tidur.

Cawan keramat saya inilah yang sentiasa menemani saya; kadang-kadang teh, kadang-kadang kopi terpulang kepada taste hari tersebut. Beberapa bulan ini lebih kepada teh kerana addiction saya terhadap kopi berkurangan dan saya dengar kopi tidak baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan.

Bagi melengkapkan suasana, Winamp dengan lagu Mindi Abair - "Cyan". Memang perfect!

Selain mengupdate blog, masa sebegini sangat seronok untuk membaca. Jika berkesempatan saya akan membaca buku-buku motivasi yang ada di rak. Hey, jangan ingat saya kumpul komik sahaja. Knowlegde pun penting untuk masa hadapan.

Untuk pengetahuan anda, akhbar online seperti Utusan biasanya diupdate pada masa-masa sebegini. Jadi, saya akan dapat berita terawal dan jika agak menarik saya masukkan ke dalam blog ini. Cuma kebelakangan ini kurang berita yang menarik kerana hanya banyak tertumpu kepada pemilihan UMNO dan pilihanraya.

Saya tahu ada antara pembaca yang takut tidur lewat. Mungkin kerana terlalu banyak menonton cerita hantu kot. Nasib baiklah saya memang bukan peminat filem seram walaupun filem
Jangan Tegur nampak menarik.

Apr 10, 2009

10 TV Series Kegemaran vs 10 TV Series Tamat Perkhidmatan

Sepatutnya post ini siap semalam tetapi tiba-tiba rumah saya blackout pukul 3 pagi dan entah kenapa internet terputus sampailah petang tadi. Ada sesiapa tahu apa hubung-kait antara elektrik dengan internet?

Anyway, post hari ini berkisar tentang TV Series yang kegemaran saya dan juga yang telah lama saya tinggalkan.


1) House MD

Sudah 5 musim saya menonton tetapi masih tidak jemu. Rasanya episode minggu ini adalah episode terakhir bagi musim ini berdasarkan jalan ceritanya. House MD mengisahkan tentang Dr. Gregory House yang memiliki kepakaran menyelesaikan kes-kes yang boleh dianggap mustahil oleh doktor-doktor lain. Namun begitu, beliau mempunyai masalah personaliti dan kurang digemari oleh rakan-rakan sekerja.


2) How I Met Your Mother

How I Met Your Mother merupakan sitkom popular di mana Ted Mosby menceritakan pengalaman hidup beliau kepada anak-anaknya tentang bagaimana beliau bertemu dengan isteri impian beliau. Walaupun sampai sekarang masih tidak tahu dengan siapakah Ted berkahwin, sitkom ini langsung tidak membosankan terutamanya jika melibatkan watak antagonist Barney Stinson.


3) Hell's Kitchen

Hell's Kitchen adalah rancangan realiti yang menguji bakat peserta dari segi teknik masakan, kebolehan mengendalikan dapur professional dan juga daya kepimpinan. Memang tidak jemu menonton Gordon Ramsey memaki hamun para peserta. Ada sesiapa perasan, Hell's Kitchen yang ditayangkan di NTV7 tiada suara latar (narrator)?


4) Gary's Unmarried

Satu lagi sitkom yang tidak akan saya lupakan untuk mendownload setiap minggu. Ianya berkisar mengenai kehidupan Gary selepas bercerai dengan bekas isterinya, Allison. Beliau memiliki 2 orang anak Tom dan Louis. Walaupun telah bercerai, kehidupan Gary masih dibayangi oleh Allison yang sentiasa berada menghantui beliau.



5) American Idol

Entah kenapa tiba-tiba saya berminat untuk menonton Season 8. Inilah kali pertama saya mengikuti rancangan ini dari mula sehinggalah episode terkini. Kini sudah hanya tinggal 7 peserta sahaja selepas Scott dibuang semalam.



6) Being Erica

Being Erica adalah antara TV Series yang baru ke udara beberapa bulan yang lalu. Ia mengisahkan kehidupan Erica Strange yang terumbang-ambing walaupun sudah mencecah usia 30 tahun. Semuanya berubah apabila Erica bertemu dengan Dr. Tom, seorang psychiatrist. Dr. Tom memiliki kuasa membantu Erica membetulkan kesilapan yang beliau lakukan pada masa lampau. Untuk pengetahuan anda, siri ini telahpun tamat musim pertama minggu ini dan akan disambung untuk musim kedua.


7) Lie To Me

Ini juga antara TV Series yang baru ke udara. Mengisahkan Dr. Cal Lightman yang memiliki kebolehan mengesan sama ada seseorang itu bercakap benar ataupun menipu. Beliau mengetuai agensi yang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyiasat kes pembunuhan, penyelewengan, penipuan dan sebagainya.


8) Trust Me

Ini pula mengisahkan kehidupan pekerja di agensi pengiklanan yang penuh dengan helah, penipuan, back-stabbing, dan bermacam lagi bagi memastikan kehendak syarikat dan pelanggan tercapai. Watak utama adalah Mason McGuire dan Conner, sahabat baik dan juga rakan sekerja tetapi memiliki personaliti yang berbeza.


9) The Mentalist

The Mentalist mengisahkan Patrick Jane yang memiliki kebolehan luar biasa membaca fikiran, hipnosis dan sebagainya di mana beliau bertugas sebagai consultant khas kepada California Bureau of Investigation (CBI). Motif utama beliau berada dalam squad yang diketuai oleh Agent Teresa Lisbon adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai Red John, pembunuh bersiri yang telah membunuh isteri dan anak Patrick. Pada masa yang sama, Patrick membantu CBI menyelesaikan banyak kes jenayah.


10) The Big Bang Theory

Memasuki musim kedua, sitkom ini mula mendapat tempat di hati penonton. Ia mengisahkan kehidupan 4 orang nerd Leonard Leakey Hofstadter, Sheldon Cooper, Howard Wolowitz dan Rajesh Koothrappali serta jiran mereka Penny. Kebanyakkan lawak dalam sitkom ini adalah bersifat intelektual di mana ia boleh dikatakan jarang ada dalam mana-mana sitkom sebelum ini.

Berikut pula TV Series yang pernah menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu. Ada antaranya yang berubah menjadi bosan, mengarut dan semakin hilang tarikan. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mendownload dan menontonnya. Saya tidak pasti samada TV Series ini masih lagi berada di udara ataupun tidak.

1) One Tree Hill

2) The OC

3) Heroes

4) Lost

5) Kyle XY

6) Gossip Girl

7) 90210

8) Reaper

9) Skins


Apr 9, 2009

Pak Guard Semakin Kurang Ajar!


I'm officially anti-pak guard!

Ada sesiapa perasan tak sekarang ni makin banyak pengawal yang 'kerek' semacam terutamanya yang menjaga shopping mall. Minggu lepas saya terlihat seorang salesman dihalau keluar dari sebuah premis fast-food.

Saya faham bahawa itu tugas mereka cuma yang saya bengang adalah cara mereka melayan orang lain seperti penjenayah besar dan memalukan mereka dikhalayak ramai. Tidakkah mereka terfikir jika orang lain melakukan perkara yang sama terhadap mereka, apa agaknya mereka rasa?

Sejak kebelakangan ini saya banyak pengalaman buruk dengan pak guard. Minggu ini saya tidak dibenarkan membawa masuk beg notebook ke dalam library universiti sedangkan pelajar-pelajar lain turut melakukan perkara yang sama.

Setiap manusia mempunyai tahap kesabaran masing-masing dan saya sudah semakin hampir dengan limit saya. Jangan terkejut jika saya katakan bahawa saya tidak berasa ragu-ragu berkasar dengan mereka jika mereka terus berperangai seperti ini.

Saya pernah berbincang perkara ini dengan rakan-rakan dan rata-rata mereka juga pernah mengalami pengalaman buruk dengan pengawal keselamatan. Adakah anda juga pernah mengalami pengalaman sebegini?

Apr 8, 2009

Saya Diculik?

Bagi sesiapa yang tertanya-tanya ke manakah saya menghilang beberapa hari, jawapannya ada pada post yang lepas.

SAYA SEDANG BERMAIN THE GODFATHER II!

Namun begitu, untuk bermain game ini tidak semudah yang disangkakan. Mula-mula saya terpaksa mendownload lebih 7 GB file .rar (isk, habis Rapidshare punya points), kemudian install Alcohol 120%.

Menyentuh isu Alcohol 120% memang menyakitkan hati. Bagi yang tidak tahu, Alcohol 120% adalah perisian disk image emulator atau lebih mudah ianya mencipta virtual storage yang memiliki fungsi hampir sama dengan CD-ROM. Masalah yang saya hadapi dengan perisian ini adalah, versi cetak rompak yang terdapat di Internet hampir kesemuanya memiliki virus yang tersembunyi pada file cracknya. Sebenarnya ada alternative lain seperti PowerISO dan Daemon Tool tetapi saya sudah biasa dengan Alcohol 120%.

Berbalik kepada cerita asal, saya punyalah rasa gembira selepas berjaya menginstall The Godfather II. Rupa-rupanya PC lama saya ini tidak memiliki cukup requirement bagi membolehkan saya bermain. Punyalah sakit hati. Lihat sendiri minimum requirement untuk game ini.

System Requirements
  • OS: Windows XP SP2 or Vista
  • CPU: Core 2 Duo 2.8 GHz
  • RAM: 2 GB RAM
  • Hard Drive: 9 GB free HDD
  • Video: 256 MB T&L capable DirectX 9.0c
  • Mouse , Keyboard
  • GeForce 7600 or higher (Graphic Card)
Nasib baiklah di rumah saya ada 2 PC di mana satu lagi PC menggunakan Geforce 8600GT. Itupun semasa bermain, ada sedikit semput-semput.

Jika dibandingkan dengan game sebelum ini, terdapat beberapa penambahan baru pada game terbaru keluaran EA Games ini. Antaranya: -
  • Anda boleh memilih crew bagi membentuk keluarga anda sendiri. Crew ini akan membantu anda dalam setiap misi di mana mereka juga memiliki kebolehan tersendiri.
  • Terdapat banyak keluarga baru di mana jalan cerita adalah bersambung dari bahagian di mana anda sudah menjadi Don of New York City.
  • Terdapat banyak side mission di mana anda boleh mencuri, membunuh, memukul, mengebom dan merosakkan perniagaan musuh anda.
  • Berbanding The Godfather, kali ini keluarga musuh lebih aktif di mana perniagaan anda seringkali diserang. Namun begitu, anda boleh mengupah pengawal bagi menjaga perniagaan anda.
  • Terdapat fungsi Don's Eyes bagi memudahkan anda mengawasi segala pergerakan musuh, kewangan dan banyak lagi.
Setakat ini, saya sudah menghabiskan misi di New York City dan memasuki bandar baru iaitu Florida. Bagi yang menggilai game ini, jangan lepaskan peluang anda. Saya pasti anda akan berpuas hati. Saya pun kini sudah addicted. Rosak²!

Kiss the Don's ring!

Apr 4, 2009

Maggi Q Datang Malaysia?


Sudah tentulah jawapannya tidak! Maggi Q yang saya maksudkan adalah: -


Sebenarnya saya tidak mahu menulis panjang dalam post kali ini kerana saya agak sibuk dengan projek. Cuma ingin berkongsi pendapat saya berkaitan dengan perkhidmatan WiFi percuma.

Ini adalah mesej ringkas saya kepada kaki sedut bandwidth a.k.a leecher.

Jika anda menggunakan perkhidmatan percuma WiFi tidak kiralah di Starbuck, McDonalds, KFC dan sebagainya, silalah lebih considerate dengan tidak menggunakan Torrent, Rapidshare dan sebagainya yang akan menjadikan kelajuan Internet berkurangan kerana pelanggan yang lain juga sedang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jika anda melayari Youtube, silalah buka satu tab sahaja pada satu-satu masa dan tunggu sehingga ianya habis loading. Saya agak kecewa dengan beberapa individu yang menggunakan perkhidmatan tersebut seolah-olah mereka melayari Internet di rumah mereka dan tidak memperdulikan pelanggan lain yang turut berkongsi.



Apr 3, 2009

The Godfather II: Penantian Yang Menyeksakan!


OMG, it's finally out! It feels like a gazillion years.

Untuk pengetahuan anda, sudah hampir 2 tahun saya tidak bermain computer game dan mungkin ianya akan berakhir dengan keluarnya edisi terbaru The Godfather II. Pertama kali saya bermain game ini, saya agak skeptical kerana ia mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Grand Theft Auto dan biasanya game yang bersifat clone tidak sehebat game asal.

Jika anda tidak percaya lihat kepada Diablo dan juga Age of Empire. Kedua-dua game ini memiliki keunikan tersendiri dan mana-mana game yang cuba untuk meniru mereka sudah hampir pasti akan menemui kegagalan.

Secara jujur, walaupun saya sudah bermain game The Godfather tetapi saya tidak pernah menonton filemnya langsung. Jadi, jika ada sesiapa yang menyebut nama character, saya akan relate kembali kepada game ini.

Ini adalah pendapat peribadi saya, sesebuah computer game yang baik mestilah mampu berfungsi dengan baik walaupun tidak pada tahap optimum dengan hanya menggunakan komputer berprestasi rendah contohnya seperti komputer saya. Saya menggunakan Pentium 4 2.4 sahaja dengan RAM hanya pada tahap 1 GB.

Saya berharap The Godfather II mampu dimainkan pada komputer saya yang semakin uzur ini. Untuk pengetahuan ramai, versi komputer game ini sudahpun boleh didapati di laman web download walaupun secara rasmi ianya akan keluar pada hari Isnin minggu hadapan.

Namun begitu, saya mungkin perlu bersabar kerana terdapat beberapa perkara penting yang perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum bermain game ini. Bagi kaki game anda pasti tahu perasaan addiction yang saya maksudkan. Bila start sahaja bermain, memang susah untuk meninggalkan PC anda walaupun waktu makan.


Saya sendiri pernah duduk lebih 15 jam di depan PC hanya semata-mata bermain game komputer tanpa sebutir nasi pun di dalam perut.

Satu game yang saya masih nanti-nantikan adalah Diablo 3 tetapi saya yakin komputer saya tidak mampu untuk mencapai requirement paling rendah game tersebut.

Apr 2, 2009

Saya Hampir di'Pau'!

Saya sebenarnya tidak pasti samada ejaan 'pau' tu betul ataupun tidak. Macam makanan pun ada tapi pau yang saya maksudkan adalah orang yang cuba memeras ugut anda bagi mendapatkan wang.

Semalam lebih kurang jam 10:30 malam saya ke Ampang Park yang terletak berhadapan dengan bangunan Citibank. Seperti biasa terdapat banyak kenderaan yang parking di bahu-bahu jalan kerana selepas office hour biasanya pihak penguasa tidak melakukan rondaan. Disebabkan saya hanya ingin singgah sebentar sahaja, jadi saya mengambil keputusan untuk follow the crowd dengan meletakkan kereta saya di tepi jalan.

Sebaik sahaja saya memadamkan enjin kereta, seorang lelaki berbangsa India merapati kereta saya. Saya sebenarnya berasa agak serba salah samada ingin turun dari kereta ataupun tidak kerana kebelakangan ini berlaku banyak kes jenayah di kawasan Ampang.

Disebabkan lelaki India tersebut hanya berseorangan maka saya memberanikan diri untuk turun dari kereta. Berikut adalah dialog: -

Lelaki India: Kasi bayar dulu.

Saya: Ha? Kene bayar ke?

Lelaki India: Mestilah.

Saya: Berapa?

Lelaki India: Lima (Lelaki India tersebut mengangkat tangan sambil menunjukkan 5 jari)

Saya: Lima? Lima ringgit?

Lelaki India: Yalah.

Saya: Kenapa mahal sangat?

Lelaki India: Ini kawasan saya jaga!

Saya tidak berfikir dua kali untuk masuk semula ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan tersebut. Yang kelakarnya, saya kemudiannya meletakkan kereta betul-betul di sebelah bangunan Citibank dan melintas jalan. Free of Charge!