Jan 23, 2009

Rihanna 'Terlalu Seksi' Untuk Malaysia?



Nampaknya isu Rihanna masih belum selesai lagi sehinggakan ianya mendapat liputan oleh Sky News UK. Menurut laporan tersebut, PAS turut membantah kehadiran penyanyi tersebut yang mendakwa ianya membantu Israel dari segi kewangan. Samada benar atau tidak, saya kurang pasti.

Apa yang pastinya, menurut laporan dari Utusan Malaysia, penyanyi tersebut berjanji untuk tidak berpakaian seksi. Pada saya, jika diikutkan dosa dan pahala, konsert ini tidak sepatutnya sama sekali tetapi ianya agak berat sebelah kerana apa bezanya persembahan dari artis tempatan dan luar negara. Lebih kurang rasanya. Tapi saya tidak mahu membuat penilaian kerana pada saya, itu rezeki masing-masing.

Persoalan saya cuma, jika Rihanna dianggap terlalu seksi mengapa siaran di TV tidak timbul pula masalah. Terdapat banyak babak yang tidak sepatutnya dipaparkan masih dapat melepasi lembaga penapisan filem. Jangan salah sangka, saya bukan extremist kerana saya sendiri menonton filem yang di download melalui Internet dan tiada penapisan langsung. Cuma dari segi tontonan kepada seisi keluarga, saya rasa kurang sesuai.

Konsert Rihanna cuma beberapa jam sahaja tetapi filem dan drama TV dipaparkan setiap hari. Bukankah agak pelik?


Jan 20, 2009

Kaka, Robinho & FIFA Team of The Year 2008

Nampaknya, usaha Manchester City mendapatkan khidmat pemain terkemuka Brazil dan AC Milan, Kaka menemui kegagalan apabila apabila menolak pelawaan kelab Inggeris tersebut untuk terus kekal bersama kelab gergasi Itali.

Keputusan tersebut pastinya melegakan peminat AC Milan yang bimbang prestasi kelab tersebut akan terjejas jika Kaka dijual. AC Milan kini berada di tangga ketiga Serie A di belakang pendahulu, Inter Milan dan Juventus.

Malah ramai penganalisa bola sepak yang meramalkan jika perpindahan paling mahal tersebut berjaya dilengkapkan, ini bakal mengundang inflasi kepada sukan nombor satu dunia tersebut dan menjejaskan kemeriahan sukan tersebut. Saya bersetuju kerana ini akan menyebabkan kelab-kelab kecil akan hilang pemain bintang mereka dan dunia bakal melihat dominasi sesetengah kelab sahaja.

Sementara itu, seorang lagi bintang Brazil yang kini beraksi untuk Manchester City, Robinho dikatakan menghilangkan diri dari kem latihan di
Tenerife. Spekulasi mengatakan bahawa Robinho berang atas kegagalan kelab tersebut mendapatkan khidmat Kaka bagi memperbaiki kedudukan pasukan yang kini berada dalam kelompok pasukan bawahan dalam carta EPL.

Dalam perkembangan lain, FIFA telah mengeluarkan senarai pemain terbaik sepanjang 2008 dengan Spain mendominasi carta tersebut dengan kejayaan mereka memenangi EURO2008 yang melonjakkan pasukan tersebut di ranking nombor 1 dunia.

Pemain seperti Christiano Ronaldo, Kaka dan Messi turut tersenarai tetapi yang mengejutkan adalah Fernando Torres yang beraksi cemerlang tahun lalu tidak tersenarai.

Kerajaan Cuba Tipu Rakyat... Lagi!



Isu minyak sudah reda dengan kerajaan telah mengotakan janji untuk menurunkan harga bahan mentah tersebut mengikut perkembangan semasa. Namun begitu pada pendapat saya, dengan harga semasa, sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia dapat menikmati harga yang lebih rendah berbanding yang kita bayar ketika ini.

Malah pada 15 Januari yang lalu, Datuk Shahrir Abdul Samad sudah berjanji bahawa harga petrol akan turun apabila paras minyak mentah turun di bawah US$40 per barrel. Adakah janji tinggal janji.



Saya rasa ada antara pembaca yang menganggap bahawa saya ini terlalu berkira tetapi ada asasnya mengapa saya bersifat demikian. Memang benar harga petrol dan harga roti canai sudah turun tetapi jika anda perasan, akibat kenaikan mendadak harga petrol tahun lalu telah menyebabkan sesetengah harga makanan masih turun.

Contohnya, harga nasi lemak dahulunya hanya RM1.00 sebungkus kini telah naik kepada RM1.20 manakala peniaga yang dahulunya menjual makanan kegemaran tempatan tersebut pada harga RM1.20 telah menaikkan harganya kepada RM1.50. Jika fikirkan secara logiknya, mana ada peniaga yang 'sukarela' untuk menurunkan harga barangan mereka jika mereka masih boleh menjual pada harga tersebut. Suka atau tidak, kita sebagai pengguna terpaksa membelinya. Adakah kerajaan akan memantau setiap harga makanan yang dijual di seluruh negara?

Makanan di food court juga meningkat secara mendadak. Rata-rata yang saya lihat, setiap makanan dijual sekurang-kurangnya pada harga RM5.00 ke atas dan ini tidak termasuk minuman.

Semasa berada di alam remaja (belasan tahun), McDonalds boleh dianggap sebagai makanan 'mewah' bagi saya kerana harganya yang pada waktu itu agak tinggi tetapi kini, harganya sudah dianggap setara dengan makanan di food court dan ada kemungkinan yang ianya lebih murah. Jika begini gayanya, tidak hairanlah mengapa masih ramai yang memilih McDonalds walaupun kita cuba memboikotnya kerana memberi sokongan kepada Israel.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sudah hilang tarikan. Jawapan kepada persoalan tersebut mudah sahaja. Dahulukan rakyat, cari jalan membantu rakyat miskin, cari pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan bukannya hanya muncul apabila ada majlis atau dekat dengan pilihanraya. Mudah sahaja!

Jan 18, 2009

Isreal Bersetuju Mengadakan Genjatan Senjata


(sumber: http://www.ap.org/)


Israel akhirnya bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selepas serangan berterusan selama 3 minggu ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih dari 1000 nyawa dan ribuan yang lain cedera. Diibaratkan seperti 'neraka dunia' hampir keseluruhan bandar tersebut lumpuh apabila dibedil tentera rejim yang kononnya menjadikan kumpulan Hamas sebagai sasaran utama. Walaubagaimanapun, tentera Israel masih belum mahu mengundurkan askarnya dari bandar tersebut walaupun telah didesak oleh kebanyakkan pihak yang kesal dengan serangan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Namun begitu pada pendapat saya, apa yang lebih dikesali adalah kegagalan negara-negara Islam mencapai kesepakatan dalam menangani krisis ini. Arab Saudi dan Qatar bertelagah antara satu sama lain mengenai lokasi pertemuan sidang tergempar negara-negara Islam sementara Mesir enggan membuka sempadannya bagi membenarkan pelarian Palestine memasuki negara tersebut bagi menyelamatkan diri dari kerakusan tentera rejim.

Saya merasakan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi menyatukan negara-negara Islam dengan rekod kita pernah menjadi pengurusi negara-negara OIC tidak lama dahulu. Arab Saudi sememangnya bukan sebuah negara yang boleh diharap kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat dan sentiasa tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tersebut.


(sumber: http://www.dscdredge.com/)

Paling mendukacitakan saya adalah di saat di mana ramai umat Islam di Gaza berada dalam kesengsaraan, pemilik Abu Dhabi Group iaitu Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sibuk dengan transaksi pembelian bintang AC Milan, Kaka. Spekulasi mengatakan transaksi tersebut bernilai lebih dari 100 juta Euro. Suatu pembaziran di mana jumlah tersebut mampu menyelamatkan ramai mangsa perang di Gaza. Tidak hairanlah mengapa umat Islam dipijak-pijak oleh umat lain kerana sifat sesetengah penganut Islam sendiri yang pentingkan diri sendiri dan tidak mahu membantu mereka yang dalam kesusahan.

Walaupun pihak Israel bersetuju meletakkan senjata, ini tidak bermakna perang ini akan berakhir. Ada kemungkinan Gaza akan terus dibedil kerana Israel sememangnya terkenal sebagai bangsa yang tidak berpegang kepada janji.

Jan 13, 2009

FIFA World Player of the Year! Pemenangnya ialah...


(sumber: www.soccernet.com)

Pemenang Ballon D'or, Cristiano Ronaldo telah dinobatkan sebagai FIFA World Player of the Year dalam satu upacara gilang-gemilang yang berlangsung di Zurich Opera House, Switzerland sebentar tadi. Ini sekaligus menutup harapan Lionel Messi yang disebut-sebut bakal membuat kejutan bagi merangkul anugerah berprestij sukan nombor satu dunia tersebut.

Tahun ini, FIFA membuat perubahan apabila membenarkan 5 pencalonan berbanding 3 pada tahun-tahun sebelumnya. Dibarisi pemenang tahun lalu iaitu Kaka, penyerang berbisa Barcelona iaitu Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, penyerang berbisa Liverpool dan pemenang Euro 2008 iaitu Fernando Torres dan pemain tengah Barcelona dan juga pemenang Euro 2008 iaitu Xavi.

Ramai yang beranggapan bahawa Messi layak menerima anugerah tersebut berdasarkan persembahan semasa beliau yang kini sudah menjaringkan 22 gol secara keseluruhan berbanding Ronaldo yang cuba kembali ke tahap optimum selepas pulih dari kecederaan.

Kejayaan ini menjadikan Ronaldo, pemain pertama dari English Premier League yang memenangi anugerah tersebut sejak diperkenalkan pada tahun 1991 di mana ianya dimonopoli oleh kelab dari liga Italy dan Sepanyol. Ramai pengkritik bola sepak yang menuding jari kepada FIFA yang nampaknya lebih cenderung kepada anti-EPL dan ini pastinya dapat meredakan spekulasi tersebut.

Sebenarnya keputusan ini bukanlah mengejutkan pada pendapat saya tetapi yang lebih mengejutkan adalah bagaimana Kaka boleh berada dalam senarai tersebut sedangkan beliau dihimpit oleh kecederaan sepanjang musim lalu, kegagalan AC Milan layak ke Champion League serta tumpas kejuaraan Serie A di tangan musuh tradisi iaitu Inter Milan.



Selain itu, saya merasakan bahawa Messi tidak layak untuk berada di tangga kedua walaupun kejayaan membawa Argentina memenangi pingat emas sukan Olimpik Beijing kerana pada pertandingan tersebut, tidak ramai bintang bola sepak yang menyertainya. Sepatutnya Fernando Torres seharusnya diberi penghormatan sebagai naib juara apabila berjaya membawa pulang Euro 2008 bersama Sepanyol apabila menjaringkan lebih 30 gol musim lalu di samping gol kemenangan pada perlawanan akhir menentang Jerman.

Jan 12, 2009

Manchester United 3 - 0 Chelsea



Perlawanan yang dinantikan oleh ramai peminat liga EPL akhirnya berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Juara Liga Eropah dan penyandang Liga Inggeris iaitu Manchester United. Walaupun ada sesetengah para pemerhati yang sudah menjangkakan kemenangan bakal memihak kepada Red Devil tetapi jumlah jaringan agak mengejutkan iaitu 3 gol tanpa balas.

Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan lebih gemar bertahan dan berhati-hati dengan strategi pihak lawan. Beberapa peluang gagal disempurnakan oleh barisan penyerang United dan Chelsea. Namun begitu, menghampiri rehat, United mendapat beberapa peluang keemasan bermula dengan percubaan dari penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov yang kurang bertenaga dan berjaya diselamatkan oleh Petr Cech.


(sumber: www.soccernet.com)

United sekali lagi mendapat peluang untuk berada di hadapan tetapi gol jaringan pemain terbaik Eropah, Cristiano Ronaldo dibatalkan oleh penjaga garisan atas kesalahan teknikal. Namun begitu, beberapa saat kemudian, pemain pertahanan United tidak melepaskan peluang keemasan apabila menanduk masuk bola umpanan Berbatov.

Masuk babak kedua, United terus menguasai perlawanan dan berjaya menambah gol melalui percubaan jarak dekat oleh Wayne Rooney yang menerima hantaran lintang dari Patrice Evra yang bergandingan dengan Ronaldo. Tuah tidak menyebelahi Ronaldo apabila golnya sekali lagi dibatalkan oleh pengadil walaupun rakaman menunjukkan bahawa beliau tidak berada dalam keadaan offside.

Dimitar Berbatov menutup terus peluang Chelsea untuk bangkit apabila berjaya menjaringkan gol ketiga United hasil sepakan percuma Ronaldo dalam keadaan pertahanan Chelsea yang kelam-kabut. Kemenangan ini membolehkan United kembali ke tangga ke-3 liga di belakang Chelsea tetapi dengan berbaki 2 perlawanan. Sekiranya menang, United bakal memintas Liverpool yang kini berada ditahta liga dengan kelebihan 4 mata di hadapan Chelsea.

Di kalangan para penonton adalah bekas pengurus pasukan Chelsea iaitu Jose Mourinho yang cuba mencari kelemahan United yang bakal bertemu Inter Milan pada bulan Februari dalam saingan Champion League peringkat kalah mati. Prestasi semasa United pastinya merisaukan Mourinho di mana pasukannya baru-baru ini hanya seri dengan Cagliari dan membolehkan Juventus kembali dalam perebutan kejuaraan Serie A.

Jan 10, 2009

Youth 09: Last Day!



Esok adalah hari terakhir bagi Youth 09 yang kini sedang berlangsung di PWTC. Saya baru sahaja pulang dari Youth Entrepreneur Convention kira-kira 2 jam yang lalu. Liputan penuh akan saya siarkan beberapa hari lagi. Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan di mana pihak Youth Malaysia membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi menjayakan program tahunan ini.

Pastikan anda ke sana esok di mana terdapat banyak hadiah yang menanti anda. Jangan lepaskan peluang ini!

Jan 9, 2009

Estrella: Stay

Sudah agak lama sebenarnya saya mencari siapakah penyanyi lagu ini. Masalahnya bukan apa, kebanyakkan stesyen radio (Hitz, FlyFm, MixFM) mempunyai trend untuk tidak menyebut nama lagu yang dimainkan atau band mana yang menyanyikan lagu tersebut. Setelah beberapa bulan lagu tersebut berkumandang di radio barulah saya tahu siapakah yang menyanyikan lagu tersebut.


I'm a big fan!

Sebenarnya apa yang menjadikan saya confuse adalah kerana saya beranggapan lagu ini dinyanyikan oleh band luar negara sehinggalah saya menjumpai profile mereka. Tambahan pula, ada perkataan 'twilight' dalam lirik lagu mereka (ingatkan OST untuk filem 'Twilight').





Lyric: -

Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

[Chorus]
All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

[Chorus]
All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay

Berikut adalah sejarah Estrella: -

Formed in 2006, Estrella originally consisted of three members; Ashraf, Syariful Adzwan (Yob), and fronted by Liyana. In May 2006, the Troubaganger acoustic gig marked their first-ever performance, initially winning over the audience at cozy La Bodega KL. However, very soon after the three members were then reduced to the current two as Ashraf decided to leave the band for personal reasons.

Armed with their guitars and heartfelt tunes, Liyana and Yob began circulating the local music scene with their own brand of acoustic music. Numerous open-mic sessions and gigs at notable shows around town followed suit; namely Moonshine, Troubadours, Doppelganger, and No Black Tie, and the band began to generate more attention for the duo from both the audience and the organizers.

In June 2006, Estrella’s first single, ‘Take It Slow’ was featured in Troubadours’s “The Voices Next Door” compilation album, and the song was then taken by RedComm productions as part of the soundtrack for the SunSilk TV series Impian Illiyana which ran for 13 consecutive weeks. Gaining some pretty decent exposure in the media as well as the indie scene, friendships were also made with likeminded individuals and groups along the way, providing them with even more ideas and opportunity to grow musically.

Having captured the attention of the Laguna Music, Estrella further evolved their genre from indie jazz to a slightly more complex sound, with dreamy and spacey after-effects. Under the suggestion of Laguna Music Producer, Jeffrey Little, the strummers now became a light band - with members, Shamsul Idzwan on percussions and Jeffrey Little, himself on drums.

Making rounds at gigs around town as a full band, opening for Seven Collar T-shirt for their showcase ‘A Seven Collar Sonique Cinematique’ and performing at the annual KL Sing Song 2007 show alongside notable singer-songwriters like Azmyl Yunor, Pete Teo and Shanon Shah, gave the band ample media exposure and a good headstart.

Having worked their way to perfecting their existing and new material, Estrella’s self-titled album was released on the 28th of December 2007. Following the release of the album, Estrella released two singles, ‘Ternyata’ & ‘Stay’, to reach-out to both the Malay & English markets.

Everyday musings and inward thoughts are the main elements in their music, using simplicity as the main staple. Being so new to the scene, Estrella is simply going with the flow, and taking in stride whatever it is that comes their way. Keep you ears peeled for this act, they’re bound to reach and capture the hearts of music-enthusiasts everywhere.

Jan 8, 2009

Malaysia: Negara ke-17 Paling Gembira Di Dunia?



Adakah anda gembira?

Jika Ya jawapan anda mungkin benar kajian yang dilakukan oleh Adrian G. White, seorang social psychologist dari Universiti of Leicester, UK. Sebenarnya, perasaan gembira adalah sesuatu yang subjektif kerana definasi gembira adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang gembira kerana memiliki keluarga yang bahagia, ada yang gembira kerana memiliki karier yang baik, ada yang gembira kerana memiliki harta yang banyak dan sebagainya.

Bagi memastikan data yang diambil adalah tidak menyebelahi mana-mana pihak, pelbagai kriteria diambil kira seperti jangka hayat penduduk di sesebuah negara, dan sebagainya.

Berikut adalah peta bagi mewakili negara-negara yang ada di muka bumi ini. Warna gelap menandakan negara tersebut gembira manakala yang cerah adalah kurang gembira: -



Jan 1, 2009

2008 Menjadi Sejarah, Tirai Baru 2009



2008 menutup tirainya dan bermulalah 2009. Pelbagai pengalaman yang saya lalui sepanjang tahun lepas, kenangan manis dan pahit. Dan yang paling penting, blog slumbeRAJA mengembangkan sayapnya pada tahun tersebut.

Bermula sebagai sebuah blog yang percubaan, saya tidak sangka masa yang luangkan bersama blog ini tidak sia-sia. Dalam tempoh 4 bulan sahaja, blog ini berjaya meningkat rankingnya walaupun kadangkala saya terlalu sibuk sehinggakan mengabaikan blog ini.

Tidak lupa, saya berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Ada antara mereka yang sanggup meluangkan masa membantu dalam dunia blogging. Jasa anda tidak akan saya lupakan. Kepada para pengunjung yang sudi memberikan komen-komen membina, saya amat mengalu-alukan pandangan anda.

Apakah matlamat utama anda untuk tahun 2009?